Pages

Sunday, December 30, 2012

Pengakhiran Tahun 2012

Setahun belalu lagi kini, tercapaikah apa yang telah kita impi? Terlaksanakah semua yang dicari? Persoalannya, adakah kita akan teruskan perjuangan ini? Bersediakah kita dengan setahun yang akan menanti? Mari kita lihat dari pelbagai perspektif masa kini, kita ungkaikan segala yang terjadi agar menjadi pengajaran suatu masa nanti.

Tahun 2012 akan melabuhkan tirainya, banyak suka duka yang bermain dan bertakhta. Namun hidup ini kita perlu teruskan juga, kekuatan perlu dicari semula dan kita perlu percaya yang terjadi itu adalah yang terbaik buat kita. Dan kita perlu bersedia dengan pelbagai cara bagi mengatasi halangan pada masa akan datang pula.

Pengakhiran tahun 2012 maka akan bermulalah tahun baru yang membuka pintu rezeki kita pada jalan yang lebih terbuka. Jangan dikenang kenangan lalu sebagai kegagalan diri
dan terus merasa kecewa, sebaliknya kuatkanlah diri untuk kembali berdiri dari rebah dan pulihkan luka yang tercedera. Kekuatan diri tidak akan hadir dengan mengalah atau rasa putus asa, ia juga tidak hadir jika kita terus mencari kesalahan insan lain di sekeliling kita. Kekuatan diri ini perlu dibina semula dari jiwa, rakan-rakan akan membantu kita selagi kita punya daya usaha. Jangan mengalah dan teruslah berusaha kerana kita tidak kan tahu dimana kejayaan itu berada.

Pertelingkahan antara teman sekerja adalah perkara biasa dan akan buat kita lebih waspada, kenali siapa sekeliling kita. Perhatikan dulu dan bersabar untuk menerima pendapat insan lain dan gunakanlah pandangan itu dengan minda yang lebih positif untuk memperbaiki diri kita sendiri. Pertelingkahan itu juga akan mematangkan kita dan teman sekerja dan mengeratkan silaturrahim yang sedia terbina kerana kita mengetahui segala kekurangan diri dan bersedialah untuk memperbaikinya untuk keharmonian di tempat kerja.

Rasa dijiwa juga akan bertambah seiring dengan usia kerna penyatuan antara dua jiwa itu bukannya dusta. Gelak ketawa dan kebahagiaan yang dirasai akan terus cuba dikekalkan hingga akhir nanti supaya hubungan yang dibina ini diberkati dan direstui. Dalam kita mengenali dan cuma melengkapi antara satu sama lain, akan ada rasa tidak puas hati yang lahir dari hati, jangan sembunyikan rasa itu sebaliknya berkongsilah bersama kerana ia akan membersihkan suasana itu dan mengelakkan rasa itu berubah menjadi benci dan diungkitkan suatu hari nanti.

Penutupan tahun ini biarlah ianya berakhir dengan senyuman dan kegembiraan, biarlah kita meninggalkan tahun 2012 dengan seribu makna istimewa tersemat di jiwa. Akhir kata selamat menanti kedatangan tahun 2013 dan hadapilah ia dengan pintu hati yang terbuka dan jiwa yang kental dan semangat yang waja....

Wassalam....

Saturday, December 29, 2012

Perjuangan Belum Selesai


Hidup ada jatuh bangunnya, kadang kita dibawah, sekejap diatas. Ia bagaikan roda terus berpusing hingga tiba satu saat nanti, ia akan berhenti dan tidak bergerak lagi. Tapi, selagi tidak berhenti, kita sebagai manusia perlu terus berusaha. Jangan ada sikap putus asa dan tidak mahu mencuba kerna dari kegagalan hidup kita akan menemui jalan kejayaan. Banyak yang akan kita pelajari sepanjang hidup ini andai terus melangkah kaki.

Langkahan ini tidak perlu berhenti kerana duri, kerna onak dan ranjau memang senantiasa menanti untuk menikam dan membadai diri. Kita perlu terus berdiri, terus melangkahkan kaki dan dalam masa yang sama berhati-hati. Tidak kisah jika mahu berlari, namun kuatkan dulu jati diri. Kukuhkan dulu pekerti agar setiap serangan mampu dihadapi.

Perjuangan ini belum selesai selagi nyawa masih didada. Andai kita tercedera, selagi tidak parah bangunlah semula. Tenangkan semula minda, lapangkanlah jiwa. Harunginya dengan redha. Mungkin akan patah semangat kita, mungkin akan ada mengalir airmata, dan kita mungkin juga kan kecewa. Namun pelajarilah ia dengan minda terbuka, kembali mencari sinar cahaya. Berjuang ke arah jaya.

Andai tewas berundurlah seketika, medan itu bukan lagi tahap kita. Namun bersiap sedialah untuk kembali mencuba, kerna perjuangan ini belum selesai sepenuhnya. Tika itu bersedialah dengan apa yang ada, biarkan pengalaman lalu membuka mata kita. Mulakanlah kembali langkah dengan cara yang berbeza tapi tetapkan pendirian yang sama. Agar menjadi sang juara.

Perjuangan hanya akan tamat bila kita sendiri mengangkat bendera. Perjuangan akan tamat bila kita mula merasa selesa dan sudah tidak mahu meneruskan usaha. Benar, kita harus bersyukur dengan apa yang ada. Tapi itu bukan alasan untuk kita berhenti dan tidak meneruskan daya. Sebenarnya ia atas diri kita untuk mahu meletakkan kita dimana, sama ada menjadi juara atau yang kedua.

Kisah perjuangan belum selesai ini, ingin terus menjadi pemangkin diri. Bukan sahaja untuk santapan rohani, tapi juga mengingatkan diri. Agar diri ini mengetahui dan ada semangat mencuba lagi. Agar diri ini tidak selesa disini dan ingin menggapai langit yang lebih tinggi.

Perjuangan belum selesai,
"Terus berjuang dan berserah, langit pastinya kan berubah"

AirMata

AirMata
Akan jatuh andai kecewa
Akan menitis andai terhiris jiwa
Akan mengalir dikala parut lama terbuka
Dan membuat serba tidak kena

AirMata
Ianya tidak boleh diduga
Menitisnya sebagai satu tanda
Antara gembira atau derita
Antara suka dan nestapa

AirMata
Dari kanak-kanak hingga dewasa
Ia tidak pernah kenal usia
Namun andai ia turun kerna suatu peristiwa
Pasti hari itu kan terus tersemat di jiwa

AirMata
Kan terus dilarikan masa
Bagi meneruni setiap peristiwa
Antara sedar atau tidak kita
Ianya akan buatkan kita berwaspada

AirMata
Tika ini teringat aku suatu masa
Dikala kenangan lalu menggamit minda
Dikala dirimu masih lagi bersama
Dan kita terus bermadah pujangga

AirMata
Ia terus menjadi pengajaran berguna
Bagai serik akan suatu nama
Bagai tidak lagi berdaya bangun semula
Lalu ku bulatkan tekad terus mara
Kerna tiada erti putus asa
Dalam meniti perjuangan disini mahupun sana

Senyuman

Senyuman
Dari situ lahirnya perkenalan
Dari situ mulanya teguran
Kerna tidak mengenal insan
Maka dilakukan dengan perbuatan

Senyuman
Seikhlas mungkin cuba dilebarkan
Agar kita mendapat keberkatan
Dan terus dipertemukan
Dalam ukhwah perikatan

Senyuman
Dengannya lahir suatu kebahagiaan
Dengannya menghilangkan penderitaan
Dengannya menggamit suasana kegembiraan
Dengannya menguatkan ukhwah perhubungan

Senyuman
Walau hanya sedikit dari insan
Tapi bisa gegarkan perasaan
Menukar tangisan kepada kekuatan
Dan melahirkan ketabahan

Senyuman
Dari kita sesama insan
Agar membina satu ikatan
Agar kita bergerak seiringan
Dan menongkah segala arus dihadapan

