Pages

Friday, June 2, 2017

Dulu, Tapi kini, Untukmu...

Dulu,
Kita tempuh segalanya sendiri,
Kita tempuh segala onak duri,
Kita tempuh ujian tanpa henti,
Dan kita masih berjuang hingga kini...

Dulu,
Tiada tempat untuk dikongsi,
Tiada bahu untuk meratapi,
Tiada insan yang benar-benar memahami,
Namun kita masih melangkah lagi...

Dulu,
Kita punya haluan sendiri,
Kita masih belum mengenali,
Kita cuba mencari erti,
Mengapa kita berada disini...

Tapi kini,
Kita berkongsi perjalanan ini,
Suka duka tak lagi sendiri,
Jatuh bangun ada yang membantu nanti,
Agar kita kukuh berdiri....

Tapi kini,
Hadir kau umpama melengkapi,
Hadir kau umpama menyinari,
Hadir kau ke dalam sanubari,
Sangat memberi seribu erti...

Untukmu,
Tidak ku berjanji bulan bintang di langit tinggi,
Tidak ku berjanji meredah lautan api,
Tidak ku berjanji harta duniawi,
Hanya kesetiaan terus ku beri...

Untukmu,
Walau kita dibeza jarak waktu disini,
Walau kita berbeza cara memahami,
Walau kita membust teguran itu dan ini,
Ianya sebahagian proses untuk melengkapi...

Untukmu,
Aku akan terus di medan ini,
Aku akan terus menanti agar jawapan diberi,
Aku akan terus cuba memahami,
Agar bahtera itu kita bersama melayari...

Kamu Tidak Pernah Sendiri

Kamu tidak sendiri,
Walaupun tangisan itu hadir lagi,
Walaupun kecewa itu menyapa disini,
Walaupun duka itu tiada yang rasai,
Namun masih ada yang menemani... 

Kamu tidak pernah sendiri,
Andai kata ada onak duri,
Andai di hadapan mu lautan api,
Andai belantara luas yang dihadapi,
Percayalah kamu masih ada family...

Kamu tidak pernah sendiri,
Walau jarak penghalang kini,
Walau masa sangat mencemburui,
Walau rindu kian menelan sanubari,
Namun kesetiaan ini tidak berbelah bahagi.... 

Kamu tak akan sendiri,
Saat maa terimanya kamu dalam famly,
Saat ahli kluargaku mula mengenali,
Saat hadirmu memberi erti,
Percayalah dirimu masih ada yang sayangi.... 

Kamu tak akan pernah sendiri,
Walau mungkin ianya tidak sama lagi,
Walau hatimu masih terasa disakiti,
Walau tugasmu memisahkan kini,
Percayalah langit&bumi tetap menemani.... 

Kamu tak akan pernah sendiri,
Andai tersungkur, ku kan tarikmu berdiri,
Andai bersedih, bahu ini sedia menjadi sandaran lagi,
Andai marah, lepaskanlah pada diri ini,
Kerna ku nak dirimu sedari, kamu tidak sendiri...

Aku Tidak Minta Yang Sempurna

Aku tidak minta yang sempurna,
Cukuplah yang mampu menerima,
Cukuplah yang mampu memandang mata,
Cukuplah yang mampu membantu jua,
Meneruskan kehidupan manusia... 

Aku tidak minta yang sempurna,
Kerna ku penuh cacat cela,
Kerna ku sedar diri ini siapa,
Kerna ku juga tidak punya harta,
Untuk seorang primadona... 

Aku tidak minta yang sempurna,
Cukup kau tidak bpura-pura,
Cukup kau jadi dirimu sahaja,
Cukup kau tidak bmuka-muka,
Mampu ku ukir senyuman jua... 

Aku tidak minta yang sempurna,
Saling melengkapi itu hasratnya,
Saling perbaiki dan belajar bersama,
Saling berkorban dan berusaha,
Untuk menongkah arus dunia... 

Aku tidak minta yang sempurna,
250 ini telah cukup sebagai jentera,
250 ini telah banyak menabur jasa,
250 ini telah banyak lalui bsama,
Dalam kita kayuh selatan ke utara... 

