Pages

Wednesday, February 27, 2019

Senyumlah Walau Apapun Terjadi...




Lipas berjalan di ruang tamu,
Melihat semut sedang bekerja,
Hanya senyuman sahaja yang termampu,
Walau sanubari penuh terluka...

Lembu meragut dusun pak Manja,
Jauh disudut ada Harimau memerhati,
Walau hati penuh derita,
Senyuman diukir ikhlas diberi...

Ular membelit kaki si Kuda,
Tika itu hilang berlari sekawan Rusa,
Hanya senyuman membawa gembira,
Walau seketika amatlah bermakna...

Jatuh Gajah diserang todak,
Timbul tenggelam cacing dan lipan,
Walau diserang sehingga botak,
Masih ku mampu berdiri mengukir senyuman...

Segerombolan itik berjalan pulang,
Ikut sekali si merpati,
Dengan senyuman semuanya hilang,
Masalah dan derita letak di tepi...

Jangan Diendahkan Apa Yang Dikata Mereka

Jangan dikisah apa yang nak dikata,
Jangan dipeduli ada yang diperhati,
Kita teruskan dengan cara kita,
Menongkah onak dan duri...


Orang akan terus berkata-kata,
Walau baik, buruk juga dicerita,
Akan ada versi pelbagai satu dunia,
Diedar dari kedai kopi ke mulut-mulut puaka...


Sukar nak ditepis andaian mereka,
Susah nak diselesai tohmahan itu,
Kita teruskan cara kita hingga berjaya,
Dan cerita benar akan kembali saat itu...


Banyak akan terus diperkata,
Daripada langkah, bualan atau gaya berbicara,
Setiap inci yang diperhatikan pada kita,
Seperti kitalah penjenayah dunia...


Jadi ianya senang sahaja,
Jangan dipeduli apa orang kata,
Jangan dikisah apa orang bicara,
Teruskan langkah walau jatuh bangun semula...

Monday, February 25, 2019

Rindu Permainan Jiwa

Jauh juga ku bawa ke kandang
Daging dan ayam dimasak manis
Rindu siang bawa bertandang
Rindu malam bawa menangis...

Lapangan ini penuh dengan tebu
Lapangan dibina untukmu bertakhta
Diri disini menanggung rindu
Yang tak terungkap dengan kata-kata...

Harapan dapat bersua setiap pagi
Agar kurang rasa rindu
Walau jauh dimata namun dekat dihati
Namun ungkapan rindu masih membeku...

Kelam sungguh tika berjalan
Lalu ku singgah teratak Pak Abu
Bagai malam tiada rembulan
Gelapnya hati tanpa dirimu...

Mawar melur bunga serasi
Mekar kembang sepanjang jalan
Setiap malam menjadi saksi
Betapa pungguk merindu rembulan...

Begitu indah pantun puisi
Ukiran seni jauh dari pulau
Bagaikan sawah tanpa petani
Seperti itu aku tanpa kau...

Persiapan raya berwarna putih
Disulam kasih cinta dihati
Datanglah rindu bersulam kasih
Mengharap cinta murni sejati...

Dalam pinggan kutanam cili merah
Bergegar jiwa suara tak merdu
Ketika dekat kamu marah
Ketika jauh diri ini merindu...

Jangan berjalan di Tasik Pedu
Onak dan duri menanti sahaja
Jangan ditanya rindukah aku padamu
Kerna tafsiran itu tiada tanda penamatnya...

Thursday, February 7, 2019

Merenung Di Luar Jendela

merenung di luar jendela,
cuba mendekati setiap sudut dijiwa,
memerhati pelbagai cara,
ragam manusia bergembira,
dalam senyuman bahagia....

merenung di luar jendela,
melihat kanak—kanak berlari ke sini sana,
terfikir ku nanti masa depan mereka,
sedangkan kini ramai yang derita,
meniti perit kehidupan semasa...

merenung ku di luar jendela,
sedang diri hanya mampu berdoa,
agar kepayahan hidup ini hanya sementara,
agar sengsara ini kan hilang sekelip mata,
dan anak—anak ini tidak merasainya...

merenung ku diluar jendela,
kerana duit pegangan dunia,
bukan bersandar pada ilmu sahaja,
tapi wang lebih berkuasa,
mampu meracun hampir semua minda,
dan telah ramai tersungkur dengannya...

merenung ku di luar jendela,
kecewa dengan situasi semasa,
berapa ramai rintihan didengar mereka,
berapa banyak peranan dimainkan media massa,
sedangkan masih ramai yang menderita..

Tidak Ku Sengaja

Andai laluan ini berliku,
Aku pasrah hanya padaMu,
Kerna kini lidah ini kelu,
Untuk bicara tentang itu...

Bukanku nak menembak sahaja,
Sedangkan ku hanya insan hina,
Tiada niat untuk mengguris jiwa,
Apatah lagi jatuhkan airmata...

Tidak ku jatuhkan martabatmu
Hanya mengingati sahaja,
Andai itu menusuk qalbu,
Hanya maaf dapat ku pinta...

Kini ku rasa patut berdiam sahaja,
Hanya memerhati dan membisu,
Terima kasih atas segala jasa,
Dan halalkan semua itu...

Sandiwara Pagi

langkah monyet sambil ketawa,
lihatkan kancil yang dahaga,
walau jauh dirimu dimata,
namun ku temu kamu dalam Doa...

tersungkur gajah dalam paya,
buaya tersenyum lihat mangsanya,
ku semai kasih ku semai cinta,
agar jarak tiada bezanya..

menyindir katak pada rusa,
semut bekerja tak kira masa,
tekadkan hati teruskan usaha,
andai rezeki tidak kan ke mana...

dalam perigi kepunyaan sawa,
dalam hutan singalah raja,
tiada istilah putus asa,
demimu permaisuri jiwa😀😊...