Pages

Wednesday, June 8, 2011

Luahan Yang Tidak Kesampaian


  Dari mata turun ke hati
  Dari jiwa terus ke sanubari
  Pandangan pertama menambat diri
  Langkah seterusnya harus dimulai

  Cinta tidak hadir jika hanya mencari
  Cinta tidak datang andai hanya memberi
  Jika membisu si dia tidak kan mengerti
  Kalau melengahkan waktu, si dia mungkin lari

  Bagaimana ingin aku luahkan
  Perasaan di jiwa yang telah disimpan
  Bukan sahaja takut cinta tidak dilayan
  Namun juga ayat, "Kita hanya rakan"

  Mana mungkin ku bisa luahkan
  Andai bersama si cinta pujaan
  Tidak tersampai kata luahan
  Bila si dia mengukir senyuman

  Aku buntu memikirkan cara
  Menerusi pena ku luahkan kata
  Kata-kata yang tidak sampai pabila bersama
  Kini ku ukir dalam seloka

  Aku tidaklah sempurna
  Kerna kesempurnaan hanya milik Yang Berkuasa
  Aku tidaklah seorang kaya
  Andai kekayaan ditafsir dengan harta benda

  Namun perasaan ini bukannya dusta
  Aku jua tidak mengerti kenapa
  Ku harap kita akan diberi petanda
  Ku harap kita akan hidup bersama

  Untuk aku meluahkan bicara
  Bila berjumpa dengan si dia
  Segala kudrat diperah tenaga
  Untuk sekadar berkata-kata

  Ku tidak mahu hilang rakan
  Kerna dirimu sentiasa bersama
  Ku tidak mahu kehilangan teman
  Kerna dirimu begitu istimewa

  Namun perasaan ini tiada salahnya
  Cuma ku tidak mengerti bagaimana bermula
  Untuk menambat hati si dia
  Yang menjadi teman & rakan yang beharga...

No comments:

Post a Comment