Senyuman
Teruskanlah kita lakukan
Biar sedikit asal berterusan
Teruskan kita hingga akhir kehidupan
Kerna akan membawa keberkatan

Saturday, December 22, 2012

Kita dipertemukan semula

Sedalam mana kita jatuh
walau kita terpisah jauh
andai ianya dikatakan jodoh
pasti bertemu dan kembali heboh

tiada kata mampu diucapkan
bila dirimu berada didepan
teringat ku semula pada senyuman
yang dulunya dalam igauan


dirimu tidak banyak perubahan
seperti insan yang pernah menjalin hubungan
tiada kata selain coretan
dapat menggambar suatu kegembiraan

walaupun dirimu kembali dengan berteman
ku bahagia melihat dirimu menggapai kebahgiaan
kerna kita pernah berjanji teruskan kehidupan
dan bersaksi pada paksi kejayaan

ada juga dalam kenangan
yang kita kembali bualkan
lalu diselit senda gurauan
buatkan tersenyum memerhatikan

Berbual denganmu kembali ku singkapkan
Erti kata diri dan kehidupan
Banyak benar pengajaran dan pedoman
semasa kita dalam satu jalan

kini kita masing punya haluan
tapi dirimu tetap menjadi teman
yang terus memberi sokongan
untuk aku berusaha ke arah kejayaan

ku bersyukur dirimu hadir sebagai kawan
dikala aku sedang dalam kegelapan
terima kasih dariku atas bimbingan
moga terus menongkah arus kecemerlangan

Friday, December 21, 2012

PENAKU

hidup sudah haru
kerna sedang merindu
wahai dikau idaman qalbu
tanpamu ku berbulu

hilang mu entah dimana
tiada pengganti paling bermakna
ku mencari sini dan sana
dimana dapat kembali kita bersua

tiada lagi linangan cerita
tiada lagi garisan dibina
tiada lagi kata-kata sukma
dari mu yang sungguh istimewa

hilangmu terus ku cari
dari dalam hingga ke tepi
sudah ku lihat kanan dan kiri
namun tiada jua menampakkan diri

bukan ku tidak mahu teman pengganti
tapi pasti tidak sama lagi
bagaimana nanti jika dirimu kembali
dan mengetahui ku sudah ada pengganti

aku cuma mampu pasrah
aku redha dalam berserah
tiadamu lukaku berdarah
namun jatuhku tak mungkin rebah

aku cuba untuk berdikari
tanpamu ku cuba gunakan teknologi
walaupun aku kaku lagi
namun usaha itu azimat pasti

aku tak mampu berkata apa
walau jiwaku pasti derita
walau dalam ini masih terluka
tapi ku cuba lupakan sengsara

Dengan pena ku tulis sebelumnya
kini teknologi pemangkin segala
namun aku masih ada rasa selesa
menulis dari menaip di komputer riba

hidup ku teruskan jua
teknologi ini cuba ku guna
walau kekok akan ku usaha
demimu pemangkin impian bersama

PMR Medan Permulaan Bukan Pengakhiran



Salam kehidupan,

Hari ini masih ramai berkata-kata tentang keputusan PMR yang baru diumumkan. Ramai bercerita tentang kejayaan yang diimpikan telah dilaksanakan dengan cemerlang. Ada juga ibu bapa yang terkejut atas kejayaan anak-anak mereka yang mampu membuat keluarga bangga. Tahniah atas keputusan itu adik-adik dan teruskanlah untuk mencipta kejayaan kerana kejayaan kita bukan sahaja menggembirakan diri kita akan tetapi ibu bapa kita yang telah banyak bekorban untuk pelajaran kita. Tiada hadiah paling bermakna buat ibu dan bapa selain melihat kecemerlangan anak mereka di medan ilmu mahupun medan pekerjaan.

Namun disebalik kejayaan yang cemerlang itu ada juga adik-adik yang kecewa, terluka, gagal dalam peperiksaan itu. Buat adik, satu pesanan dari abang. "baik gagal sekarang dan perbaiki diri untuk menjadi lebih baik". Banyak yang adik mampu belajar dari kegagalan sebenarnya, abang juga turut belajar dari kegagalan kerana kegagalan banyak mengajar kita dalam setiap persepsi untuk memperbaiki diri...

Sebagai contoh:-

Pertama, kegagalan membuatkan diri kita cekal. Kerana kita telah kecewa dan pastinya mahu berusaha semula untuk meraih kejayaan. Siapa tidak impikan kejayaan adik-adik tapi ketahuilah kejayaan tak kan datang mudah jika usaha kita begitu rendah.

Kedua, dari kegagalan kita tahu tahap diri. Kerana dari mengetahui tahap diri kita sendiri kita akan terus berusaha membetulkan diri dan akan mencabar diri bagi melepasi tahap itu. Kita kena tahu tahap atau limit itu hadir untuk kita lepasi bukan untuk tunduk meratapi.


Ketiga, kegagalan mengajar erti keberanian. Kerana kita berani menerima kekecewaan. Kita dapat belajar dari bawah erti penderitaan, kesakitan dan bagaimana rasanya impian yang kita impikan tidak kesampaian. Tapi jangan sesekali kita berputus asa kerna ianya menamatkan segalanya

Keempat, kegagalan dapat menyusun kembali langkah. Kerana dari kegagalan kita dapat lihat disudut manakah yang ada salahnya, apakah strategi yang perlu diatur untuk kita teruskan. Adik perlu ingat dalam dua tahun SPM akan menjelma dan disitu perjuangan adik sebenarnya. Buktikan kegagalan lalu mematangkan adik menjadi seorang pelajar berwibawa.

Kelima, sikap kita. Dengan kegagalan kita akan mengubah sikap kita dalam melakukan sesuatu. Mungkin dari main-main tumpuan akan kita unjurkan dan perubahan sikap itu penting bukan sahaja dalam suasana pembelajaran tetapi juga untuk masa hadapan terutama bila kita di alam pekerjaan

Itu adalah lima contoh dari abang apa yang kita dapat pelajari dari sebuah perkataan yakni, "KEGAGALAN". Perkataan itu tidak kejam sebaliknya perkataan itu datang untuk memberi kita udara pembaharuan dan meneruskan perjuangan.

Bagi adik-adik yang berjaya, satu sahaja kata dari abang. Jangan berasa selesa atau bangga kerana kejayaan seterusnya pasti amat sukar dan teruskan tingkatkan usaha itu. Perasaan selesa atau bangga itu akan buatkan adik dibuai mimpi indah dan akhirnya terlupa yang ada lagi medan peperangan yang perlu adik harungi.

Akhir kata dari abang Selamat Berjuang dan ingatlah ibubapa kita dalam setiap perjuangan kerana mereka adalah satu sebab kita dapat memotivasikan diri...

"Usaha adalah perkara utama",
" Keputusan adalah yang kedua",
"Sikap kita jangan berputus asa",
" Kelak akan ada nikmatnya"

Saturday, December 15, 2012

Aku Bukan Mat Rempit (ABMR)


Aku bukan mat rempit
Naik motor tak reti menyelit
Takut juga kadang-kadang terhimpit
Mana tahu jatuh longkang atau parit

Aku bukan mat rempit
Naik motor tak nak sempit-sempit
Susah lagi nak selit
Nanti aku pula yang sakit

Aku bukan mat rempit
Bawa motor bukannya sulit
Pandu cermat - cermat sikit
Biar lambat asal tak ke langit

Aku bukan mat rempit
Naik motor nak kumpul duit
Bukan tak cemburu tengok kereta besar bukit
Tapi nak kumpul modal memang pahit

Aku bukan mat rempit
Nak bawa laju sambil menjerit
Hilang suara tekakku perit
Nanti aku juga yang sakit

Aku bukan mat rempit
Jalan biasa tak perlu race sengit
Kang salah hari aku terkepit
Silap hari bulan aku yang cirit

Hidup ini satu perlumbaan


Hidup ini bagai berlumba
Tak kisah naik motor atau kereta
Semua terus mengejar masa
Seperti ada yang meninggalkan mereka