Aku tidak minta yang sempurna,
Kerna bukan kelajuan pencarian jua,
Kerna bukan menjadi raja lebuhraya,
Kerna bukan menjadi pujaan sesiapa,
Cukup utk kau dan aku bersaudara...

Maaf, Aku Tidak Seperti Kalian

Andai aku tidak seperti kalian,
Andai aku tidak mampu punya impian,
Andai aku tidak menarik perhatian,
Kerna aku hanya insan jalanan... 

Maaf,
Andai ku tak menjadi pemburu di hutan,
Andai ku tak menjaga imej penampilan,
Andai ku hanya mencacatkan pandangan,
Kerna ku hanya insan dalam buangan.

Maaf,
Aku hanya mampu mberi bantuan,
Aku hanya mampu mberi dorongan,
Aku hanya mampu mberi sokongan,
Tapi ku xmampu kita jalan seiringan... 

Maaf,
Jika aku tersalah tafsiran,
Jika aku tersalah anggapan,
JikA tak ku mampu menjadi helang di awan kayangan,
Kerna ku hanya gagak dihutan... 

Maaf,
Kerna ku tak mampu seperti kalian,
Kerna ku tak melihat perubahan,
Kerna ku tak mahu memasang impian,
Menjadi sebahagian daripada kalian... 

Maaf,
Jika kau jatuh lagi di hutan,
Jika kau jatuh lagi di medan jalanan,
Carilah aku di dahan-dahan,
Kerna aku sentiasa di sisi kalian... 

Terima kasih

Tidak Pernah Meletak Curiga,

Ku tidak pernah meletak curiga, 
Kerna bagiku semua sama,
Kerna tujuan dan cita2,
Kerna pelbagai usaha dan cara,
Kita ingin menakhlukinya bsama.. 

Ku tidak pernah meletak curiga,
Kerna zahirnya matlamat kita serupa,
Bertikam lidah itu perkara biasa,
Berbeza pendapat bukan luar biasa,
Kerna kita juga ingin bjaya... 

Ku tidak pernah meletak curiga,
Walau siapa kamu di satu ketika,
Kerna bagiku perjuangan ini besar makna,
Perjuangan tiada penghujungnya,
Dan yang penting terus berusaha... 

Ku tidak pernah meletak curiga,
Andai dibelakangku adalah pmangsa,
Andai dibelakangku telah bersedia,
Menghulurkan pisau mahupun snjata,
Menikam untuk terus kekal bjaya... 

Ku tidak pernah meletak curiga,
Bukannya aku tidak merasa,
Bukannya juga tidak berwaspada,
Bukannya aku tidak bersedia,
Tapi kerna matlamat tak pernah menghalalkan cara😁

Terima Seadanya

Terima seadanya,
Satu ungkapan yang nampak biasa
Satu bicara yang besar dijiwa,
Satu kata yang terlalu istimewa,
Tapi mampukah diterjemah jua... 

Terima seadanya,
Ianya tidak mudah dilaksana,
Ianya tidak mudah dikota,
Ianya tidak mudah sebenarnya,
Kerna kini ada yang memendam rasa... 

Terima seadanya,
Sukar pabila ada yang xkena dek mata,
Sukar pabila ada yang xselesa,
Sukar pabila ada yang enggan bicara,
Lalu mngambil keputusan bisu tanpa suara.. 

Terima seadanya,
Ku tahu laluan berliku pilihan kita,
Ku sedar ku hanya insan biasa,
Ku fahami akan setiap bahasa tubuh jua,
Kerna aku serba tidak sempurna... 

Terima seadanya,
Langkahan gemuruh di jiwa,
Langkahan dengan seribu satu rasa,
Langkahan yang ku gagahi jua,
Untuk cuba menggapai cinta... 

Terima seadanya,
Ramai mula bertanya keputusannya,
Ramai mula ingin bicara tentangnya,
Ramai ingin tahu bagaimana,
Tapi ku xmahu patahkan mood sesiapa.

Terima seadanya,
Mungkin ini kerna ada rakanku yg bahagia,
Yang dulunya support sntiasa,
Ku xnak dia tersentak jua,
Lalu lebih baik memendam rasa... 

