Pages

Monday, February 20, 2017

Terima Seadanya

Terima seadanya,
Mudah diungkapkan dgn kata,
Mudah dilafazkan dgn cara,
Namun tindakan tetap yg utama,
Bagaimana fikiran itu bermula...


Terima seadanya,
Ku lihat ramai berbicara,
Ramai mengatakan yg mereka blh menerima,
Namun langkahan mereka sangat berbeza,
Lalu buatkan ada yg membuka mata...


Terima seadanya,
Itulah yang sangat diingini semua,
Utk menerima tanpa syarat jua,
Menerima dgn hati terbuka,
Menerima dgn hati yg redha....


Terima seadanya,
Segala terjadi ketentuan Yang Esa,
Kita diajar utk terus percaya,
Apa yg berlaku ada nikmatnya,
Walau saat ini kita terluka....


Terima seadanya,
Satu konsep yg terbuka,
Bukan sekadar pd manusia yg ingin bcinta,
Tp utk hari—hari yg kita lalui juga,
Tak kira bekerja atau dgn keluarga...


Terima seadanya,
Ku harap dipermudahkan segala,
Bagi diriku, keluarga dan rakan2 semua,
Dalam kita mengejar nikmat dunia,
Jangan sekali lupa bekalan utk disana...

Sunday, February 12, 2017

Memendam Rasa

Ku hanya mampu memendam rasa,
Demi melihatmu bahagia,
Kerna ikatan kasih yg terbina,
Antara kau dan aku jua...

Ku hanya mampu pendamkan segala,
Apa yg ku rasa di jiwa,
Walau kita punya cara berbeza,
Tapi ku kan terus menantimu sahaja...

Ku hanya mampu merawat luka,
Dari mahligai yg telah dibina,
Walau badai datang melanda,
Ku kan terus bersama...

Ku hanya mampu memerhati,
Apa yg kita sedang lalui,
Tiada kudrat ku dapat kerahkan lagi,
Untuk ikatan ini...

Ku cuba berbicara tentang ini,
Namun bicara itu tiada bunyi,
Lalu parut lama terbuka kembali,
Dan ku tidak mampu kembali berdiri...

Ku hanya insan biasa ingin merindui,
Izinkan terus ku sandarkan namamu dihati,
Kerana kenagan yg pernah dilalui,
Mungkin menjadi ubat ku nanti

Friday, February 10, 2017

Selamat Hari Lahir Permaisuri



Selamat Hari Lahir Permaisuri
Hanya ungkapan pengganti diri
Harap dirimu menerima dengan sudi
Satu cerita tentang kita di awal pagi...

Selamat Hari Lahir Buah Hati,
Hadiah belum ku terfikir beli,
Lalu seloka di tulis untukmu menanti,
Agar senyuman dibibir manis sekali...

Selamat Hari Lahir Si Jantung Hati,
Tak ramai tahu kisah kita bersama,
Ku harap kau terus berada disisi,
Menemani dari sini hingga ke sana...

Selamat Hari Lahir Pemanis Jiwa,
Yang sentiasa ada bersama,
Tak kisah tika suka mahupun duka,
Kau tetap istimewa....

Selamat Hari Lahir Insan Ku Rindu,
Kasihku hanya tetap padamu,
Walau dipisah jarak yang beribu batu,
Disanubari ini tetap adanya kamu...

Selamat Hari Lahir ungkapan dariku,
Moga dipermudahkan segala urusan,
Diberi limpahan pelbagai rezeki dari setiap penjuru,
Juga keberkatan dan kesihatan...