Pages

Friday, June 22, 2012

Teringat ku kembali



Ungkapan tidak kan sama
Kasih tidak akan serupa
Dalam meniti setiap langkah dunia
Penuh dengan tipu daya

Langkah ku atur bagi mencuba
Jalan ku lalui untuk menduga
Kerna kerjaya yang cuba dibina
Untuk diriku dan keluarga

Bekerjaya dalam erti bekerja
Semuanya sama sahaja
Akan ada yang ingin dicuba
Akan ada rasa berat sahaja

Tika ini ku teringat kembali
Saat masih begelar pelajar lagi
Kerna banyak yang terjadi
Yang pastinya seperti mimpi

Hari ini aku ingat kembali
Suatu masa dalam kelas Prof Zaki
Kelas research yang aku sangat minati
Yang ku bawa hingga kini

Hari ini aku mengingati
Saat sama-sama teman time study
Pulun sangat tidak kenal erti
Asal siap kerja yang diberi

SPSS adalah cabaran kami
Yang selalu mengundang tragedi
Banyak yang telah kami pelajari
Dalam kelas yang tidak kan dilupai

Saat ini aku bersyukur pada Illahi
Kerna aku masih mampu mengingati
Setiap detik bersama sahabat sejati
Yang tidak kan betukar ganti

Terima kasih buat semua teman SB
Kerna sama-sama kita mengharungi
Walau sudah dua tahun berlalu pergi
Kita berjaya mengakhirinya sebagai satu FAMILY



Sunday, June 10, 2012

Bukan simpati mahupun tragedi



Dalam kita meniti hari
Dalam kita melangkah untuk melalui
Akan ada digelar tragedi
Yang mengubah kehidupan diri

Dalam sunyi malam ini
Aku tiba-tiba mengimbau kembali
Saat dimana ia berubah sama sekali
Hingga kini tidak dapat melupai

Mungkin diri ini tidak ada gunanya
Mungkin diri ini tiada apa-apa
Mungkin diri ini ndak punya harta
Namun segala yang ada dalam jiwa
Segala yang bermain diminda
Segala yang berlaku disana, bukan diri ini meminta

Tragedi itu membuatkan aku lemah
Membuatkan aku gelisah
Membuatkan aku serba salah
Kerna diri ini tidak pernah berubah

Aku tidak mahu menyusahkan
Apatah lagi menjadi satu beban
Dah lama aku pendam dan simpan
Satu perasaan digelar kesakitan

Bukan diri ini tidak mahu berkongsi
Tapi aku tidak mahu simpati
Bukan diri ini tidak mahu memperbaiki
Namun risikonya begitu tinggi

Selagi mana aku mampu bertahan
Selagi mana jiwa ini kental menahan
Akan aku pasrah atas ketentuan
Dan mula menyimpan memperbaiki kehidupan

Teringat pesanan seorang teman
Berkongsi penderitaan agar lebih tenang
Namun bukan semua mampu dikongsi dalam persahabatan
Kerna ia lebih baik untuk dikenang

Aku tetap bersyukur walau begini
Kerna ianya membuatkan aku mula berpuisi
Mula aku menulis itu dan ini
Dalam bentuk yang tidak ramai menggemari

Aku cuba kuatkan jiwa ini
Kerna pasti ianya akan ditanya nanti
Aku tidak mahu belas kasihan atau simpati
Bersahabatlah dengan ikhlas dalam diri


Saturday, June 2, 2012

SELAMAT MAJU JAYA AZNIZA


Setiap perkenalan dan pertemuan
Telah ditetapkan dalam kehidupan
Namun yang pasti tiada pengakhiran
Walaupun berlaku perpisahan

Ada coretan ingin dikongsi
Agar menjadi satu tradisi
Tiada hadiah bernilai mampu diberi
Hanya sebuah nukilan puisi

Tempat ini terasa kesunyian
Pabila sekejap sahaja pertemuan
Terkenang kembali setiap gurauan
Serta sekuntum senyuman menawan

Benar, bertemu pasti akan ada perpisahan
Itulah lumrah kehidupan
Akan terus diingati setiap kenangan
Kerna ia bukannya permainan

Patah tumbuh hilang berganti
Namun tidak kan sama yang pergi
Setiap tingkah laku peribadi
Menjadi coretan untuk diingati

Dalam 5 bulan bekerja bersama
Dari IBM 11 hingga PV08 bertukar nama
Perwatakannya sungguh istimewa
Bagai satu dalam berjuta

Pertama kali dirinya ku ketemu
Rakan kerja sungguh pemalu
Duduk diam tersipu-sipu
Dah lama pakat jadi hantu
Sesekali lahir juga rasa rindu
Dengan suasana seperti itu

Sikap "blur" dasyat sekali
Hingga buatkan semua tak kering gusi
Dari panggilan makcik, nenek dan treasure hunt diberi
Sebagai ganti nama panggilan diri

Gelagatnya membuatkan semua tertawa
Menghilangkan rasa tekanan dalam jiwa
Seorang gadis bernama Azniza
Dirimu senantiasa ceria

Seorang insan berdedikasi
Yang menjadi pemangkin motivasi
Dalam meneruskan kerjaya ini
Walaupun dirimu sudah meninggalkan kami

Dirimu bekerja tekun sekali
Sesekali lahir juga saat bahagia
Bukannya aku nak menabur puji
Bukan juga melemparkan secawan gula
Kehilangan dirimu amat dirasai
Walaupun baru di hari pertama

Srikandi bersemangat waja
Juga punya tinggi cita-cita
Ku harap dirimu berjaya
Walau dimana pun kamu berada

Walau tidak lagi disini
Walau tidak lagi bertentang mata
Namun perjuanganmu dihati kami
Kenangan kita azimat jiwa
Agar menjadi sumber inspirasi
Untuk terus cekal berusaha

Padamu Azniza, maaf kami minta
Daripada keluarga PV08 juga
Walau jauh dari pandangan mata
Ingatlah PV08 tetap keluarga
Ingatlah kita tetap sahabat selamanya
Ingatlah kenangan dan pengalaman bukannya dusta

Selamat Maju Jaya Azniza........