Pages

Wednesday, August 22, 2012

Di Sini Bermula

 
Di Sini Bermula
*************

Di sini
Aku terus menambah pengalaman diri
Bila dimasukkan dalam suatu situasi
Dimana aku perlu belajar banyak lagi
Walau tidak juga aku mengerti

Di sini
Aku cuba untuk memahami
Seberapa banyak yang mampu dipelajari
Kerna tidak mahu ianya berlalu pergi
Dan aku menyesali

Di sini
Aku cuba menerima setiap diajari
Sebagai satu ilmu duniawi
Yang mungkin suatu masa kan ku gunakan nanti
Sebagai bekal dalam diri

Di sini
Aku juga dapat mengenali
Insan-insan yang kuat jati diri
Insan yang cekal terus berdiri
Untuk terus mengharungi

Di sini
Aku tidak keseorangan menempuhi
Kerna ada teman yang menemani
Kerna ada rakan penguat diri
Kerna ada sifu memberi tunjuk ajar itu sendiri

Di sini
Walau tidak berapa lama lagi
Walau masa begitu mencemburui
Aku akan cuba menerima itu dan ini
Mendapatkan semua yang mampu dimiliki
Untuk dibawa sebagai bekalan diri
 

Suasana Ini

 
Suasana Ini
***********

Suasana ini
Dengan jiwa yang aman sekali
Melihat kanan dan juga kiri
Dengan angin yang nyaman sekali
Membuatkan hadir rasa tenang dalam diri

Suasana ini
Mungkin tidak kan datang lagi
Jadi perlulah kita menghargai
Setiap detik masa dilalui
Agar tidak kita menyesali

Suasana ini
Tidak mungkin dapat diganti
Kerna masa silih berganti
Yang datang akan terus pergi
Meninggalkan kita sendiri

Suasana ini
Teringat daku dalam diri
Seperti ada sesuatu perlu dihargai
Seperti ada sesuatu perlu diselami
Seperti ada yang perlu dinikmati

Suasana ini
Tidak kan aku lupai
Kerna ia datang hanya sekali
Datang dalam bentuk yang sunyi
Tapi amat bererti

Suasana ini
Indahnya tiada pengganti
Tenangnya memecah mimpi
Melahirkan kerinduan dalam diri
Dan terus menghayati
Dan terus mengharungi
Dan terus melalui
Dalam suasana yang lapang ini...
 

Thursday, August 9, 2012

Di Penghujung Ini



Di Penghujung Ini

Di penghujung ini
Di kala masih ada lagi
Cubalah untuk menyelami
Detik-detik yang berbaki
Ramadhan yang disayangi

Di penghujung ini
Cuba luangkan sejenak pada diri
Apa yang telah kita lakukan hingga kini
Cukupkah bekalan yang diperolehi
Untuk menempuhi cabaran duniawi

Di penghujung ini
Apa yang ada pada diri
Kata Ramadhan yang dinanti
Namun tiada yang berbeza pada diri
Namun tiada yang cuba perbaiki diri
Namun tiada yang meningkatkan amalan dalam hati

Di penghujung ini
Fikir sejenak renung kembali
Walau sebentar jangan berhenti
Benarkah Ramadhan yang kita nanti
Ataupun juadah berbuka bermacam resipi
Benarkah Ramadhan yang kita cari
Ataupun "sales" disana sini
Benarkah Ramadhan yang kita sayangi
Ataupun Syawal yang lebih dinanti

Di penghujung ini
Marilah kita sama-sama perbaiki diri
Marilah kita sama-sama mencari keberkatan Illahi
Marilah kita sama-sama menghargai
Setiap detik yang masih ada lagi

Di penghujung ini
Berjuanglah hingga tiada yang menyesali
Berbaktilah pada diri sendiri
Andai kita tidak ketemu Ramadhan lagi
Kita sudah punya keyakinan diri
Dan punya simpanan dalam diri.................


