Pages

Sunday, April 1, 2018

Aku Mula Memegang Pena


Aku mula memegang pena,
Tika kaki ini tidak lagi berdaya,
Tika ramai katakan ianya satu bala,
Tika ramai beranggapan setakat itu saja,
Bagiku ianya anugerah dariNya...

Aku mula memegang pena,
Saat baringku tiada apa-apa,
Saat ingin meluahkan apa dirasa,
Saat itu ku rasakan tiada siapa,
Lalu pena dan kertas menemani jua...
Aku mula memegang pena,
Masih segar masa itu diminda,
Masih terimbau kenangan dan masa,
Masih terasa kesakitannya,
Dengan pena semuanya bermula...

Aku mula memegang pena,
Masa itu pelbagai idea muncul diminda,
Masa itu ku ingin berkongsi bersama,
Masa itu ku merasa kosong dijiwa,
Kerna masa itu ku rasakan tiada siapa-siapa...

Aku mula memegang pena,
Ukiran pantun dan seloka,
Ukiran puisi nusantara,
Namun ku hanya memegang pena,
Tidak rajin untuk membaca...

Friday, March 30, 2018

Hari ini aku masih lagi menulis

Hari ini aku masih lagi menulis,
Dengan nada yang tidak lagi sebaris,
Mungkin kerna ada kata-kata sinis,
Yang kali ini telah menghiris,
Dengan cara halus tapi menghakis...
Hari ini aku masih lagi menulis,
Walau kata dariku mungkin berlapis,
Kadang masih ada yang terguris,
Lalu masih ada yang menitis,
Dikala usia kian habis...
Hari ini aku masih lagi menulis,
Walau sekadar berisikan kubis,
Kerna bagiku tiap kata dan baris,
Amat penting difahami hingga habis,
Bukan sekadar hinggapnya kudis...
Hari ini aku masih lagi menulis,
Walau berbeza tapi tetap sehiris,
Kerna tiada apa yang perlu ku guris,
Kerna tiada yang perlu ditangis,
Dan aku bukannya mengemis...

Saturday, March 24, 2018

Andai Hidup Disini Satu Perlumbaan

Andai hidup disini satu perlumbaan,
Pasti ada yang tewas dalam tangisan,
Lalu jatuh tersungkur hidup dalam buangan,
Ataupun dalam jurang penuh kesengsaraan,
Yang pasti mahu dielakkan...
Andai hidup disini satu perlumbaan,
Yang menang disanjung penuh keceriaan,
Dengan matlamat menghalalkan perbuatan,
Dengan pelbagai kata dan slogan,
Yang akan terus melaungkan penghargaan...
Andai hidup disini satu perlumbaan,
Aku mungkin sudah diambang penyingkiran,
Kerna diri ini tidak sehebat kalian,
Dalam mengatur setiap langkahan,
Biarpun kini mahupun masa hadapan...
Andai hidup disini satu perlumbaan,
Aku rela menjadi penyokong di jalanan,
Biarlah dipandang penuh penghinaan,
Biarlah disapa kata bicara sindiran,
Kerna itu bagiku lebih memudahkan...
Andai hidup disini satu perlumbaan,
Ku kan menyepi di persisiran,
Tidak kan berlari ataupun berjalan,
Tidak cuba mencari apa itu kejuaraan,
Kerna aku hanya seorang insan...
Andai hidup disini satu perlumbaan,
Diri ini tidak lahir untuk ditewaskan,
Cuma mengundur dari yg memenatkan fikiran,
Mencari secebis sinar harapan,
Dengan cara mungkin tidak pernah difikirkan...

Wednesday, February 21, 2018

Sinar Kegelapan

Dalam kegelapan hadirnya cahaya,
Tersedar aku seperti bernafas semula,
Harap agar diri ini tidak lupa,
Harap agar diri ini teruskan usaha,
Menggapai suatu yang bernama jaya...

Dalam kegelapan hadirnya cahaya,
Seperti memberi sinar jua,
Pada diri yang sedang berduka,
Pada diri yang tiada apa-apa,
Kerna aku banyak kurangnya...

Dalam kegelapan hadirnya cahaya,
Memberi seribu sebab bangun semula,
Demi kamu yang menyinari dunia,
Demi kamu yang terus percaya,
Izinkan diri ini terus diberi masa...

