Tidak ada salahnya
Mencari kegembiraan di dunia
Tidak ada dosanya
Mencari ketenangan dijiwa
Hiburan tidak salah disisi agama
Hiburan bukannya meruntuhkan kita
Hiburan juga ada batasnya
Hidup jangan mengejar keseronokan sahaja
Hidup ini hanya sementara
Hidup perlu mencari bekalan jua
Dah muncul pelbagai cara
Untuk melengah-lengahkan kita
Dari menunaikan tanggungjawab semua
Yang kini terus dilarikan masa
Kegembiraan yang dikejar kita
Tidaklah bertahan hingga akhirnya
Namun mengapa begini jadinya
Wahai semua saudara
Rancangan TV kini hebat-hebat belaka
Belum masuk yang gosip sini sana
Tambah pula realiti TV yang makin menggila
Ohhh dasyatnya
Ada yang sanggup melengahkan solat mereka
Kerna cerita ditonton belum ada iklannya
Ada pula sanggup tunggu hingga tamat dulu cerita
Baru memulakan ibadah mereka
Kenapa begini saudara
Tidak salah menonton cerita
Ada juga peringatan untuk kita
Tapi ingat jualah tiang agama
Janganlah melengahkannya
Kerna itu tanggungjawab manusia
Hiburan dicari sekadar memenuhkan masa
Ketenangan dicari dengan Al-Quran sahaja
Ada juga baik menerusi berita
Ada juga yang melalaikan kita
Pada semua saudara
Pilihlah yang terbaik buat semua
Kerna kita hamba di dunia
Yang perlu kuat meneruskan kehidupan didunia
No comments:
Post a Comment