Terima seadanya,
Kerna ada sorang akak menghitung msa,
Kerna ingin datang ke utara,
Kerna ingin raikannya bsama,
Lalu aku terus pendamkan sahaja... 

Terima seadanya,
Kerna ada bff selamanya,
Yang memerhati n cuba menterjemah jua,
Apa yang kini ku pikul n rasa,
Lalu kelu lidah ini membicara... 

Terima seadanya,
Satu yang ku harapkan diterima,
Walaupun hakikatnya tidak sama,
Lalu ku menelan pahitnya di dada,
Agar tiada yang ketahui apa2... 

Terima seadanya
Kerna aku sorang insan biasa,
Kerna aku banyak kekurangannya,
Kerna aku hanya ingin merasa bahagia,
Walaupun hanya seketika... 

Terima seadanya,
Maaf andai luahan ini kamu terasa,
Maaf andai bicara ini tidak seberapa,
Maaf andai menyusahkan sesiapa,
Kerna aku hanya ingin berkongsi jua....

Hanya Budak Motor Di Jalanan

Hanya budak motor di jalanan,
Dipandang tanpa perhatian,
Dipandang penuh ejekan,
Dipandang dengan penghinaan,
Kerna motor dijadikan tunggangan... 

Hanya budak motor dijalanan,
Sehingga ada yang melempar sindiran,
Sehingga ada yang mnabur fitnah pada kwn,
Sehingga ada yang menyumbang makian,
Kerna motor adalah punca khidupan... 

Hanya budak motor dijalanan,
Dilihat sinis insan2 bkeperibadian,
Dilihat tanpa ada otak pemikiran,
Dilihat hnya sebagai punca kerosakan,
Dalam sebuah medan perjalanan... 

Hnya budak motor dijalanan,
Diajar untuk tidak tiggalkan rakan,
Diajar untuk tidak berpaling pd lawan,
Diajar untuk tidak menikam teman,
Kerna medan ini bukan sekadar hiburan... 

Hanya budak motor dijalanan,
Kami tidak pernah sendirian,
Kami tidak pernah melihat perbezaan,
Kami tidak pernh menilai degan kekayaan,
Kerna bagi kami ia ikatan kkeluargaan.. 

Hanya budak motor dijalanan,
Kami kan terus bangunkan,
Kami kan terus meniup semangat kekitaan,
Kami kan terus mngangkat rakan dizaman kejatuhan,
Kerna hebatnya sebuah kejayaan....

Maafkan Aku Ingin Bertanya

Maafkan aku ingin bertanya,
Perlukah kalian mencerca dia,
Perlukah kalian terus mengata,
Perlukah kalian terus bercerita,
Siapakah kalian untuk menghina...

Maafkan aku ingin bertanya,
Adakah kalian di tempat dia,
Adakah kalian turut merasa,
Adakah kalian beri ruang padanya,
Untuk dia meluahkan rasa... 

Maafkan aku ingin bersuara,
Bukannya aku ingin membela,
Tapi bingit hinaan masih di telinga,
Dan aku kelu tak mampu bersuara,
Hanya mendengar sahaja... 

Maafkan aku ingin bersuara,
Tinggikah kalian untuk memandang hina,
Tinggikah kalian untuk mengata,
Hebatkah kalian untuk mempersenda,
Rendah sangatkah dirinya di mata... 

Maafkan aku ingin bersuara,
Tak kisah jika sekadar bertanya,
Tapi napa perlu menghina,
Napa perlu dia dicerca,
Sedangkah derita dia xdipeduli siapa

Maafkan aku ingin bersuara,
Dalam arus media semasa,
Namun hinaan tadi tak dapat ku terima,
Kalian kata sperti tiada maruahnya,
Kalian cerca tanpa selindung jua... 

Maafkan diri ini yang ingin ku kata,
Aku gagal untuk pertahankan dia,
Aku gagal sebagai adikmu jua,
Aku gagal sebagai seorang ahli keluarga,
Untuk melakukan apa—apa... 

Maafkan aku kini tidak mampu bertentang mata,
Kerna takut tangisan jadi saksinya,
Kerna tak sanggup hatimu terluka,
Kerna aku tahu kisahmu jua,
Tapi biarkanlah ianya dibawa masa...