Hidup ini bagai berlumba
Salah litar setiap masa
Ada yang jatuh mahupun cedera
Namun terus bangun meneruskan usaha

Hidup ini bagai berlumba
Tak kisah dimanapun berada
Manusia takkan puas dengan apa yang ada
Dan terus berlumba mengumpul harta

Hidup ini bagai berlumba
Pelajar berlumba mengumpul ilmu didada
Pekerja berlumba menjadi terbaik di pejabatnya
Peniaga berlumba untuk mengaut untung berjuta

Hidup ini bagai berlumba
Tiada yang mahu berhenti seketika
Walaupun untuk merehatkan minda
Kerna masa begitu cemburui kita

Hidup ini bagai berlumba
Namun ketahuilah setiap berlumba ada juara
Jangan hanya kita juara didunia
Namun tercorot disana

Hidup ini bagai berlumba
Kumpul harta biarlah bersederhana
Namun amalan berlipat ganda
Agar kebaikan dirasai hingga penghujungnya

Hidup ini bagai berlumba
Hari ini tewas, esok mungkin juara
Tiada yang dapat meramalkan masa
Hanya menempuh dengan apa yang ada

Hidup ini bagai berlumba
Wahai manusia kuatkan segala ilmu diminda
Cekalkan satu hati dan jiwa
Kukuhkan dirimu dari anasir durjana...

Kini Kembali



Tika itu
Tidak ku tahu apa terjadi
Tidak ku begitu mengerti
Kenapa blog tidak dapat dibuka lagi
Dan tidak mampu ku login kembali

Tika itu
Habis sudah semuanya
Ku rasa tertutup sudah pintu cerita
Kerna aku sebagai seorang pujangga
Yang seronok bermain karya

Tika itu
Kesusahan kembali ku rasa
Ku menulis kembali dengan pena
Dalam kertas ku tulis segala
Dan ku luahkan semua cerita dunia

Kini ku kembali
Setelah akhirnya ku boleh login lagi
Tidak ku berbuat apa untuk mengubahi
Cuma pasrah dengan apa yang terjadi
Dan kembali merindui

Kini ku kembali
Boleh ku terus bekarya disini
Bagi ku meneruskan cerita yang aku impi
Biar apapun yang lain fikiri
Asalkan aku tahu dan gembira sekali

Kini ku kembali
Yang pasti tiada cerita sensasi di blog ini
Tiada gosip-gosip panas disini
Hanya luahan dari seorang insan lelaki
Yang sedang memerhati dari setiap dimensi

Friday, November 2, 2012

Setahun Sudah Berlalu



Setahun sudah berlalu
Namun diri ini masih seperti dulu
Tiada yang berubah padaku
Begitu cepat masa berlalu
Seperti sedang cemburu

Setahun sudah berlalu
Seakan diri ini tidak percaya
Ku mampu hidup di kota raya
Walaupun berat pada awalnya
Kini ku mampu menarik nafas lega

Setahun sudah berlalu
Terkenang aku seketika
Tika perlu melepaskan cita-cita
Tika keputusan perlu dibuat antara dua
Dan akhirnya ku memilih kerjaya

Setahun sudah berlalu
Begitu banyak ku pelajari
Dalam usaha memantapkan diri
Dalam niat terus memperbaiki
Kelemahan dan kekurangan ini
Untuk terus berbakti

Setahun sudah berlalu
Ragam rakan tidak kering gusi
Walau ada datang dan pergi
Persahabatan dijalin tiada ganti
Moga kalian berjaya nanti
Dan kita kan ketemu lagi

Setahun sudah berlalu
Kini hampir semua berwajah baru
Dalam iltizam memantapkan qalbu
Dalam keinginan untuk membantu
Mengukuhkan semangat baru


Aku



Dikala ini, suasana ini
Tidak pernah terlintas disudut hati
Tidak pernah ku fikiri
Akan masa yang sedang berlalu pergi

Dalam liku penuh duri
Dalam jalan yang sunyi
Seperti ku tempuhi sendiri
Adakah ia sukar sekali

Bagaikan dalam mimpi
Hari terus berganti
Masa terus berlalu pergi
Meninggalkan diri terkapai sendiri

Entah apa yang aku cari
Apakah yang aku kehendaki
Aku sendiri tidak mengerti
Seumpama unggas meniti hari

Usiaku kini meningkat lagi
Namun apa yang ku miliki
Namun apa yang ku rasai
Namun apa yang ku hadapi
Mampukah mematangkan diri
Mampukah membuat jiwa ini berani

Aku kini keliru dengan diri
Aku kini kecewa perubahan ini
Banyak yang ku lakukan hingga kini
Adakah akan timbul sesal nanti

Namun hidup perlu dilalui
Walau apa pun terjadi
Walau parut berdarah kembali
Aku perlu gagahi
Aku perlu hadapi
Dengan semangat yang tidak kan mati

 

Kenangan Jua



Kenangan jua
Dikenang buatkan ku kecewa
Namun sentiasa hadir dalam minda
Diganggu dalam jiwa
Buatkan tidurku tidak lena

Kenangan jua
Namun sakitnya masih ku rasa
Luka jua belum pulih sepenuhnya
Deritanya masih di fikiran jejaka
Parut ini kan kembali terbuka

Kenangan jua
Bukan ku tidak mencuba
Bukan ku tiada daya usaha
Namun dirimu yang teristimewa
Belum ku jumpa penggantinya

Kenangan jua
Tiada yang hilang dimata
Tiada yang ku pendam juga
Segalanya berlalu mengikut masa
Atas hati baik bicara
Keputusan diambil agar tiada yang terluka
Agar tiada yang kecewa

Kenangan jua
Kini hidup ku lalui dengan leka
Kini ku cuba bangun dari lena
Namun adakah aku benar-benar berdaya
Melupakanmu dari fikiranku jua.......


November Ini


November ini
Ianya datang lagi
Ianya yang ku nanti
Tarikh yang menjadi tradisi
Tarikh yang menjadi saksi
Kehadiran seorang insan ke duniawi

November ini
Buatkan hatiku berdebar lagi
Meniti hari menanti
Bagai mengira duri di jari
Bagai tahun hadapan tiada lagi

November ini
Tak mungkin ada pengganti
Tak mungkin ku biarkan pergi
Tanpa satu kisah di hati
Tanpa satu ungkapan penyeri

November ini
Istimewanya sungguh bererti
Punya makna yang tersendiri
Lagi tersembunyi
Buatkan ianya terus dinanti

November ini
Awalnya harus ku lalui
Mulanya biarkan perit ku hadapi
Namun di penghujungnya nanti
Hari itu akan dirai

November ini
Cuba ku tenangkan diri
Cuba ku rentasi
Namun, apa yang bakal terjadi
Ku harap kenyataan dari mimpi
Agar kan tersemat dalam memori
Sebagai satu kenangan abadi


Sunday, September 23, 2012

Dia Teristimewa


Dia Teristimewa

Dia
Dari jauh ku terlihat senyuman
Seorang gadis rupawan
Buatkan diri ingin berkenalan
Dengan sinar jelitawan

Dia
Dari pandangan mata yang suci
Ku cuba beranikan diri
Untuk memulakan bicara ini
Agar perkenalan terjadi

Dia
Perkenalan buatkan aku cukup gembira
Riang hati tidak terkata
Namun tiap kali bertentang mata
Kelu lidahku untuk berbicara

Dia
Kini berada bersama
Buatkan ku gembira senantiasa
Walau bagai teman tapi mesra
Cukup memadai dari tiada

Dia
Setiap hari bersama
Tidak mungkin akan ku lupa
Detik-detik bahagia
Begitu istimewa

Dia
Tidak pernah ketahui perasaan ini
Kerna aku hanya menyimpannya dalam hati
Kerna tidak mahu kehilangan insan ku sayangi
Mungkin aku tidak berani

Dia
Kini tinggal kenangan sahaja
Hilang persahabatan dibawa masa
Aku kehilangan dirinya
Namun tidak rasa cinta dijiwa

Dia
Ku tidak menyesal jua
Walau tidak meluahkan rasa
Kerna tiap detik dan ketika
Menjadi saat-saat bahagia



