Pages

Thursday, October 15, 2015

Perjuangan Kamu

Kamu
Perjuangan ini dari dulu
Pegangan dari generasi lalu
Mana mungkin ianya tipu
Namun terpulang pada kepercayaanmu

Kamu
Kita berkongsi langit biru
Bersama melihat pencakar langit itu
Dalam meneruskan perjuangan generasi baru
Dan lahirnya anasir-anasir luar yang cemburu

Kamu
Perlu membangun dengan restu
Perlu berusaha untuk bersatu
Walau setiap serangan datangnya berliku
Janganlah segan untuk maju

Kamu
Walau rebahmu disitu
Walau luka itu belum membeku
Berusahalah untuk berdiri dulu
Sebelum melangkah beribu batu

Kamu
Dunia ini ada untukmu
Terokailah pelbagai ilmu
Dan sesungguhnya tidak kan jemu
Dalam mencari sesuatu yang baru

Thursday, October 1, 2015

Masa



Masa
Setiap detik berlalu
Setiap kali itu memikirkanmu
Adakah aku benar-benar mampu
Untuk cuba menghargaimu

Masa
Setiap saat ku cemburu
Tika kamu pergi tinggalkan aku
Kerna tidak sedar ianya berlalu
Dan aku terkulai layu

Masa
Diri ini semakin lesu
Tidak terdaya lagi mengejarmu
Tiada lagi tenaga dalam jiwaku
Untuk terus bersamamu

Masa
Dirimu terus menerus maju
Dan terima kasih kerna mendorongku
Namun kini aku lepaskanmu
Majulah kamu dan tidak perlu lagi menunggu

Masa
Rebahku ini bukan untuk bersatu
Dengan kegagalan yang telah menyeru
Aku berikrar kan kembali maju
Selepas luka itu membeku