Pages

Wednesday, March 23, 2011

Adik, Teruskanlah



Adik
Kenapa susah untuk mengubah jiwa
Kenapa perlu berada di takuk lama
Kenapa tidak guna peluang yang ada
Kenapa perlu tunggu bantuan Kerajaan kita

Adik
Kita sudah lama merdeka
Kita sudah punya motor dan kereta
Kita sudah ada menara untuk dibangga
Tapi kita belum ada remaja yang berjiwa merdeka

Adik
Zaman kita berbeza
Jangan disamakan masa kita
Waktu belajar dulu RM2 besar nilainya
Tapi kini adik juga tahu apa nilainya

Adik
Bukan abang nak mengata
Abang cuba mahu adik bukalah mata
Jangan kita terus ketinggalan di bumi Malaysia
Tanpa apa-apa usaha

Adik
Mencari ilmu kini tanggungjawab kita
Bukan lagi masuk ke dunia kerja
Bukan abang tidak bagi adik membantu keluarga
Tapi dapatkanlah dulu segulung Diploma, Ijazah dan semua

Adik
Hari ini mungkin kita menderita
Hari ini mungkin kita mengalir air mata
Hari ini mungkin kita terus berlari mengejar masa
Hari ini mungkin kita belum mampu mengumpul harta

Adik
Belajar bukanlah menghabiskan masa
Biar derita hari ini supaya esok kita mampu ketawa
Abang cuma mahu adik tekadkan usaha
Demi membuka masa depan yang ceria

Adik
Maafkan abang andai tersalah kata
Abang mahu adik bukalah jiwa
Pelajaran kini penting lebih dari harta
Kerna pelajaran akan menentukan siapa KITA

Libya Diserang Pula, Palestin Bagaimana



Kini sudah berlalu beberapa hari
Bumi Libya diserang kanan dan kiri
Tidak cukup pertempuran di dalam negara sendiri
Kini tentera luar menghadirkan diri

Atas nama mengelakkan kekejaman Gaddafi
Atas semangat membantu rakyat Libya sendiri
Akhirnya serangan pun terjadi
Tapi hala tuju memang sudah pasti

Dah ramai rakyat Libya yang mati
Kalau benar nak menghulurkan bantuan yang pasti
Tidak perlu jet pejuang melepaskan bedilan jauh sekali
Adakah mereka takut akan kalah nanti???

Setiap kali mereka membantu negara-negara sebegini
Pastinya negara itu punya telaga minyak di dalam bumi
Dari Afghan, Iraq dan Libya kini
Semua dibantu demi minyak itu sendiri

Aku bukan menyokong penentang Gaddafi
Tidak sesekali aku pernah membenci
Tapi buktikan keikhlasan kamu Tentera Perikatan yang nak membantu kami
SELAMATKAN PALESTIN DARI YAHUDI KEJI

Adakah kerna Palestin tidak ada minyak di dalam bumi
JAdi isu Palestin dipandang sepi
Adakah kerana Yahudi itu sahabat kamu yang sejati
Maka Isu Palestin ditolak ke tepi

Aku cuma menulis apa yang tersirat di hati
Kerna aku kecewa dengan sikap pemimpin dunia ini
Palestin terus dikepung, ditindas, tapi tiada bantuan diberi
Tapi di negara lain "minyak" menjadi saksi

Friday, March 18, 2011

Rindu

Aku rindu belaian darinya
Aku rindu mendengar khabarnya
Kisah yang tidak mungkin aku lupa
Kerna diriya begitu istimewa

Dah hampir sebulan tanpa berita
Dirinya hilang ntah ke mana
Meninggalkan aku di tengah kota
Yang kebingungan dengan ayat2 cinta

Ku harap dirinya terus mengukir senyuman bermakna
Kerna senyumannya buatku bahagia
Walaupun dirinya bukan milikku jua
Tapi aku akan tetap berasa gembira

Telatah bicaranya ku harap akan kekal selamanya
Kerna kini ku menanggung rindu pada dirinya
Namun siapa diriku untuk bertanya
Sedangkan keputusannya harus aku hormati juga

Perasaan rinduku bukannya begitu bermakna
Kerna dirinya bukan lagi milikku di dunia
Namun hidup dengannya tidak pernah ku lupa
Ku harap dirinya akan terus bahagia dan gembira

Saturday, March 12, 2011

Keliru Hatiku

Aku tidak tahu kenapa
Apa salahku pada si dia
Tapi hubungan yang terbina
Akhirnya hilang entah ke mana

