Pages

Monday, April 23, 2018

Parut Lama

Hilang kambing dalam gua,
Dicari pengembala sini sana,
Tak rasa boleh cerita,
Yang merasa tau sengsara...

Masuk pengembala untuk mencuba,
Mencari andai ada berjumpa,
Luka lama berparut semula,
Mana mungkin akan sama...

Dicari kambing terjumpa harta,
Ingin dibawa pulang gundah gulana,
Tak kan ku biar kembali derita,
Kerna ku fahami akan pahitnya...

Tika pengembala sedang mengira,
Datang satu Jin lalu menjelma,
Walau berdarah kembali di jiwa,
Ku perlu cekal berdiri berusaha...

Akulah RABU diberi nama

Laungan itu terus bergema,
Daripada Borneo ke Utara,
Namaku terus popular di media,
Aku lah RABU diberi nama...

Pelbagai reaksi dan cerita,
Tetiba namaku dibibir semua,
Aku pun hairan tak terkata,
Kenapa aku dipilih juga...

Bagai termenung di jendela,
Memikirkan nasibku serupa panda,
Adakah RABU disalahkan juga,
Kerna hakikatnya ku tak mengerti mengapa...

Hari ini hari Rabu
Masih di ofis ddk termanggu
Memikirkan peti undi yg menunggu
Jawapannya hanya kita yg tahu...

Awalnya fikirkan peti undi,
Sedangkan masih di ofis lagi,
Baliklah membuang undi,
Agar tiada kesalan nanti...

Takkan ada kesalan di hati
Turun mengundi di kawasan sendiri
Tak perlu jauh untuk pergi
Setakat wangsa maju naik LRT...

mudahnya kemudahan kini,
Blh naik LRT ada juga MRT,
Bsamalah turun mengundi,
Agar selesa kmudian hari...

Hari mengundi hari yg dinanti,
Agar tiada kesalan di hati,
Hanya satu tekad yg pasti,
I want to save my country...

Hari Mengundi jangan x perasan,
Tempat buang undi selalunya disekolah,
Cuti dimohon diberi pelepasan,
Jangan lupa, Ucaplah Syukur Alhamdulillah...

tagline save my country mula bbunyi,
tika kempen online meresapi,
jgn kita hina dan maki,
tiada matlamat halalkan undi...

andai ada sudah pelepasan,
jgnlah lupa tunaikan kewajipan,
untuk kita di masa hadapan,
juga anak2 yg bakal dilahirkan...

Bahang kian Terasa

Bahang itu makin terasa,
Pabila di kedai kopi rancak bicara,
Terkedu aku seketika,
Tika diajak berbual bersama...

Hujah diberi itu dan ini,
Rancak sambil meneguk kopi,
Ku tolak ajakan bukan tak peduli,
Tapi ku masih ada pendapatku sendiri...

Dalam bicara adanya adab sopan,
Adat dipegang zaman berzaman,
Napa perlu adanya penghinaan,
Juga kata-kata makian...

Jangan suka menyelak pakaian,
Takut terselak benda yang lain,
Walau berbeza antara pandangan,
Hormatilah juga orang lain...

Tiada matlamat halalkan kata,
Tiada makian boleh diterima,
Berjuanglah secara adil dan saksama,
Itukan lebih mulia...

Sunday, April 1, 2018

Aku Mula Memegang Pena


Aku mula memegang pena,
Tika kaki ini tidak lagi berdaya,
Tika ramai katakan ianya satu bala,
Tika ramai beranggapan setakat itu saja,
Bagiku ianya anugerah dariNya...

Aku mula memegang pena,
Saat baringku tiada apa-apa,
Saat ingin meluahkan apa dirasa,
Saat itu ku rasakan tiada siapa,
Lalu pena dan kertas menemani jua...
Aku mula memegang pena,
Masih segar masa itu diminda,
Masih terimbau kenangan dan masa,
Masih terasa kesakitannya,
Dengan pena semuanya bermula...

Aku mula memegang pena,
Masa itu pelbagai idea muncul diminda,
Masa itu ku ingin berkongsi bersama,
Masa itu ku merasa kosong dijiwa,
Kerna masa itu ku rasakan tiada siapa-siapa...

Aku mula memegang pena,
Ukiran pantun dan seloka,
Ukiran puisi nusantara,
Namun ku hanya memegang pena,
Tidak rajin untuk membaca...