Pages

Friday, June 24, 2011

Jasamu Tidak Ku lupai


Berkenalan kita di suatu masa
Tanpa banyak kata bicara
Kita mula sepakat bersama
Kini 6 tahun kita terus setia
Saling membntu bekerjasama
Untuk terus menggapai cita-cita

Perkara itu masih bermain di jiwa
Mana boleh aku lupa
Baru tiga bulan kita bersama
Kau didatangi sakit bukan biasa

Akhirnya perpisahan terjadi sementara
Kau terpaksa dirawat jua
Lama juga rawatan yang kau terima
Sebelum kau pulih seperti sedia kala

Kau teman yang setia
Kau menghiburkan tika aku sengsara
Kau buat aku ketawa
Tika aku dalam duka

Kau tidak pernah sekali leka
Untuk bersamaku setiap ketika
Dalam pelbagai suasana
Kau masih setia

Aku sedar kesetiaanmu ada batasnya
Aku sedar dirimu kini sedang dimamah usia
Ramai rakanmu telah berkubur jua
Dalam berkhidmat untuk manusia

Namun selagi kau masih bernyawa
Selagi kau masih dapat dirawat jua
Tiada istilah pengganti yang hadir di jiwa
Kerna kau begitu istimewa

Namun ketahuilah satu perkara
Jasamu tidak ku lupa
Tiada yang dapat mengganti kau jua
Kita teruskan perjuangan ini bersama
Hingga kita berjaya
Mencapai jaya

Terima Kasih Laptopku.....

No comments:

Post a Comment