Wajahnya masih bermain di jiwa
Gelak tawanya melapangkan minda
Bukan aku tidak cuba
Untuk memadamnya dari hatiku jua

Pertemuan pertama pengakhiran rupanya
Dirimu minta dilepaskan juga
Sedang aku masih tertanya-tanya
Kenapa ini yang dirimu pinta

Benar aku kecewa
Tapi tidak ku mampu mengalirkan air mata
Pemergianmu tidak kusangka
Kerna ia hadir ketika kita gembira

Ya Allah, Kau tabahkanlah hatiku seorang hamba
Melalui hidup ini tanpa si dia
Kerna hatiku yang berparut lama
Kini kembali terbuka

Sudah aku berikan dia masa
Namun harapanku diketawa
Cuba aku minta penjelasan darinya
Baginya ini bukan salah sesiapa

Aku tidak kuat menempuh dunia
Aku tidak sempurna buatmu wanita
Aku tidak punya harta untuk dibangga
Aku mencari satu permata
Bakal melengkapi hidupku jua
Bukan hanya di dunia namun di akhirat sana

Pada si dia yang masih bertakhta
Ketahuilah aku tidak pernah membencinya
Kasih sayangku bukannya dusta
Keikhlasan dan kejujuranku untuk dirimu sahaja

Friday, March 11, 2011

Percaya atau Tidak anda harus mempercayainya

Sebab UTAMA kenapa pengantin risau untuk BERKAHWIN.. KOS Perkahwinan





Mesti Tahu Tentang Kos Kahwin ?

Anda tahu perkahwinan tu yang paling penting adalah ijab, qabul, anda, pasangan anda, saksi dan wali. Err… dan juga sijil pra-perkahwinan dan ujian HIV.
Maskahwin boleh hutang tapi siapa berhutang janganlah bernafsu sangat untuk sentuh-sentuh anak dara orang oooi …
Mengadakan kenduri kahwin adalah perkara yang sangat dianjurkan sekalipun hanya dengan menyembelih seekor kambing. Tetapi budaya di Malaysia, susahlah nak cukup dengan perkara macam tu sahaja.
Mari kita lihat apa yang perlu anda sediakan beserta kosnya sekali.
Kos # 1 - Maskahwin
Ini kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. Kalau berhutang, isteri ada hak kata, “TIDAK kanda…!” bila anda cuba usik-mengusik.

Kos # 2 - Duit Hantaran
Ini bergantung kepada keluarga. Tetapi pengalaman dan pengamalan saya, bila ditanya isu ini, paling sikit siswi-siswi ni minta wang hantaran adalah RM 10,000. Level Diploma pun diorang dah mintak begitu tau sekarang.
Ada juga keluarga ikut nilai hantaran seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini macam perkahwinan kakak / adik perempuan sebelum ini.
Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri.
Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan.

Kos # 3 - Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan lain-lain.
Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi nasib lah.
Sediakan lah sekitar RM 3,000 - RM 5,000.

Kos # 4 - Barang hantaran lain
Kasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah tuh.
Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop.
Sediakan lah sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard.
Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran.

Kos # 5 - Baju nikah
Selalunya baju ini ditempah. Boleh pakai masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri.
Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.
RM 200 - RM 600.

Kos # 6 - Baju Bersanding / Baju Pengantin
Baju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi.
RM 1,000 - RM 2,500.

Kos # 7 - Mekap
Selalunya dipakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 200 - RM 500.

Kos # 8 - Set Pelamin
Selalunya dipakejkan bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 500 - RM 1000.


Kos # 9 - Jurugambar
Takkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan ?
RM 1000 - RM 3000
Kos # 10 - Duit untuk jurunikah dan saksi
Perkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing.
Kos sekitar RM 150.


Kos # 11 Kad Jemputan
Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah photostat sendiri. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga.
Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang ?
Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak.
RM 500 - RM 3,000
Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah

RM 17,550
Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga (tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.

Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewan
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.
RM 2,500 - RM 10,000

Kos # 13 Duit makan kenduri
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja.
Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.
RM 10,000 - RM 20,000

Kos # 14 Bilik pengantin
Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.
Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ.
Yang kena beli semua, ingat murah ka?
RM 1,500 - RM 5,000.

Kos # 15 Doorgift
Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa - apa lah.
Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi.
RM 1000 - RM 3000.

Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi
Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?
Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.
Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda.
Ia berbeza mengikut lokasi.
Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.