Mentari


Mentari

Mentari datang lagi
Tika diri ini begitu sepi
Datang ia bagai mimpi
Bagai di alam fantasi

Mentari itu menyinar lagi
Walau semalam ada luka dihati
Derita yang terpahat disini
Tidak mudah dilupai

Mentari datang lagi
Aku masih disini
Masih mencari siapa diri
Juga sinar yang telah pergi

Mentari itu menyinar lagi
Membawa harapan pada diri
Walau puncanya tidak diketahui
Jiwa ini meronta bagi mengetahui

Mentari datang lagi
Tika aku termenung sendiri
Hilang semangat perjuangan ini
Hilang juga impian sanubari

Mentari itu kembali
Namun tika aku tersungkur ke bumi
Dan tidak berdaya lagi
Untuk memulakan perjalanan ini

Mentari datang lagi
Namun tiada makna bagi diri
Kerna luka berdarah kembali
Parut lalu mula menghantui

Mentari itu kembali lagi
Bagaikan jauh dari realiti
Aku bagai tidak mahu mencari
Sebuah ungkapan kata sakti

Mentari itu akhirnya pergi
Dikala ku mengeluh sendiri
Akhirnya ku tunduk sunyi
Tanpa ada rasa menyesali


Jujur


Jujur

Jujur
Hati ini masih padamu
Ingatan ini masih denganmu
Tiada ku cuba menipu
Kenangan denganmu adalah sesuatu

Jujur
Aku benar-benar merindu
Setiap saat bersamamu
Tiap tingkah lakumu dulu
Yang pernah buatku tersenyum selalu

Jujur
Walau aku terasa derita
Walau lukaku pasti memakan masa
Namun setiap gelak tawa & gurau senda
Adalah pengubat tika berduka

Jujur
Sayangku buatkan aku tabah
Walau pernah kita sama-sama rebah
Walau luka itu berdarah
Ku percaya akan ada setiap hikmah

Jujur
Cinta ini tidak pernah layu
Walau masa begitu pantas berlalu
Seperti ada yang cemburu
Tika diri ini gembira bersamamu

Jujur
Impian ini mungkin tidak kesampaian
Atas kecewa dengan perbuatan
Lantas dirimu lari tanpa pengetahuan
Hilang dari pandangan

Jujur
Aku terasa begitu kecewa
Bagai tombak memanah jiwa
Lalu ku bawa diri ke ibu kota
Bagi mengubah segala

Jujur
Dirimu masih di ingatan jua
Hingga kini tidak sedikit pun melupa
Cuba mencari kesalahan yang ada
Dan menilai kembali cinta dan bahagia


Wednesday, August 22, 2012

Di Sini Bermula

 
Di Sini Bermula
*************

Di sini
Aku terus menambah pengalaman diri
Bila dimasukkan dalam suatu situasi
Dimana aku perlu belajar banyak lagi
Walau tidak juga aku mengerti

Di sini
Aku cuba untuk memahami
Seberapa banyak yang mampu dipelajari
Kerna tidak mahu ianya berlalu pergi
Dan aku menyesali

Di sini
Aku cuba menerima setiap diajari
Sebagai satu ilmu duniawi
Yang mungkin suatu masa kan ku gunakan nanti
Sebagai bekal dalam diri

Di sini
Aku juga dapat mengenali
Insan-insan yang kuat jati diri
Insan yang cekal terus berdiri
Untuk terus mengharungi

Di sini
Aku tidak keseorangan menempuhi
Kerna ada teman yang menemani
Kerna ada rakan penguat diri
Kerna ada sifu memberi tunjuk ajar itu sendiri

Di sini
Walau tidak berapa lama lagi
Walau masa begitu mencemburui
Aku akan cuba menerima itu dan ini
Mendapatkan semua yang mampu dimiliki
Untuk dibawa sebagai bekalan diri
 

Suasana Ini

 
Suasana Ini
***********

Suasana ini
Dengan jiwa yang aman sekali
Melihat kanan dan juga kiri
Dengan angin yang nyaman sekali
Membuatkan hadir rasa tenang dalam diri

Suasana ini
Mungkin tidak kan datang lagi
Jadi perlulah kita menghargai
Setiap detik masa dilalui
Agar tidak kita menyesali

Suasana ini
Tidak mungkin dapat diganti
Kerna masa silih berganti
Yang datang akan terus pergi
Meninggalkan kita sendiri

Suasana ini
Teringat daku dalam diri
Seperti ada sesuatu perlu dihargai
Seperti ada sesuatu perlu diselami
Seperti ada yang perlu dinikmati

Suasana ini
Tidak kan aku lupai
Kerna ia datang hanya sekali
Datang dalam bentuk yang sunyi
Tapi amat bererti

Suasana ini
Indahnya tiada pengganti
Tenangnya memecah mimpi
Melahirkan kerinduan dalam diri
Dan terus menghayati
Dan terus mengharungi
Dan terus melalui
Dalam suasana yang lapang ini...
 

Thursday, August 9, 2012

Di Penghujung Ini



Di Penghujung Ini

Di penghujung ini
Di kala masih ada lagi
Cubalah untuk menyelami
Detik-detik yang berbaki
Ramadhan yang disayangi

Di penghujung ini
Cuba luangkan sejenak pada diri
Apa yang telah kita lakukan hingga kini
Cukupkah bekalan yang diperolehi
Untuk menempuhi cabaran duniawi

Di penghujung ini
Apa yang ada pada diri
Kata Ramadhan yang dinanti
Namun tiada yang berbeza pada diri
Namun tiada yang cuba perbaiki diri
Namun tiada yang meningkatkan amalan dalam hati

Di penghujung ini
Fikir sejenak renung kembali
Walau sebentar jangan berhenti
Benarkah Ramadhan yang kita nanti
Ataupun juadah berbuka bermacam resipi
Benarkah Ramadhan yang kita cari
Ataupun "sales" disana sini
Benarkah Ramadhan yang kita sayangi
Ataupun Syawal yang lebih dinanti

Di penghujung ini
Marilah kita sama-sama perbaiki diri
Marilah kita sama-sama mencari keberkatan Illahi
Marilah kita sama-sama menghargai
Setiap detik yang masih ada lagi

Di penghujung ini
Berjuanglah hingga tiada yang menyesali
Berbaktilah pada diri sendiri
Andai kita tidak ketemu Ramadhan lagi
Kita sudah punya keyakinan diri
Dan punya simpanan dalam diri.................


Saturday, August 4, 2012

Pahlawanku



Pahlawanku

Pahlawan
Jasamu tiada ternilai dengan harta
Kesungguhanmu mempertahankan negara
Kekuatanmu menempuh segala
Ketepatanmu bertindak setiap ketika
Demi memastikan keadaan aman sejahtera

Pahlawan
Tidak mungkin terbalas segala budi
Tidak mungkin terungkap bicara hati
Tidak mungkin ada harta yang mampu menandingi
Tidak mungkin rakyat mampu dibuai mimpi
Jika tiada dirimu menjaga pertiwi

Pahlawan
Tiada apa yang mampu aku beri
Tiada kata yang mampu ku ucapkan kini
Tiada pingat yang mampu dikalung lagi
Bagi berterima kasih atas perjuanganmu ini
Bagi menunjukkan rasa terima kasih kami
Atas segala pengorbananmu dari dulu hingga kini
Pahlawan
Kami kenang perjuanganmu
Kami ingati setiap pengorbananmu
Kami amati setiap waktu
Agar nikmat dari masa lalu
Tidak akan terus luput ditelan waktu
Dan kami kan beritahu anak cucu
Tentang setiap jasa baktimu

Pahlawan
Moga kamu terus kukuh disetiap medan
Bukan lagi sekadar peperangan namun kehidupan
Bukan lagi sekadar peluru namun cabaran
Bukan lagi sekadar kehancuran namun pembangunan
Setiap yang berjuang digelar pahlawan
Setiap yang berbakti dinamakan pahlawan
Agar setiap rakyat merasai erti kata kemewahan
Agar setiap rakyat merasai nikmat metropolitan
Agar setiap rakyat menikmati zaman kemajuan
Dan menerokai setiap detik perjuangan

Selamat Hari Pahlawan pada 31 Julai 2012................


