Pages

Monday, February 18, 2013

Meniti Hari

Aku kini membilang hari
Cuba untuk tidak disembunyi
Rasa hati yang tidak keruan ini
Kadang buatkan aku resah sekali
Buatkan aku terfikir kembali

Aku kini meniti hari
Setiap detik aku disini
Perjalanan yang aku lalui
Kehidupan bersama Tech PV
Takkan mungkin aku lupai

Aku kini mengimbas kembali
Setiap ketika dalam memori
Tika aku mula mengenali
Tika aku mula memahami
Dan tika aku mencari rezeki

Kini aku membilang hari
Sampai masa untuk ku pergi
Pengalaman mengajar ku setiap erti
Pedoman akan ku sematkan di sanubari
Kenangan akan sentiasa di hati

Kini aku meniti hari
Setiap saat yang dilalui
Ku rasakan begitu sukar dan berat sekali
Bagaikan masa itu seperti belati
Terus menerus menikam diri

Kini aku mengimbas kembali
Masa yang telah berlalu pergi
Selepas ini akan tiada lagi
Penjagaan ACW, HOLD dan AHT
Aku perlu kuat untuk cabaran baru nanti

Ingin ku nyatakan disini
Terima kasih atas segala ilmu diberi
Terima kasih atas penerimaan diri ini
Terima kasih untuk segalanya disini
Dan moga kita bersua lagi

Wednesday, February 13, 2013

Hujan

Hujan
Ia turun sepanjang hari
Ia turun membasahi bumi
Selepas dua hari aku disini
Akhirnya aku mengerti

Hujan
Basahnya bumi tika ini
Buatkan diri ini sejuk sekali
Dan sedikit-sedikit aku memahami
Betapa nikmatnya pemberian Illahi

Hujan
Aku cuba menerokai
Aku cuba untuk merasai
Kerna aku cuba belajar berdikari
Seperti kuatnya dirimu membasahi kini

Hujan
Aku kagumi sifatmu
Yang terus turun tidak mengira waktu
Dan terus turun mengikut kehendakmu
Turun tidak kira ditanah gersang atau bangunan batu

Hujan
Ia turun silih berganti
Walau panas turut membasahi
Bumi yang memerlukan air ini
Juga kami insan dibumi

Hujan
Teruslah menuruni dan membasahi
Tidak kisah di malam atau awal pagi
Kerna hujan adalah pemberian Illahi
Nikmat yang patut kita hargai

Monday, February 11, 2013

Sendiri

Sendiri
Bukan aku cuba membawa diri
Bukan aku tidak punya kenalan disini
Namun aku selesa begini
Kerna ianya lebih menyenangkan hati

Sendiri
Aku masih ada teman
Aku masih punya rakan
Cuma mungkin tidak seperti kalian
Cuma ianya berbeza dari segi pandangan

Sendiri
Dengan itu aku cuba perbaiki diri
Dengan itu aku cuba mengumpul kekuatan hati
Agar lebih cekal untuk mengharungi
Agar lebih kuat untuk menempuh onak duri

Sendiri
Ia memang membawa kesakitan
Ia memang lahirkan satu perasaan
Tapi tidak perlu untuk aku endahkan
Kerna dengan sendiri aku lebih punya harapan

Sendiri
Aku selesa begini
Aku tenang disini
Aku terus merenungi
Aku akan terus memerhati

Sendiri
Banyak langkahku akan diperhati
Setiap gerak geri mungkin disalah erti
Namun kepercayaanku tetap pada Illahi
Untuk diberi peluang terus berdikari

Kehilangan atau TRAUMA


Kehilangan
Ia melahirkan satu rasa keperitan
Ia membuatkan diri ini kesakitan
Namun ku teruskan jua kehidupan
Cuba menguatkan diri menempuh jalan

Kehilangan
Saat itu terus menjadi tragedi
Bagai parut yang tidak hilangkan diri
Bagai luka yang berdarah lagi
Kerna itu aku cuba diamkan diri

Kehilangan
Membuat diri ini trauma
Membuat sukar dihapus diminda
Walau sudah lama dilarikan masa
Namun tidak hilang deritanya

Kehilangan
Tiada siapa yang mengetahui
Walau ramai cuba mendampingi
Kerna ada sesuatu patut disembunyi
Untuk dipendam dalam diri

Kehilangan
Biarlah satu dunia mengata
Walau aku dikutuk dan terus dihina
Tapi trauma itu buatkan aku kaku dari mula
Yang mengata tidak kan pernah merasa

Kehilangan
Maaf andai ia menyusahkan sesiapa
Ampun andai anda berasa tidak selesa
Kerna aku hanya insan biasa
Yang masih mempunyai TRAUMA...

Sunday, February 10, 2013

Berpisah Akhirnya

Setahun yang lalu aku diterima
Dalam satu kumpulan baik belaka
Semuanya enjoy dan gila-gila
Hingga hilang penat bekerja

Setahun banyak aku pelajari
Dari segi cuba memperbaiki diri
Untuk menjadi insan disegani
Banyak lagi kelemahan perlu diatasi

Teguran dan ajaran akan terus dibawa
Biarpun kita tidak lagi dikumpulan sama
Tawa ria masih tersemat diminda
Meniti dalam diri setiap masa

Kadang ia datang mengusik diri
Lalu diri ini tersenyum sendiri
Melihat dan terus memerhati
Gelagat yang mengusik hati

Kini walau tidak lagi bersama
Walau berbeza kumpulan kita
Kenangan lalu tidak mungkin dilupa
Kerna kenangan buatkan diri ini kuat semula

Walau sukar untuk diri ini terima
Namun ia suratan untuk semua
Kerna pergiku atas dokumen kerja
Yang tidak boleh ditentang sesiapa

Jadi kita perlu teruskan juga
Walau tidak lagi bersama
Moga kita akan berjumpa semula
Kerna ketenangan bersama yang mengusik jiwa

Januari

Januari
Telah pun berlalu pergi
Meninggalkan aku terkapai sendiri
Meninggalkan aku yang masih dibuai mimpi
Bagi meneruskan perjuangan ini

Januari
Buatkan diri ini dalam kayangan
Buatkan diri ini dalam ketenangan
Hingga terasa bagai berada di bulan
Dan terus merasai kenikmatan

Januari
Diri ini amat mensyukuri
Nikmat yang diberi Illahi
Pasti akan tiada pengganti
Bila saat itu melangkah kaki

Januari
Dalam amalan tidak seberapa
Perjuangan yang mungkin sia=sia
Kembali diri ini cuba bangun dari lena
Dan cuba memberi tentangan minda

Januari
Dugaan di pengakhiran mengejutkan diri
Kesedihan mula datang mendampingi
Kekuatan cuba dibina untuk berdiri
Agar tidak tersungkur ke bumi

Januari
Terima kasih atas semua
Terima kasih atas yang sudi menerima
Terima kasih atas ajaran darinya
Akan diri ini terus membawa