Pages

Sunday, June 26, 2011

Harapan atau Kecewa


  Dari mula hingga kini
  Kita belajar itu dan ini
  Untuk memantapkan peribadi
  Menjadi yang terbaik di duniawi

  Setiap insan punya impian
  Mencapai kejayaan bukan angan-angan
  Mulakan dengan latihan
  Terus berusaha mengejar kejayaan

  Luka mampu sembuh kembali
  Sakit mampu diubati
  Jangan putus asa sama sekali
  Dalam berusaha jatuh bangun itu pasti

  Tenangkan jiwa dalam kesusahan
  Kerna kita tidak bersendirian
  Ada teman juga rakan
  Yang sudi menghulur bantuan

  Patah semangat bukannya kalah
  Melarikan diri bukan jalan mudah
  Kuatkan jiwa supaya tabah
  Perjuangan diteruskan hingga rebah

  Fikir positif maju ke hadapan
  Sesekali pandanglah ke belakang
  Supaya kita tidak mengecewakan
  Harapan dan impian setiap orang

  Aku kini dalam dilema
  Tidak tahu pula sebabnya
  Fikiran bercelaru antara dua
  Tiada langsung ketenangan di minda

  Ingin ku berkongsi pada teman
  Namun dirinya telah ke hadapan
  Akhirnya aku pendamkan perasaan
  Biarlah aku membuat keputusan

  Sudah sebulan begini sahaja
  Keputusan dinanti bermain di jiwa
  Takut untuk meluahkan rasa
  Takut ada yang kecewa

  Andai dapat ku undur masa
  Ingin ku kembali setahun lalu
  Andai aku berdiam sahaja
  Pasti siapa tidak tahu

  Bukan ku menyesal laluan dipilih
  Namun jalannya amat berduri
  Membuatkan diriku begitu pedih
  Hingga tidak berdaya bangun lagi

No comments:

Post a Comment