Impian



Impian

Impian
Ianya bukan satu angan-angan
Ianya bukan cerita dongengan
Ianya satu dipanggil harapan
Oleh insan yang dahagakan kejayaan

Impian
Dibina atas dasar kesungguhan
Dilakar atas pasir bertaburan
Dikumpul dalam semangat kejituan
Cuba mengembalikan suatu zaman
Yakni kegemilangan

Impian
Bukannya hanya satu perkataan
Bukannya hanya satu jalan tekanan
Cuma hadir untuk orang kebanyakan
Dan tiada keistimewaan
Cuma punya daya pemikiran
Yang jauh di sudut bayangan

Impian
Tidak akan hancur dalam lautan
Tidak kan tertimbus dalam rimba hutan
Akan terus kukuh di ingatan
Da cekal menggegar kesinambungan

Impian
Mungkin sudah ada yang kehancuran
Ditanam dari dasar lautan
Ditimbus oleh duri-duri ranjau kehidupan
Yang terus meniti setiap perjalanan

Kembali Bermula




Kembali Bermula

Dikala terluka dan derita
Janganlah dirimu terpedaya
Percaya pada diri dan jiwa
Percaya dengan apa yang ada

Jatuh, bangunlah semula
Tanamkan satu kekuatan di minda
Kembalilah memegang pena
Menulis semula

Dikau mungkin gagal cubaan pertama
Dikau mungkin tersungkur dimedannya
Namun jika tidak berputus asa
Kembalilah semula

Gagal sekali tidak bererti akan gagal lagi
Yang penting usaha dan kecekalan hati
Jiwa yang mesti berani
Untuk mencuba lagi

Langkah pasti perlu dimula
Tidak ada yang berlari sebelum langkahan pertama
Tidak ada yang membaca sebelum mengeja
Tidak ada angka ribu sebelum sa...

Jatuh bangun adat dunia
Hakikat hidup terus mencuba
Gagal resam ke arah jaya
Keperitan permulaan sebuah bahagia

Janganlah dibuai perasaan kecewa
Perlu bangun bangkit semula
Tanamkan sesuatu dipanggil "aura"
Bagi menggegarkan dunia


Friday, July 27, 2012

Ramadhan Datang Lagi



Ramadhan datang lagi
Disebalik kecelaruan duniawi
Disebalik kekecohan sana sini
Disebalik setiap erti kata revolusi

Ramadhan datang kini
Membawa bersama keberkatan Illahi
Memberi setiap bucu makhluk dibumi
Cuba mengerti dan lebih memahami

Ramadhan datang lagi
Berilah sebaik mungkin kali ini
Bagai ianya yang terakhir kita nikmati
Agar Ramadhan ini, tidak kita sesali

Ramadhan datang kini
Sudah seminggu berlalu pergi
Apa yang sudah kita miliki
Cukupkah amal dibawa nanti

Ramadhan datang lagi
Tiap kali Ramadhan, amalan mula dikaji
Nak tambah itu dan ini
Macam bulan lain tak muncul lagi

Ramadhan datang kini
Namun aku keliru terfikir sendiri
Napa Ramadhan yang perlu dinanti
Napa 11 bulan lagi seperti tidak bererti
Napa bila Ramadhan baru menjejakkan kaki
Di setiap pelusuk surau dan masjid serata negeri
Kan bagus amal kita tidak berhenti
Biar sederhana agar tidak mati

Ramadhan ini perlu kita kaji
Biarlah ia jadi bulan mengumpul bonus akhirat nanti
Bulan lain buatlah seperti kita sentiasa makan gaji
Biar sedikit asal terus berisi
Biar kurang asal tidak kosong dalam diri
Biar tak banyak asal ada bekal nanti

Ramadhan datang lagi
Moga menjadi tempat menambah rezeki
Baik di dunia mahupun sana nanti
Agar kita terus berevolusi
Memperbaiki diri dari setiap segi
Agar menjadi insan yang diberkati
Dan lebih mensyukuri nikmat Illahi


Friday, July 13, 2012

Hanya Mampu Mengingatimu



Hanya Mampu Mengingatimu....
 
Kita adalah dua insan berbeza
Seringkali berbalah berebut sahaja
Tidak pernah untuk mencuba
Memahami diri dan jiwa

Kita tetap berbeza
Sering kali juga bertanya
Kenapa selalu di antara kita
Ada sahaja yang tidak kena

Kita berbeza
Itu yang mampu dilihat mata
Itu yang dikata semua
Itulah fitrah bila kita bersama

Kita senantiasa berbeza
Walaupun sukar untuk diterima
Walaupun ada yang sama
Namun ia tetap menunjukkan kita berbeza

Kini dirimu tiada
Tiada lagi perbalahan kata
Tiada lagi persengketaan menarik muka
Tiada lagi gembira dan yang terkena

Kini dirimu sudah tiada
Jauh disudut hati masih dirimu ku ingati
Walaupun saat dahulu banyak berbeza
Namun dirimu masih disisi

Kini ku hanya mampu mengingatimu
Mengingati saat tika bersama
Walau banyak yang  tidak sebulu
Itulah cara kita

Kini ku mampu mengingatimu
Kerna gelagat dan tawamu
Pasti kan buat ku rindu
Walau tidak lagi mampu ketemu

Kini ku mengingatimu
Saat hilangmu ku tidak mampu
Menongkah arus menahanmu
Kerna antara kita berbeza

Namun ketahuilah
Ku tidak pernah kecewa mahupun marah
Ku akan bangun dari saat-saat rebah
Dan kembali mencari arah

Dengan hanya mampu mengingatimu
Akan ku terus berusaha
Biarpun dalam ini punya rasa rindu
Ku percaya kita kan dipertemu semula.....


Saturday, July 7, 2012

Igauan


Igauan
Sering kali datang dengan kejutan
Memberi impak dalam kerisauan
Memberi detik sukar dilupakan
Menjatuhkan segala tafsiran

Igauan
Ia datang dalam pelbagai sedutan
Kisah mungkin antara api dan lautan
Namun yang dirasai hanya kesakitan
Yang ditempuhi hanya sebuah penderitaan

Igauan
Kini ia kembali di setiap pemikiran
Tanpa aku memberi jemputan
Sesal aku dalam kepayahan
Sukar untukku menghadirkan keyakinan

Igauan
Luka semalam kembali dibahan
Parut dahulu menjadi santapan
Ianya datang dengan sejuta sesalan
Atas apa yang telah ku lakukan

Igauan
Kernanya hadir juga pertanyaan
Mampukah aku untuk bertahan
Mampukah aku untuk teruskan kehidupan
Mampukah aku terus memperjuangkan
Apa yang kini aku idamkan
Apa yang kini aku mimpikan
Apa yang kini aku inginkan

Igauan
Akan aku terus merenangi lautan
Akan aku berlari merentas sempadan
Selagi keringat ini masih di genggaman
Selagi hayat ini masih dikandung badan
Akan aku perjuangkan
Apa yang aku telah letak kepercayaan
Demi sesuatu ku panggil kesenangan........