Kos # 17 Contigency
Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal.
Sediakan lah sekitar 5 - 10% dari jumlah belanjawan yang asal.
Dalam pengiraan kita ini, RM 3000.
Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin
RM 17,550 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)
Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga

RM 15,500

Dan, kos untuk kecemasan

RM 3,000

Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar

RM 36,050

Walaupun boleh kongsi dengan pasangan, paling kurang pun kena ada duit untuk tanggung separuh kos dan dalam pengiraan ini adalah sebanyak

RM 18,000

Ini belum campur kos-kos renovation rumah yang dibuat bagi sesetengah keluarga. Juga belum campur kos memanjakan diri ke spa-spa dan juga berbulan madu.
Kalau nak berhutang kahwin sampai anak sulung berumur 10 tahun baru selesai bayar dekat bank, terus-teruskan lah dengan gaya hidup anda yang tidak mahu menyimpan dan suka menambah liabiliti tu.

Tuesday, March 8, 2011


Perjuangan mereka bukannya dusta
Disebalik kerajaan ada tentera bersenjata
Negara mereka bukannya perang saudara
Tapi punya dua kekuatan tentera

Di utara milik kerajaan sepenuhnya
Di selatan mereka ini ada
Tapi kenapa
Untuk apa

Mereka dilahirkan untuk peperangan juga
Mereka dilahirkan untuk mengawal penduduk juga
Mereka bukannya tentera yang lengkap bersenjata
Tapi merekalah nyawa negara

Peperangan senantiasa berlaku di tempat mereka
Tapi kekuatan mereka makin bertambah ahlinya
Ramai pejuang mengetahui perjuangan ini tiada akhirnya
Namun mereka teruskan jua

Itulah kekuatan mereka
Itulah keberanian mereka
Perjuangan mereka dari Yahudi durjana
Akan ku berdoa agar kalian berjaya

Janganlah bersedih

Sebenarnya kenapa kita manusia perlu bersedih sekiranya dilanda ujian oleh Allah S.W.T. Sedangkan ketika ujian itu diturunkan kepada kita, Allah sebagai Pencipta kita semua manusia Yang Maha Agung percaya kita mampu mengatasi ujian tersebut dengan tabah... Seandainya Pencipta kita yakin kita mampu mengatasi masalah tersebut kenapa kita perlu bersedih meratapi ujian yang dihadapi...

Tenangkanlah diri kita dan ingatlah bahawa Allah adalah penentu segalanya. Yakinlah (Firman Allah): "Jangan takut, jangan berdukacita." (Al-'Ankbut 29:33)

Saturday, March 5, 2011

Pantun Buatmu Hanim


   Orang kata dari mata turun ke hati
   Ada kata cinta itu buta sama sekali
   Langkahmu ku terbawa-bawa ke dalam mimpi
   Yang menjadi satu misteri

   Senyumanmu hadir dikala ku tercari-cari
   Jelinganmu melintas seperti sedang berlari
   Kehadiranmu menyinari malam hari
   Yang sedang dilanda onak duri

   Padamu bukan ku lemparkan segala puji
   Tidak ku tabur janji-janji
   Namun dirimu benar-benar bererti
   Kerna dirimu istimewa sekali

   Hanim, seorang wanita impian lelaki
   Yang selama ini dicari-cari
   Untuk menyuntik semangatku kembali
   Bagi menempuh dugaan Illahi

Wanita bernama Hanim


    Hanim
    Ketika pertama kali bertentang mata
    Hatiku tidak tenang terus memberonta
    Dengan jelingan matamu yang manja
    Membuat diriku terpesona

    Hanim
    Langkahmu pada Jumaat yang istimewa
    Seperti tersematnya seribu makna
    Senyumanmu pasti tidak akan ku lupa
    Kerna manisnya tidak terhingga

    Hanim
    Pertemuan pertama membawa sejuta makna
    Untuk aku terus mengenali dirimu jua
    Walau mungkin kita dibeza usia
    Namun ku yakin bukan itu penghalangnya

    Hanim
    Akhirnya kita duduk semeja
    Walaupun bertiga bicaramu tidak hilang di minda
    Petang itu saksi segala
    Hubungan persahabatan pun bermula

    Hanim
    Ku harap persahabatan ini kekal lama
    Tidak hilang dibawa arus masa
    Kerna aku ingin mengenalimu juga
    Sebagai seorang wanita istimewa

Norhanim



  Ini makna nama seorang sahabat yang baru pertama kali ku jumpa...Seorang wanita yang pemalu
  tapi ceria orangnya...

