Pernahkah anda merasai suatu keadaan dipanggil "Tetiba ja". Keadaan yang tika itu tidak pernah telintas ingin lakukan sesuatu namun tetiba ja ianya melintas di fikiran. Sesuatu yang sebelum ini tidak pernah difikirkan akan tetapi datang jua ke minda.Tetiba ja aku teringat kisah-kisah lama, tetiba ja aku terkenang masa percintaan dikala muda...semuanya kerna tetiba ja...
Tetiba ja
Tika aku bangun pagi ini
Aku terkenangkan rakan-rakan SMK Jabi
Rasa rindu ingin bertemu kembali
Dengan semua yang pernah belajar sekali
Tetiba ja
Masa aku menikmati secawan kopi
Aku teringat kembali
Akan pesanan Sir Subkhi
"Jangan tanya kenapa, lakukanlah dan mati"
Tetiba ja
Saat aku menikmati sarapan pagi
Aku teringat Ikhmal dan Liyana teman study
Juga Nad, Yus dan Marzita Ali
Telatah kalian aku rindui
Gelagat kalian menemani diri
Kalianlah pengubat di kala sepi
Tetiba ja
Terlintas di fikiranku ini
Apa khabar rakan-rakan masa DIB
Terkenang masa beraya di perantauan lagi
Dengan Dzulfadhli dan AJK-AJK Basmi
Tetiba ja
Aku begitu merindui
Saat pertama melihat idaman hati
Namun tidak pernah diluahkan di sanubari
Kerna dirinya istimewa sekali
Tetiba ja
Aku terasa sedang diperhati
Mungkin dikala sunyi jua sepi
Namun seperti ada mata melihat tingkah laku diri
Apa yang aku lakukan setiap hari
Tetiba ja
Banyak juga yang aku alami
Dari masa sekolah hinggalah kini
Dari muda ke tua juga nanti
Adakah aku akan terus mengingati
Semua yang terjadi
Tetiba ja
Sesuatu yang pasti
Yang telah terjadi
Namun kenapa yang dilupai
Teringat kembali
Adakah menunjukkan sebenarnya kita tidak melupai
Cuma tidak mahu fikirkannya lagi
Tetiba ja
Ia menjadi misteri
Yang perlu dirungkai kini
Namun bagaimana ianya harus dimulai
Atau kembali dengan tidak mahu mengingati
No comments:
Post a Comment