Friday, June 22, 2012

Teringat ku kembali



Ungkapan tidak kan sama
Kasih tidak akan serupa
Dalam meniti setiap langkah dunia
Penuh dengan tipu daya

Langkah ku atur bagi mencuba
Jalan ku lalui untuk menduga
Kerna kerjaya yang cuba dibina
Untuk diriku dan keluarga

Bekerjaya dalam erti bekerja
Semuanya sama sahaja
Akan ada yang ingin dicuba
Akan ada rasa berat sahaja

Tika ini ku teringat kembali
Saat masih begelar pelajar lagi
Kerna banyak yang terjadi
Yang pastinya seperti mimpi

Hari ini aku ingat kembali
Suatu masa dalam kelas Prof Zaki
Kelas research yang aku sangat minati
Yang ku bawa hingga kini

Hari ini aku mengingati
Saat sama-sama teman time study
Pulun sangat tidak kenal erti
Asal siap kerja yang diberi

SPSS adalah cabaran kami
Yang selalu mengundang tragedi
Banyak yang telah kami pelajari
Dalam kelas yang tidak kan dilupai

Saat ini aku bersyukur pada Illahi
Kerna aku masih mampu mengingati
Setiap detik bersama sahabat sejati
Yang tidak kan betukar ganti

Terima kasih buat semua teman SB
Kerna sama-sama kita mengharungi
Walau sudah dua tahun berlalu pergi
Kita berjaya mengakhirinya sebagai satu FAMILY



Sunday, June 10, 2012

Bukan simpati mahupun tragedi



Dalam kita meniti hari
Dalam kita melangkah untuk melalui
Akan ada digelar tragedi
Yang mengubah kehidupan diri

Dalam sunyi malam ini
Aku tiba-tiba mengimbau kembali
Saat dimana ia berubah sama sekali
Hingga kini tidak dapat melupai

Mungkin diri ini tidak ada gunanya
Mungkin diri ini tiada apa-apa
Mungkin diri ini ndak punya harta
Namun segala yang ada dalam jiwa
Segala yang bermain diminda
Segala yang berlaku disana, bukan diri ini meminta

Tragedi itu membuatkan aku lemah
Membuatkan aku gelisah
Membuatkan aku serba salah
Kerna diri ini tidak pernah berubah

Aku tidak mahu menyusahkan
Apatah lagi menjadi satu beban
Dah lama aku pendam dan simpan
Satu perasaan digelar kesakitan

Bukan diri ini tidak mahu berkongsi
Tapi aku tidak mahu simpati
Bukan diri ini tidak mahu memperbaiki
Namun risikonya begitu tinggi

Selagi mana aku mampu bertahan
Selagi mana jiwa ini kental menahan
Akan aku pasrah atas ketentuan
Dan mula menyimpan memperbaiki kehidupan

Teringat pesanan seorang teman
Berkongsi penderitaan agar lebih tenang
Namun bukan semua mampu dikongsi dalam persahabatan
Kerna ia lebih baik untuk dikenang

Aku tetap bersyukur walau begini
Kerna ianya membuatkan aku mula berpuisi
Mula aku menulis itu dan ini
Dalam bentuk yang tidak ramai menggemari

Aku cuba kuatkan jiwa ini
Kerna pasti ianya akan ditanya nanti
Aku tidak mahu belas kasihan atau simpati
Bersahabatlah dengan ikhlas dalam diri


Saturday, June 2, 2012

SELAMAT MAJU JAYA AZNIZA


Setiap perkenalan dan pertemuan
Telah ditetapkan dalam kehidupan
Namun yang pasti tiada pengakhiran
Walaupun berlaku perpisahan

Ada coretan ingin dikongsi
Agar menjadi satu tradisi
Tiada hadiah bernilai mampu diberi
Hanya sebuah nukilan puisi

Tempat ini terasa kesunyian
Pabila sekejap sahaja pertemuan
Terkenang kembali setiap gurauan
Serta sekuntum senyuman menawan

Benar, bertemu pasti akan ada perpisahan
Itulah lumrah kehidupan
Akan terus diingati setiap kenangan
Kerna ia bukannya permainan

Patah tumbuh hilang berganti
Namun tidak kan sama yang pergi
Setiap tingkah laku peribadi
Menjadi coretan untuk diingati

Dalam 5 bulan bekerja bersama
Dari IBM 11 hingga PV08 bertukar nama
Perwatakannya sungguh istimewa
Bagai satu dalam berjuta

Pertama kali dirinya ku ketemu
Rakan kerja sungguh pemalu
Duduk diam tersipu-sipu
Dah lama pakat jadi hantu
Sesekali lahir juga rasa rindu
Dengan suasana seperti itu

Sikap "blur" dasyat sekali
Hingga buatkan semua tak kering gusi
Dari panggilan makcik, nenek dan treasure hunt diberi
Sebagai ganti nama panggilan diri

Gelagatnya membuatkan semua tertawa
Menghilangkan rasa tekanan dalam jiwa
Seorang gadis bernama Azniza
Dirimu senantiasa ceria

Seorang insan berdedikasi
Yang menjadi pemangkin motivasi
Dalam meneruskan kerjaya ini
Walaupun dirimu sudah meninggalkan kami

Dirimu bekerja tekun sekali
Sesekali lahir juga saat bahagia
Bukannya aku nak menabur puji
Bukan juga melemparkan secawan gula
Kehilangan dirimu amat dirasai
Walaupun baru di hari pertama

Srikandi bersemangat waja
Juga punya tinggi cita-cita
Ku harap dirimu berjaya
Walau dimana pun kamu berada

Walau tidak lagi disini
Walau tidak lagi bertentang mata
Namun perjuanganmu dihati kami
Kenangan kita azimat jiwa
Agar menjadi sumber inspirasi
Untuk terus cekal berusaha

Padamu Azniza, maaf kami minta
Daripada keluarga PV08 juga
Walau jauh dari pandangan mata
Ingatlah PV08 tetap keluarga
Ingatlah kita tetap sahabat selamanya
Ingatlah kenangan dan pengalaman bukannya dusta

Selamat Maju Jaya Azniza........



Friday, May 18, 2012

Suara untuk kamu


Aku memang suka merapu
Cakap bukan-bukan pening kepalaku
Tapi asal kita jangan malu-malu
Kerna i ada u
Tapi di sana dihatimu
I tak tahu

Bukan aku nak seloka di malam minggu
Cuma aku tertunggu-tertunggu
Cuma aku kini keliru
Yang pasti kita belum pernah ketemu
Yang pasti dirimu amat ku rindu

Baru tadi bermesej tanya ini dan itu
Tentang pelajaran dan juga thesis u
Sudah lama tidak mendengar suara kamu
Buatkan telinga ini terasa pilu
Hati juga bertambah sayu
Ingin ku membuat panggilan tapi malu

Ku harap ada rezeki kamu
Sambung nanti jangan lupakan diriku
Kan ku doakan kamu selalu
Agar mencapai setiap impianmu

Moga Mei tahun depan jadi realiti
Agar ianya tidak lagi fantasi
Namun banyak masa perlu dilalui
Harap kamu terus berusaha nanti

Cukup lah sampai disini
Akhir kata good night dari Hafifi
Pada kawan-kawan panggil lah Aku SB
Seorang insan puitis dari puisi..........



Friday, May 11, 2012

Terima Kasih Ibu

 TERIMA KASIH IBU

 Ibu
 Suatu nama yang terus difikiranku
 Suatu nama yang pastinya ada jua dengan kamu
 Seorang insan yang amat menyayangi diriku
 Seorang insan yang tiada pengganti sehebatmu
 Seorang yang banyak mengajarku
 Erti kehidupan ini dan itu

 Ibu
 Sifatmu amat ku kagumi
 Peribadimu membuatkan aku semakin berani
 Kecekalanmu menjadi contoh buat anakmu Hafifi
 Kekuatanmu menjadi sumber meneroka peribadi
 Kesungguhanmu memang sukar ku cari
 Kesabaranmu dalam mendidik anakmu yang digelar SB
 Sungguh istimewa dan tidak dapat ku ganti

 Ibu
 Setiap hari dirimu terus menempuhi
 Bagai semalam hanyalah satu tragedi
 Masa hadapan sebagai alam yang dinanti
 Dan juga diimpi oleh kita dalam satu family

 Ibu
 Tidak akan ada hadiah untuk membalas jasa
 Tak mungkin mampu walau hartaku berjuta
 Tak mungkin ku mampu melakukan sepertimu ibuku jua
 Tak mungkin ada yang mampu bekorban setiap waktu dan masa
 Tak mungkin aku ada keringat dan kekuatan tenaga

 Ibu
 Jasa yang diberi tak pernah diminta balasan
 Dalam mendidik dengan penuh ketegasan
 Dalam mengajar penuh kegigihan
 Dan terus besabar dengan kenakalan
 Dengan pelbagai pertanyaan
 Dari anakmu yang baru mengenal apa itu keduniaan