    N = Namanya tersemat seribu makna

    O = Orangnya pemalu ketika menutur bicara

    R = Rajin dirinya melakukan kerja

    H = Hatinya sungguh setia

    A = Amanah dipegang terus dibela

    N = Nadanya tegas kena pada gaya

     I = Istilah "kecewa" tiada dalam dirinya

   M = Membara api perjuangan ke arah jaya







Friday, March 4, 2011

Junior Di Rumah Fasa 4 Bujang


 

Ini cerita kisah budak bujang pula
Bukan mengutuk mengata cuma berkongsi jua
Kisah junior di Fasa 4 sana
Yang tiba-tiba aku melepak dengan mereka

Mulakan langkah Facebook temukan aku dan dia
Tapi nama facebooknya semacam sahaja
Sekali ku lihat gambar presiden Bizmark kini rupanya
Orang Perak Radhi diberi nama

Akhirnya sampai aku ke rumah mereka
Duk tak lama, balik plak lagi tiga
Ku jumpa junior otaknya fikir niaga sahaja
Namannya Lutfi seorang usahawan berjaya

Aku berbual dengan seorang lagi pula
Borak-borak bertukar cerita kisah zaman Diploma
Maklumlah zaman muda-muda bukannya sama
Budak Perak juga Yaseer gelarannya

Sambil berborak diiring gelak tawa
Di sua kacang oleh Azuwan yang nak macam cina
Ajak main Dota aku xreti pula
Sekali tengok jam dah pukul dua

Aku berjabat dengan semua
Minta izin nak balik rumah semula
Maklumlah dah pagi-pagi buta
Nak beristirehat menenangkan jiwa

Terima kasih pada budak rumah itu juga
No. 53B, Fasa 4 tempat mereka menyewa
Nak gi printing carilah mereka
Di Taman Lembah Bujang Indah Istana sementara


Juniorku Norhidayatul Dina

Syukur pada Yang Esa, aku kembali punya nama untuk aku memberi makna atas persepsi aku seorang yang digelar SB...

N = Namanya tersemat di jiwa jejaka
O = Orangnya manis tidak terkata
R = Rajin dirinya seindah kebaikan wanita
H = Hatinya hanya ada Allah Yang Maha Esa
I = Indah senyuman lahir dari jiwa
D = Dengan bicara melembutkan suasana
A = Alunan suara menggamit sukma
Y = Ya Allah, cantik sungguh seorang wanita
A = Ayunan langkah srikandi negara
T = Tangan di ayun menggegar dunia
U = Ungkapanku kepadanya "Jangan mudah putus asa"
L = Langkah diambil penuh semangat membara

D = Dengan doa penguat usaha
I = Impian yang tinggi perlu dirinya laksana
N = Namanya akan mekar di bumi Malaysia
A = Antara seorang wanita berjaya

Liku Kehidupan



    Ku tidak sempurna
    Tidak punya harta
    Hanya akal minda
   Juga sedikit daya

   Aku insan yang lemah
   Hanya mampu berserah
   Untuk mengorak langkah
   Mencari arah

   Di perjuangan ini
   Ku tersungkur bangun lagi
   Onak dan duri
   Ku tempuhi

   Di jalan yang berliku
   Yang kini di depanku
   Yang jauhnya berbatu
   Akan ku tempuh satu per satu

   Aku tidak sendiri
   Dalam dunia sepi
   Kasih sayang sejati
   Azamku terus membara lagi

   PadaMu Ya Illahi
   Ku mohon direstui
   Perjuangan diriku ini
   Hingga aku selamat kembali



Diriku Hari Ini


    Hari ini
    Ku terkenang kembali
    Kisah lama romie dan julie
    Ntah mengapa ku tersenyum sendiri
    Sedangkan cinta tidak lagi bersemi

    Hari ini 
    Keceriaanmu bermain di sanubari
    Gelak tawamu buatku tersenyum sendiri
    Ku tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi
    Akhirnya dirimu berlalu pergi

    Hari ini 
    Bicaramu buatku kaku sendiri
    Hilangmu tidak mungkin dapat diganti
    Akan tetap ku teruskan kehidupan ini
    Dengan harapan kita dapat bersatu kembali

    Hari ini 
    Ku terpandang kanan dan kiri
    Mengapa ku seperti terlihat kelibatmu disini
    Adakah dirimu masih lagi di hati
    Ku juga tidak mengerti

    Hari ini 
    Perpisahan yang terjadi
    Buat aku terfikir sendiri
    Adakah aku tidak memahami
    Atau ianya kesilapanku sendiri

    Hari ini 
    Aku hanya meredhai
    Menerima hakikat kita tidak bersama lagi
    Sedangkan aku menyayangi
    Dirimu tanpa berbelah bahagi