Pages

Thursday, December 6, 2018

Selamat Hari Lahir Teman

Warkah ini pengganti diri
Maaf ku minta kerna awal diberi
Untukmu teman juga penyeri
Yang amat sukar untuk ku cari

Tiada hadiah yang istimewa
Dapat ku beri padamu
Tiada yang ternilai dengan harta
Betapa ikatan ini kekal bersatu

Maaf kerna aku awal dihambat
Bukannya aku saja-saja nak buat
Tapi idea datang tak menyempat-nyempat
Untuk mengukir sedikit ini sahabat

Selamat Hari lahir ku ucapkan
Moga panjang umur, rezeki dimurahkan
Diharap tahun ini dirimu dilimpahi kejayaan
Agar terus mendorongmu merintis kehidupan

Selamat hari lahir dariku
Hanya ungkapan pengganti diri
Harap sentiasa terukir senyuman darimu
Dan terus berjuang di medan ini

Selamat hari lahir yang ku beri
Ikhlas dariku digelar Bob bernama Hafifi
Walau bakal berjauhan kita nanti
Namun kenangan lalu tetap ku fikiri

Ikatan ini tidak ternilai
Bukannya kaca mahupun permata
Sabar dirimu tiada nilai
Kekuatan dirimu menjadi idola

Selamat hari lahir dari Kampus Kota
Pengalaman bersama tetap dalam diri
Senyumanmu dan lirikan matamu tidak kan ku lupa
Dalam ku melangkah memperbaiki diri

Selamat hari lahir untukmu sahaja
Kerna perkenalan denganmu amat beharga
Dari aku hanya seorang insan biasa
Cuba mengukir nama dalam bersahaja

Selamat hari lahir moga ceria
Ku harap dirimu senantiasa bahagia
Akan ku doakan terbaik buat dirimu jua
Untuk menongkah arus dunia

Selamat hari lahir dari temanmu ini
Walau nanti kita mungkin kurang berinteraksi
Imbaulah jua kenangan makan sekali
Ingatkan diri betapa aku kan terus ada disisi

Selamat hari lahir untukmu
Moga warkah ini menghiburkan kamu
Walau kita kan jarang lagi ketemu
Teknologi ku guna menghadiahkan sesuatu

Ku Kan Terus Meredah

Aku kan terus meredah,
Walau laluan ini terlalu payah,
Walau laluan ini kerap disergah,
Walau laluan ini buatkan ku rebah,
Namun ku tetap terus melangkah....


Aku kan terus meredah,
Biarpun keringat ini terus diperah,
Biarpun luka diri dipenuhi darah,
Biarpun langkahan kakiku begitu susah,
Namun ku tetap kan melangkah...


Aku kan terus meredah,
Andai kata pantai jua berubah,
Andai kata cabaran ini sedalam lembah,
Andai kata gugurnya pejuang2 lain sebelah,
Aku kan terus dan tetap melangkah..


Aku kan terus meredah,
Walau mungkin tenaga ini mula dimamah,
Walau mungkin parut pada diri ini bertambah,
Walau mungkin satu hari nanti ku kan terus rebah,
Namun aku tetap kan melangkah...


Aku kan terus meredah,
Berputus asa bukannya alasan mudah,
Berputus asa bukannya cara yang gah,
Berputus asa bukan bererti penamat sudah,
Jadi aku kan terus melangkah