 Ibu
 Potret ini ku halusi
 Cuba untuk aku mentafsiri
 Namun tak mungkin ianya terjadi
 Kerna anakmu ini sukar untuk mengerti
 Atas segala pengorbanan yang ibu beri
 Dalam membesar dan mendidik kami
 Hingga aku ke tahap ini
 Dan menjadi seperti diriku kini

 Ibu
 Dalam 25tahun usiaku kini
 Dirimu banyak menjadi sumber inspirasi
 Memotivasikan diri untuk menjadi seorang disegani
 Meyakinkan diri yang aku juga boleh berjaya nanti
 Menguatkan semangat dan jati diri

 Ibu
 Disini aku menyusun sepuluh jari
 Memohon segala ilmu diberkati
 Meminta untuk terus bersamaku disini
 Dan terus memberi sokongan yang ku ingini
 Akan ku cuba terus berdiri
 Akan ku cuba untuk berusaha berdikari
 Agar dirimu bangga dengan anakmu nanti
 Dan mengukir senyuman yang tidak ternilai dek bulan dan matahari

 Ibu
 Terima kasih untuk segalanya
 Akan aku terus berusaha
 Akan aku terus mencuba
 Agar dirimu turut berbangga
 Agar dirimu mampu ketawa
 Bila melihat anakmu berjaya

 Terima kasih ibu atas segala jasamu.............
 


Friday, May 4, 2012

Kerana Saman Yang Kau Beri

Kerana Saman Yang Kau Beri


Tidak terdaya bagiku
Meluah rasa terpendam
Hendak memetik samanmu
Bimbang nanti tidak kesampaian

Kau bagai hujan yang datang
Menyiram musim kemarau
Hebatmu tiada bandingan
Sedang aku cuma dagang yg merantau

(2X)
Terlalu banyak kesalahan dariku
Susah peritku kau tak mengambil tahu
Sehinggakan ku rasa keliru
Bila mengenangkan tindakanmu
Aku tahu siapa diriku
Bagaikan musafir yang menumpang lalu

Aduhai saman sungguh tidak ku menduga
Ia datang membawa derita
Entah apakah gerangan dijiwa
Hendak ku lepas tiada berdaya
Kerana saman aku sakit hati
Aku tak mengerti ianya terjadi
Kerana saman yang telah kau beri
Ku ubah parti ku alih undi




Kita Bersua Lagi



Kita bersua lagi
Wahai dirimu bidadari
Disini yang ku impi
Bukan alam mimpi dan fantasi

Kita bersua lagi
Wahai gadis yang dinanti
Walau tidak ku kenali
Namun ada hasrat disanubari

Kita bersua lagi
Tika mata saling memerhati
Ada satu rasa yang tersembunyi
Namun kelu lidah ini

Kita bersua lagi
Jernih wajahmu penuh berseri
Lenggok katamu sedap sekali
Mengatur langkah umpama bidadari

Kita bersua lagi
Namun bagaimana ingin dimulai
Bagaimana ku mahu mendekati
Lantas ku biarkan dirimu berlalu pergi

Kita bersua lagi
Andai nyawa masih diberi
Namun mana mungkin ku lupai
Suatu senyuman menambat sanubari

Kita bersua lagi
Wahai kasih wahai puteri
Kau hadir tika diri ini menyepi
Dan cuba menyendiri

Kita bersua lagi
Untuk bersama sekian kali
Walau masa itu tak mungkin kembali
Namun kenangan tetap abadi


Friday, April 27, 2012

The way you creating


Apologize is different thing
Money is not everything
Impossible is nothing
Up down in life is learning

How you create is moving
How you receive is something
How you adapt is receiving
How you react is acting

It's not about sleeping
It's not about frustrating
It's about you and living
It's about how you planning

Maybe you can said everything
Before you thinking
But each person seeing
What you are doing

Risk must be taking
Not once you underestimating
Don't you dare to misjudging
Don't hold back and relaxing

The best you're enjoying
About your life that you're living
Just don't be pretending
Try to make it to be something

I'm not the best person to saying
That this life more loving
But this is how its touching
And you must live and competing



Tuesday, April 24, 2012

Selamat Berjaya Salahuddin



Selamat berjuang selamanya
Selamat berdikari di sana
Jika ada salah dalam perkenalan kita
Ku hulurkan tangan maaf diminta

Dari mula kau ku kenali
Hidupmu sentiasa saja happy
Senda gurau pencetus revolusi
Buatkan semua tak kering gusi

Dari mula kau pendiam saja
Lepas masuk floor berubah segala
Tak sangka kau hantu juga
Rupanya semua satu kepala

Saat enjoy dalam bekerja
Ditambah disulam gelak ketawa
Tiada yang lebih istimewa
Melihat semua tersenyum ketawa

Kau mungkin melangkah pergi
Membawa diri meninggalkan kami
Tapi kenangan tetap abadi
Takkan hilang ditelan bumi

Kadang-kadang tidak memahami
Napa kau sebegini
Namun setiap insan punya sikap tersembunyi
Punya cara tersendiri

Kau yang bernama Salahudin
Teruskan perjuangan menongkah duri
Menerangi sinar cahaya bagai lilin
Yang tidak henti hingga terpadam sendiri

Lawak, jenaka juga gurau senda
Mana mungkin pernah dilupa
Akan terus dibawa masa
Akan terus diingati semua

Gaya tersendiri yang memikat dara
Kebolehan yang tidak dimiliki semua
Ku doa kau akan berjaya
Walau dimana dirimu berada

Disini ku hulurkan sepuluh jari
Andai ada terlanjur kata melukakan hati
Andai ada terkasar perbuatan buat kau memarahi
Andai ada terdetik di benak fikiran tidak puas hati
Agar semua dimaafkan sebelum kau pergi
Meneruskan perjuangan duniawi.......


Saturday, April 21, 2012

Ketika Diri Ini Merindui


Ketika diri ini melangkah pergi
Sayu diri ini tidak mungkin disembunyi
Sepi jiwa ini hanya diri sendiri memahami
Tidak mungkin lebih baik dari ini

Ketika diri ini melangkah pergi
Jiwa bergelora menuju jalan yang tidak pasti
Minda memikirkan apakah yang bakal terjadi
Hingga tidak lena dibuai mimpi

Ketika diri ini melangkah pergi
Menatap wajah ibu pendorong diri ini
Kekuatan ibu pembakar semangat diri
Ketenangan ibu penyeri duniawi

Ketika diri ini melangkah pergi
Restu dari ibu yang ku pintai
Agar doa terus mengeringi
Setiap masa aku disini

Ketika diri ini melangkah pergi
Aku hanya ingin membahagia ibuku sendiri
Tiada insan istimewa selain ibuku sendiri
Yang membimbingku dari dulu hingga kini

Ketika diri ini melangkah pergi
Benar masakkan dari ibu yang tidak ada pengganti
Cara ibu yang tersendiri
Buatkan diri ini mula merindui

Ketika diri ini melangkah pergi
Dirimu sentiasa cekal terus disisi
Walau anakmu jatuh dan jatuh kembali
Dirimu bangkitkan semangat dalam diri
Agar menongkah arus duniawi
Agar menempuh onak duri
Agar anakmu tidak lemas dalam lautan ini
Ibu, dirimu sangat ku hargai

Ketika diri ini menulis kini
Ketahuilah ibu, aku sangat merindui
Ketahuilah ibu, aku sangat menyayangi
Ketahuilah ibu, dirimu insan yang terbaik ku miliki
Ketahuilah ibu, aku benar-benar merindui

Saturday, April 14, 2012

Kerna itu fikirlah dahulu

Kerna itu
Semua jadi sayu
Lantas bertindak melulu
Tanpa memikir kesan dahulu
Yang akan menimpa kamu

Kerna itu
Semangat berkobar seperti wira
Lalu cuba bangun semua perkasa
Tidak terfikirkah diminda
Langkah itu menguntungkan siapa