Dalam kegelapan hadirnya cahaya,
Bagai menyambung saraf di minda,
Terlihat silau ketenangannya,
Tergambar senyuman sejuta makna,
Agar aku tidak kenal putus asa...

Dalam kegelapan hadirnya cahaya,
Yang menyinari diri ini semula,
Terima kasih terus bersama,
Terima kasih kerna percaya,
Akan diri ini utk kembali semula...

Friday, September 22, 2017

Kehadiranku

Kehadiranku,
Kadang ku terfikir sendiri,
Tambah dalam suasana sepi,
Dengan apa yang terjadi,
Adakah kerna diriku kau kenali... 

Kehadiranku,
Tatkala lihat kau menangis,
Saat itu hati ini jua terguris,
Adakah kerna aku airmata itu menitis,
Adakah kerna aku berlaku perkara tragis... 

Kehadiranku,
Adakah ia membawa kebaikan,
Adakah ia membawa keburukan,
Semua itu tika ini bermain di fikiran,
Kerna aku ingin melihat senyuman... 

Kehadiranku,
Keputusan kau buatkan ini terjadi,
Pilihan kau yang mungkin diorang benci,
Kerna insan sepertiku tak layak disayangi,
Atau kerna fizikalku jua menjadi saksi... 

Kehadiranku,
Seperti buatkan kau terus derita,
Seperti buatkan kau terus diseksa,
Sedang aku hanya mampu terus berusaha,
Dengan segala keringat yang ada...

Tuesday, August 29, 2017

Andai aku dipilih disini

Andai aku dipilih disini,
Untuk diduga cabaran duniawi,
Kuatkanlah diri ini utk mengatasi,
Cekalkan hati ini agar terus berdiri,
Demi memperjuangkan apa yang dicari...

Andai aku dipilih disini,
Untuk dikerah kudrat yang ada ini,
Berilah aku sumber tenaga yg diingini,
Berilah aku ruang masa utk mengatasi,
Demi aku mencari butir-butir rezeki...

Andai aku dipilih disini,
Untuk ditunjuk salur pintu-pintu rezeki,
Berilah aku ilham untuk mencambah lagi,
Berilah aku sinar dilaluan yang menanti,
Demi aku melengkapkan diri ku sendiri....

Andai aku dipilih disini,
Sebagai hamba aku redhai,
Akan ujian yang menghentam jatuh ke bumi,
Akan dugaan yang menyerang bertubi-tubi,
Aku serah padaMu Ya Illahi...

Andai aku terus dipilih disini,
Ajarkan aku erti kuatkan imanku ini,
Bimbinglah aku erti liku-liku ini,
Kerna aku kadang mungkin tersalah erti,
Dan adakalanya gagal untuk fahami...

Mungkin Dia

Mungkin dia tak terasa secara nyata,
Atau mungkin juga memendam dijiwa,
Kerna setiap langkah diharungi bersama,
Di antara aku dan dia,
Tak lekang dek ujian datang melanda...

Mungkin dia tak bersuara,
Kerna tahu diri ini bagaimana,
Kerna tahu diri ini siapa,
Namun secara terang ku lafazkan kata,
Agar semua lebih sensitif dan menjaga...

Mungkin laluan ini berbeza,
Tapi aku mahu kalian bersatu jua,
Menghormati dlm erti kata menerima,
Sebelum bersuara fikirkan jua,
Apa yang dia atau aku rasa...

Mungkin malam ni dirinya rasa sudah biasa,
Tapi perlu diingat aku jua rasa dihina,
Napa perlu dikata pada muka,
Napa tak direct pada aku yang teleng kepala,
Alang senang kita tgk cash bayarannya...

Mungkin bagi kamu ianya tak seberapa,
Kerna kamu tak merasa bagaimana dihina,
Tak merasa dipandang kecil dlm setiap bicara,
Kerna rasa diri kamu sudah sempurna,
Sedangkan aku dan dia penuh cacat cela...

Mungkin malam ini bagi kamu seperti biasa,
Tapi napa tidak kamu teruskan bersuara,
Selepas kata keramat "teleng" ku lafaz ke udara,
Napa kelu lidah kamu berbicara,
Atau hinanya aku tak perlu dilayan jua...

Terima kasih itu ku ingin kata,
Pada kamu yang hanya memandang pada rupa,
Tapi tidak pada setiap kata bicara,
Yang kamu biarkan sesedap rasa,
Tanpa rasa apa-apa