Adikku,
Kenapa perlu kecewa
Andai tidak mencapainya
Jangan meletakkan pena
Perjuangan belum tamat juga
Adikku
Kenapa perlu ditangisi
Masa tidak lagi berhenti
Mulakanlah dengan kembali berdiri
Lalu berjalan kemudian berlari
Adikku
Tiada salah terus mencuba
Andai tidak berhasil dengan cara lama
Mulakan menukar strategi pula
Mulalah dengan bertanya
Adikku
Perjuangan di medan ilmu pelbagai cara
Tidak berhenti setakat membaca sahaja
Berkongsi dan juga sering bertanya
Itu juga satu punca
Adikku
Jangan pernah mengalah
Teruskanlah dengan hati yang tabah
Hingga gugur akhirnya titisan darah
Suatu masa langit kan berubah
Adikku
Cekalkan jiwa mencari ilmu
Jangan pula ada rasa jemu
Andai tewas lihat disisimu
Kerna abang ada disampingmu
Adikku
Dunia tidak kejam sentiasa
Akan ada masa adik kan berjaya
Yang pasti teruskan dengan usaha
Jangan lupa untuk berdoa
Adikku
Abang harap adik mampu mencapainya
Impian dan cita-cita adik jua
Walau kudrat hilang kan berganti jua
Namun ilmu dicari harta seluruhnya
No comments:
Post a Comment