Kerna itu
Mari fikirlah kembali
Sama-sama kita renungi
Ke mana hala tuju generasi nanti
Andai ia dimansuhkan tidak berbunyi

Bukan aku menyuarakan kisah politik
Hanya isu semasa yang sampai ke telinga
Lalu ku renung dalam keadaan pelik
Perlukah PTPTN dijadikan agenda kita

Jangan kita berwatakan sempit
Kerna akad kita hutang yang perlu dilunaskan
Jangan nanti kita terhimpit
Lantas memakan diri akhirat dituju soalan

Mari kita fikirkan kembali
Hadir PTPTN memartabatkan diri
Dari setiap golongan masyarakat di Malaysia ini
Dari setiap pelusuk hampir semua jajahan negeri

Aku kan berdiri teguh untuk PTPTN terus disini
Kerna bagiku hasrat generasi akan datang perlu dipenuhi
Mana mungkin habis madu sepah ku buang ke tepi
Kerna ku diajar menerima dan memberi kembali

Ramai yang mulai bersuara
Bersatulah menentang "bunga"
Kononnya ada dalam sistem PTPTN juga
Dari segi pinjaman yang diterima kita

Namun fikirkan dari perspektif berbeza
Hibah adalah "hadiah yang dipersetujui bersama"
Oleh peminjam dan pemberi pinjaman jua
Dan kita telah persetujuinya bersama

Tak akan kita semua lupa
Dikala belajar,duit mana yang kita nantikan setiap ketika
Dari mana kita membeli buku menanggung pelajaran kita
Jika tidak PTPTN yang membantu kita

Bukan aku menyokong setiap perkara
Namun hasrat memansuhkan PTPTN ku tentang jua
Biarlah aku dicerca dan dihina
Namun tidak ku mahu berjawab dalam kubur sana

PTPTN hadir membantu jiwa-jiwa muda
Bagi belajar untuk memperoleh kerja
Supaya punya kerjaya
Agar dapat membuat ibubapa bangga

Kerna Malam

Kerna malam
Aku terduduk sepi
Aku kaku dari berdiri
Ingin melihat keindahan
Namun tidak mengerti
Mungkin diri ini tidak memahami

Kerna malam
Aku kian terasing disini
Buatkan rasa hiba disanubari
Buatkan ada rindu tidak berbunyi
Lantas ku ingin berlari
Namun ke mana hala tuju ku nanti

Kerna malam
Aku mungkin tidak merasai
Mungkin tidak pernah menghargai
Namun tidak ku melupai
Apa yang pernah ku lalui
Dari dahulu hingga kini

Kerna malam
Aku mungkin tidak disini
Andai dulunya tiada onak duri
Andai dulunya tiada rintangan ku lalui
Namun kini ku cuba untuk amati
Agar langkahku tidak kecundang lagi

Kerna malam
Aku mungkin dibawa pergi
Andai hadir suratan dari Illahi
Akan tiba saat itu juga nanti
Lalu ku mohon maaf atas kesalahan diri
Yang sering buatkan sekelilingku kecil hati

Kerna malam
Aku tiupkan kasih yang tersembunyi
Aku pendamkan hasrat terus di dasar sanubari
Lalu ku pura-pura berani
Mungkin ego menguasai diri
Namun tidak kan ku menipu diri
Hanya tidak meluahkan kasih yang suci

Kerna malam
Ia hadir dingin sekali
Sekejap menjelma lalu dibawa pergi
Bagai masa begitu mencemburui
Baru bermula hilang tiada nota diberi
Lantas aku terduduk memikirkan diri
Mampukah aku kembali berdiri

Kerna malam
Ianya bermula satu resipi
Hadir karya dalam diri
Intai permata yang jauh disudut hati
Lantas ku lontarkan dalam coretanku ini
Bagi yang benar-benar memahami diri

Thursday, April 5, 2012

Cinta Pertama

Cinta Pertama

Nukilan ini tidak akan bisa
Mencerita yang bermain di jiwa
Satu rasa yang gitu istimewa
Tidak terungkap dengan kata-kata

Istilah cinta pertama
Yang sungguh bahagia
Yang amat bermakna
Dari segala cerita dunia

Hingga kini dirinya tidak ku lupa
Hingga kini bahagia bersamanya masih dirasa
Hingga kini dirinya masih bermain diminda
Walau sudah hilang ukhwah kita
Walau ku tidak tahu dimana dirimu berada
Namun kebahagiaan dulu ku amati jua

Tika ku seorang begini
Kenangan lalu kan datang menemani
Bukan ku meratapi perpisahan terjadi
Namun senyuman darimu yang masih ku nanti

Tiada jodoh antara kita
Namun izinkan aku terus mengingatimu juga
Kerna kisah dahulu bukannya dusta
Bukan palsu cinta monyet segala

Cinta pertama yang ku rindu
Walau sudah bertahun berlalu
Namun tika saat menjenguk diluar pintu
Ku kan terkenang perihal dirimu masa itu

Diwi, tidak pernah ku lupai
Segala yang kita lalui
Mungkin peluang itu tiada lagi
Namun percayalah ingatan bersamamu masih ku abadi

Senyum, ketawa dan segala cerita
Yang kita pernah kongsi bersama
Akan aku jadikan pengalaman lalu untuk berjaya
Dan mengingatimu di dalam doa
Moga dirimu kan terus bahagia
Dan terus kekal berjaya

Friday, March 23, 2012

Kan Ku Semat Hari Ini


Hari ini begitu gembira
Setelah bersama sekian lama
Hari ini ku kenali semua
Ukhwah ini terus dibina

Hari ini ku lihat senyum tawa
Yang membawa sejuta makna
Dalam melakukan setiap kerja
Yang ikhlas dari jiwa

Hari ini ku kenal erti kerjasama
Bantu membantu hingga sempurna
Menzahirkan kasih sayang sesama
Agar ikatan ini kukuh dibina

Hari ini pembahagian tugas dilaksana
Agar kerja ini terpatri disana
Supaya ianya indah seiring suasana
Yang ku harap kekal hingga akhirnya

Hari ini setiap langkah dikongsi
Pasti kan tersemat di hati
Agar kisah ini bukan lagi fantasi
Atau sekadar mimpi

Hari ini terpasang sebuah janji
Ku ingin kekal dalam IBM ini
Walau kecil dari segi kuantiti
Namun gah dengan kualiti

Hari ini ku ingin berkongsi
Kerna kegembiraan tidak lagi tersmbunyi
Walau akan ada datang dan pergi
Namun kenangan kita kan bersemadi

Hari ini bermakna sekali
Biar hari ini menjadi bukti
Biar hari ini menjadi saksi
Persahabatan ini kekal di hati
Kekal hingga akhir hayat nanti...

Tuesday, March 13, 2012

Bukan Ku


Bukan ku tunjuk berani
Bila pusing kanan kiri
Cuma nak cari rezeki
Nak tampung hidup ini

Bukan ku tak ambil berat
Tapi hatiku dah penat
Melihat ragam yang ligat
Ku tak ambil bulat-bulat

Bukan ku tak ada rasa
Aku juga punya jiwa
Namun ku gunakan minda
Untuk atasi segala

Bukan ku tak rindu
Kasih tetap padamu ibu
Masih ku ingati selalu
Setiap pesan ajaranmu

Bukan ku tak cinta
Pada puteri yang bertakhta
Tak percaya belah dada
Boleh tanya hati juga

Bukan ku tak peduli
Namun ku kerja tika ini
Harap kamu fahami
Etika kerja dalam diri

Bukan ku buat-buat
Ku tidak tunjuk hebat
Hujan memang dah lebat
Baliklah sebelum terlambat

Bukan ku nak bekarya
Ku hanya insan biasa
Menulis dari jiwa
Ku luahkan segala

Bukan ku budak sastera
Yang bekarya sepanjang
Aku ikut mood juga
Dengan datangnya idea

Bukan ku tak berhenti
Namun idea banyak lagi
Cukup sampai tika ini
Nanti tajuk lain lagi