Pages

Tuesday, April 18, 2017

Kisah Bola

Helang Merah dah lama gayat,
Lalu kini turun berehat,
Dengan mata masih terikat,
Medan liga makin diperhebat...

Riuh rendah di media massa,
Antara negeri ataupun negara,
Andai benar terjadi juga,
Kami lepaskan dengan redha....

Pabila semua dahagakan revolusi,
Dalam bola sepak ianya terjadi,
Setiap tindakan kawallah emosi,
Demi kejayaan di raih nanti...

Harimau Malaya kini kembali,
Setelah namanya dibuai mimpi,
Lalu kami kan tunggu ia beraksi,
Di pentas perjuangan yg sudah pasti...

Angin perubahan mula dilaksana,
Setiap langkah diperhati semua,
Ada yang tetap bersorak gembira,
Tidak kurang yg terus bprasangka...

Aku bukanlah pencinta bola,
Namun ku ingin lihat Harimau berjaya,
Walaupun masa mencemburui jua,
Ku harapkan ianya berjaya...

Tidak ku harap menggenggam dunia,
Tidak juga menjadi juara Asia,
Cukuplah tidak mjadi belasahan lain2 negara,
Kerna ku mngerti sukarnya melangkah semula..

Laungan2 penyokong kini bersatu,
Untuk melihat Harimau yang jitu,
Agar ngauman tak berhenti disitu,
Dan diteruskan generasi2 baru....

Pintu Rezeki

Aku percaya setiap kali memberi, 
Aku juga akan menerima,
Apa yang dikatakan rezeki,
Fizikalnya tidak lah sama...

Aku juga mula memberi,
Bukannya kerna aku telah kaya,
Tapi percaya rezeki itu harus dikongsi,
Agar ada keberkatan didalamnya...

Memang sukar untuk dijadikan amalan,
Tambah dengan keadaan ekonomi sekarang,
Namun ianya cuma sekadar alasan,
Untuk kita tidak membantu orang...

Rezeki itu datang pelbagai cara,
Anak, harta, kesihatan dan kerjaya,
Belum masuk tambahan isteri2 juga,
Semua itu rezeki dunia...

Percaya akan pintu rezeki sendiri,
Percaya dengan apa yang dlakukan kini,
Jangan menyesal kerana memberi,
Tapi sesali lah kerna tidak mulai...😁

Ia Menyerang Lagi

Ia menyerang lagi,
Dalam senyap secara tersembunyi,
Dalam kedinginan pagi hari,
Dalam kesibukan manusia mencari rezeki,
Hadirnya memecah sunyi...

Ia menyerang lagi,
Hingga tak mampu untuk ku berdiri,
Hingga tak mampu ku teruskan lagi,
Hingga tak terdaya menahan rasa ini,
Dengan redha aku menyerah diri...

Ianya menyerang lagi,
Terkejut doktor melihatnya sendiri,
Terkejut doktor dgn resultnya tadi,
Terkejut aku yang tidak juga menyedari,
Ungkapan "tingginya" memecah sepi...

Ianya menyerang lagi,
Sukar untuk ku mengubati,
Sukar untuk ku cuba menuruni,
Sukar untuk ku tidak memikiri,
Tekanan yang bagaikan menara tinggi...

Ianya menyerang lagi,
Buatkan diri ini pasrah dan meredhai,
Buatkan dugaan ini sperti besar sekali
Buatkan aku terganggu emosi,
Oh tingginya kau wahai "BP"...

Dalam Kenangan


Kadang terlihat jauh disana,
Yang hadir tidak seperti diminta,
Namun yakin dan terus berusaha,
Adalah kunci ke arah jaya...
Suatu masa dulu dalam kenangan,
Perjuangan aku di medan berlainan,
Perjuangan aku penuh perbezaan,
Perjuangan aku di liku kehidupan,
Yang penuh ranjau d hadapan...

Suatu masa dulu dlm kenangan,
Tika tidurku tidak seperti insan,
Tika masa makan ku penuh gangguan,
Tika sering dipanggil kiri dan kanan,
Namun kini ku mula merindukan...
Suatu masa dulu dalam kenangan,
Dari jauh ku lontarkan pandangan,
Dari jauh ku lakukan pekerjaan,
Dari jauh ku mengeluarkan saman,
Demi sesuap nasi meneruskan kehidupan...
Suatu masa duul dalam kenangan,
Tiada lagi lafaz2 makian,
Tiada lagi kata2 herdikan,
Tiada lagi cacian,
Yang aku lemparkan...
Suatu masa dulu dalam kenangan,
Aku kini mengorak ke hadapan,
Aku kini meneruskan setiap langkahan,
Aku kini terus kuat dlm ingatan,
Setiap detik kenangan yg aku dambakan...