Saturday, August 4, 2012

Pahlawanku



Pahlawanku

Pahlawan
Jasamu tiada ternilai dengan harta
Kesungguhanmu mempertahankan negara
Kekuatanmu menempuh segala
Ketepatanmu bertindak setiap ketika
Demi memastikan keadaan aman sejahtera

Pahlawan
Tidak mungkin terbalas segala budi
Tidak mungkin terungkap bicara hati
Tidak mungkin ada harta yang mampu menandingi
Tidak mungkin rakyat mampu dibuai mimpi
Jika tiada dirimu menjaga pertiwi

Pahlawan
Tiada apa yang mampu aku beri
Tiada kata yang mampu ku ucapkan kini
Tiada pingat yang mampu dikalung lagi
Bagi berterima kasih atas perjuanganmu ini
Bagi menunjukkan rasa terima kasih kami
Atas segala pengorbananmu dari dulu hingga kini
Pahlawan
Kami kenang perjuanganmu
Kami ingati setiap pengorbananmu
Kami amati setiap waktu
Agar nikmat dari masa lalu
Tidak akan terus luput ditelan waktu
Dan kami kan beritahu anak cucu
Tentang setiap jasa baktimu

Pahlawan
Moga kamu terus kukuh disetiap medan
Bukan lagi sekadar peperangan namun kehidupan
Bukan lagi sekadar peluru namun cabaran
Bukan lagi sekadar kehancuran namun pembangunan
Setiap yang berjuang digelar pahlawan
Setiap yang berbakti dinamakan pahlawan
Agar setiap rakyat merasai erti kata kemewahan
Agar setiap rakyat merasai nikmat metropolitan
Agar setiap rakyat menikmati zaman kemajuan
Dan menerokai setiap detik perjuangan

Selamat Hari Pahlawan pada 31 Julai 2012................


Impian



Impian

Impian
Ianya bukan satu angan-angan
Ianya bukan cerita dongengan
Ianya satu dipanggil harapan
Oleh insan yang dahagakan kejayaan

Impian
Dibina atas dasar kesungguhan
Dilakar atas pasir bertaburan
Dikumpul dalam semangat kejituan
Cuba mengembalikan suatu zaman
Yakni kegemilangan

Impian
Bukannya hanya satu perkataan
Bukannya hanya satu jalan tekanan
Cuma hadir untuk orang kebanyakan
Dan tiada keistimewaan
Cuma punya daya pemikiran
Yang jauh di sudut bayangan

Impian
Tidak akan hancur dalam lautan
Tidak kan tertimbus dalam rimba hutan
Akan terus kukuh di ingatan
Da cekal menggegar kesinambungan

Impian
Mungkin sudah ada yang kehancuran
Ditanam dari dasar lautan
Ditimbus oleh duri-duri ranjau kehidupan
Yang terus meniti setiap perjalanan

Kembali Bermula




Kembali Bermula

Dikala terluka dan derita
Janganlah dirimu terpedaya
Percaya pada diri dan jiwa
Percaya dengan apa yang ada

Jatuh, bangunlah semula
Tanamkan satu kekuatan di minda
Kembalilah memegang pena
Menulis semula

Dikau mungkin gagal cubaan pertama
Dikau mungkin tersungkur dimedannya
Namun jika tidak berputus asa
Kembalilah semula

Gagal sekali tidak bererti akan gagal lagi
Yang penting usaha dan kecekalan hati
Jiwa yang mesti berani
Untuk mencuba lagi

Langkah pasti perlu dimula
Tidak ada yang berlari sebelum langkahan pertama
Tidak ada yang membaca sebelum mengeja
Tidak ada angka ribu sebelum sa...

Jatuh bangun adat dunia
Hakikat hidup terus mencuba
Gagal resam ke arah jaya
Keperitan permulaan sebuah bahagia

Janganlah dibuai perasaan kecewa
Perlu bangun bangkit semula
Tanamkan sesuatu dipanggil "aura"
Bagi menggegarkan dunia