Pages

Wednesday, June 1, 2011

Pasar Malam




  Satu Malaysia satu jiwa
  Disini terbitlah semua rasa
  Sesiapa sahaja kan rambang mata
  Melihat makanan merasai suasananya

  Pelbagai jenis barangan dibuat jualan
  Dari buah-buahan hinggalah ke pakaian
  Tidak ketinggalan produk-produk kesihatan
  Juga kuih muih masyarakat tempatan

  Bila berada di tengah perkarangannya
  Dikelilingi pelbagai suara
  Bukan tekanan yang dirasa
  Sebaliknya senyuman terukir juga

  Mana tidaknya bila melihat telatah mereka
  Suasana itu tidak mungkin dilupa
  Pabila persaingan yang berlaku dalam ketawa
  Juga dalam gurau senda

  Disinilah ada makanan pelbagai bangsa
  Menandakan kita semua satu budaya
  Kita berkongsi makanan yang ada
  Yong Tau Fu, Nasi Lemak, dan Maruku juga

  Tidak kira tua mahupun muda
  Kan menanti pasar malam jua
  Pasti ada yang ingin dibeli mereka
  Pasti ada kegemaran yang istimewa

  Bagi diriku bernama Hafifi
  Kegemaranku bontot ayam dipanggang sebati
  Walaupun susah tetap akan ku cari
  Di pasar malam tetap akan ku temui

  Pada yang belum merasai
  Jangan lepaskan peluang turut hadiri
  Pasar Malam yang ada di setiap pelusuk negeri
  Pasti kalian kan berkunjung lagi...

No comments:

Post a Comment