Pages

Thursday, June 2, 2011

Kejikah Aku



  Hari ini memang ku tunggu
  Akhirnya aku akan melihat duniamu
  Akhirnya aku akan menatap wajahmu
  Berada di dalam pelukanmu

  Hari ini dunia ini saksinya
  Aku akan menjadi ahli dunia
  Aku akan mula bersuara
  Menjadi yang terbaik pastinya

  Ibu,
  Apa salah aku
  Apakah dosaku
  Kenapa kau sanggup membuangku
  Kenapa kau sanggup meninggalkanku

  Ibu,
  Salahkah aku lahir diduniamu
  Salahkah aku ingin mendapatkan kasih sayangmu
  Adakah tangisan aku tidak bererti ibu
  Adakah aku menyusahkanmu ibu

  Ibu,
  Jangan tanam aku
  Jangan bunuh aku hidup-hidup ibu
  Aku merayu padamu
  Berilah aku ihsanmu ibu

  Ibu,
  Begitu banyak persoalanku
  Tiadakah jawapan darimu
  Kejikah aku ini ibu
  Jijikkah kamu dengan diriku

  Ibu,
  Aku tidak minta dilahirkan
  Aku tidak minta pengorbanan
  Bukankah aku ini bukti percintaan
  Yang bapa dan ibu lakukan

  Ibu,
  Aku sejuk dan sepi disini
  Ada binatang sedang memerhati
  Aku belum mahu mati
  Ambillah aku kembali

  Ibu,
  Napa ini terjadi
  Tangisan aku tidakkah didengari
  Aku akan pergi
  Kembali bertemu Illahi

  Ibu,
  Jangan lakukan ini lagi
  Pada adik-adikku nanti
  Biarlah aku menjadi saksi
  Agar ibu kembali ke jalan Illahi

  Ibu..............

No comments:

Post a Comment