Siapa tidak mahu harta
Manusia mana tidak mahu kaya
Tapi cukupkah pengumpulan harta benda
Takut nanti tamak haloba
Pepatah melayu pernah berkata
Bagi betis mahu paha
Nak mengejar harta dunia
Tapi sampai bila dan ke mana
Memang kini duit sandarannya
Harta dipandang setiap manusia
Namun ketahuilah ia hanya sementara
Yang akan hilang juga
Nak kumpul harta setinggi mana
Cukupkah harta kalau setinggi Bukit Bendera
Takut nanti kita merana
Hidup tidak senang, tidur tak lena
Kerna harta bergaduh keluarga
Kerana harta bermusuh anak-anak kita
Pecah-belah habis semua
Keluarga bahagia hancur akhirnya
Kerna harta wujud dengki pula
Busuk hati sekeliling kita
Mana kawan mana musuhnya
Mampukah kita bertahan jua
Harta dunia bukan kebendaan sahaja
Sebaliknya ada yang tidak kelihatan juga
Cubalah kita mencarinya
Kerna ia mudah sahaja
Ilmu juga satu harta
Harta yang tiada tolok bandingnya
Ilmu yang tidak nampak dimata
Hanya hadir di jiwa dan minda
Cari ilmu hingga akhir usia
Untuk bekalan di akhirat juga
Amalkan ilmu bukan kita sahaja
Sebaliknya kongsilah bersama
Kongsi ilmu tidak macam harta benda
Makin dikongsi makin banyak ilmu kita
Jangan kedekut berburuk sangka
Semoga kita diberkatiNya
Jadi fikirlah saudara semua
Nak cari ilmu atau harta benda
Tidak salah punya keduanya
Hidup biarlah besederhana
No comments:
Post a Comment