Pages

Saturday, June 18, 2011

Semangat Yang Hilang


Teringat aku suatu masa
Memecah kalbu keringat sukma
Cekal jiwa menggalas cabarannya
Yang datang ditempuhi jua

Tiada kata melainkan wira
Semangat membara mencabar dunia
Menggalas tanggungjawab demi keluarga
Untuk kehidupan lebih sempurna

Jatuh bangun bangkit kembali
Ku teruskan juga perjuangan ini
Hingga akhir keringat diperah lagi
Untuk pencapaian yang belum pasti

Kini sudah setahun memamah usia
Perjalanku masih serba tidak kena
Masa yang terlalu lama
Buatkan diriku hilang punca

Jadual yang berubah sentiasa
Dengan pelbagai helah dunia
Buatku mula mengendurkan pena
Tidak lagi mahu mengejar masa

Semangat yang dulu membara
Apinya konon membakar dunia
Kini hilang entah ke mana
Dilarikan masa atau jiwa

Bukan putus asa persoalannya
Bukan tidak mahu menghabiskan dakwat pena
Namun kini jiwa itu hilang di dunia
Tiada lagi semangat yang membentuk pewira

Medan peperangan pasti ada kehilangan
Medan perjuangan pasti ada pengorbanan
Akhirnya yang tewas perlukan pengunduran
Untuk kembalikan segala impian

Ramai membantah dengan keputusan
Sekadar membantah tiada penyelesaian
Tiada salah melakukan pengunduran
Sebelum kembali menyertai peperangan

Ramai berkata rugi masa
Setahun yang hilang tiada gantinya
Namun aku punya sesuatu yang beharga
Pasti tidak ternilai harta dunia

Kekalahan buatkan aku kecewa
Itu sudah semestinya
Namun kekalahan mengajar aku erti kemampuan jiwa
Mengenalkan aku pada perasaan putus asa

Jangan bimbang ianya pasti tidak lama
Putus asa akan hilang dilarikan masa
Kerna semangatku belum tewas jiwa
Harimau Malaya pasti kan menggegar dunia

No comments:

Post a Comment