Pages

Tuesday, May 31, 2011

Pelajar oh Pelajar

  Dek kata-kata seorang penulis
  Hati ini benar terguris
  Kerna itu airmata ini menitis
  Mengutuk dan mengata bak pisau yang menghiris

  Bukan aku nak bangga diri
  Namun UiTM tetap di hati
  Kerna UiTM aku disini
  Kerna UiTM ilmu aku perolehi

  Kalau benar tidak puas hati
  Lihat dulu pada diri sendiri
  Jangan mengata sesedap diri
  Fikirlah baik buruknya sekali

  Aku sayang UiTM ini
  Banyak benda aku pelajari
  Pahit getir pengalamanku sendiri
  Akan tetap ku abadi

  Baru kena berjalan kaki
  Baru digigit serangga sejati
  Dah nak bising satu duniawi
  Sujud syukurlah dengan nikmat dimiliki

  Sekurangnya ada tempat merehatkan diri
  Ada sudut memusabah diri
  Jangan ikutkan perasaan dihati
  Kerna ada yang terkilan nanti

  Pecah peluh sihat badan
  Untuk kamu jaga kesihatan
  Baru katak yang kelihatan
  Tak akan dah geli satu badan

  UiTM ini satu keluarga
  Keluarga besar di seluruh negara
  Kamu juga dari UiTM apa
  Cubalah melihat dengan minda

  Baru datang 3hari 2malam kan
  Dah bising bukan-bukan
  Fikirlah yang tinggal hingga tamat pengajian
  Namun bersyukur dengan apa yang diberikan

  Pada yang berkenaan
  Muhasabahlah diri kalian
  Bukan aku membuat penghinaan
  Namun fikirlah untuk kebaikan

  Pada yang berkenaan
  Tenangkan diri ingatlah Tuhan
  Setiap kejadian telah ditentukan
  Terimalah Qada' dan Qadar pada kalian

  Aku mohon maaf disini
  Kalau ada terambil hati
  Jangan lagi hina UiTM ini
  Kerna UiTM dah banyak memberi

Wednesday, May 25, 2011

Tragedi


Ketika semua sedang gembira
Sedang melayan arus dibawa masa
Akhirnya kita tersentak jua
Dek tragedi yang meragut nyawa

16 insan terkorban nyawa
Tanah yang runtuh puncanya
Al-Fatihah sedekahkan pada mereka
Yang telah pergi bertemu Allah Maha Esa

Dalam tangisan juga air mata
Yang mengalir mengiringi pemergian mereka
Kita selaku saudara tetap merasa
Bagai cubit paha kiri, paha kanan terasa pedihnya

Takziah diucapkan pada keluarga mereka
Dugaan ini kita hadapi bersama
Kerna negara kehilangan pemimpin berwibawa
Kerna negara kehilangan pemuda harapan bangsa

Tragedi ini harus kita terima
Sebagai suratan juga ikhtibar untuk semua
Allah akan menjemput kita
Tanpa mengira usia

Pabila tiba saat itu nanti
Tika tiba waktu dijemput nanti
Bersediakah kita hadapi
Jemputan Yang Maha Agung, Ya Illahi

Tragedi ini kan hilang dibawa arus masa
Tapi lukanya hanya ada pada yang merasa
Parutnya tetap akan terus dibawa
Oleh manusia yang mengingati Allah Maha Esa

Tragedi ini haruslah membuka mata
Pembinaan di tepi bukit tidak boleh diterima
Bukan salah sesiapa
Namun elakkan tragedi serupa berulang jua

AL-FATIHAH untuk yang telah dijemput Allah S.W.T.
Moga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

Amin...

Monday, May 23, 2011

Pertemuan Kita



  Akhirnya kita bertemu kembali
  Setelah berpisah membawa diri
  Akhirnya kita berjumpa lagi
  Setelah pulang ke negeri sendiri

  Kenangan lalu tetap dalam ingatan
  B2209 menjadi saksi pertemuan
  Antara kita yang tiada perbezaan
  Dengan ukhwah terjalin hubungan

  Tiga tahun tiada ketemu
  Dirimu masih seperti dulu
  Tiada perubahan yang berlaku
  Keceriaan dan kegilaanmu masih seperti dulu

  Walaupun pertemuan itu sebentar sahaja
  Walaupun perjumpaan kita seketika
  Namun aku tetap gembira
  Kerana dapat bertemu dirimu semula

  Tidak ku sangka sama sekali
  Pertemuan kali ini adanya tragedi
  Tidak tenteram diri ini
  Pabila teringat kemalangan yang terjadi

  Benar-benar di hadapan mata
  Betul-betul di jalan raya
  Ku mohon maaf padamu jua
  Kerna diri ini kejadian itu menimpa

  Roomateku,
  Ku harap kita kan bertemu lagi
  Ku harap kita kan bersua kembali
  Datanglah pula ke utara ini
  Mengenali negeriku yang dicintai

  Roomateku,
  Teruskan perjuanganmu menyambung pelajaran
  Andai ada rezeki, jangan dilepaskan peluang
  Kejarlah ilmu demi masa depan
  Barulah kita menjadi SESEORANG

  Roomateku,
  Terima kasih tidak terhingga
  Jasamu tidak mampu ku balas jua
  Pahit getir dilalui penuh gembira
  Pabila dirimu melakukan jenaka

  Roomateku,
  Terima kasih kerna meluangkan masa
  Memperkenalkan Kelantan pada aku juga
  Banyak yang aku pelajari disana
  Dan tidak mungkin aku lupa

Tuesday, May 17, 2011

Terima Kasih Pendidik Aku


  Hari itu tiba lagi
  Sudah 6 tahun ku tinggalkan SMK Jabi
  Sudah 3 tahun ku tinggalkan UiTM Sabah di sanubari
  Kini aku di UiTM Kedah terus meniti
  Kenangan itu tidak pernah ku lupai
  Akan ku bawa hingga ke mati

  Budimu tidak pernah terkubur di pusara
  Masih ada pertanyaan yang bermain di minda
  Dan tidak mungkin ku dapat jawapannya
  Walaupun aku terus memikirkannya

  Ketika aku terkapai di medan ilmu
  Ketika aku hampir lemas dibawa masa yang berlalu
  Dirimu menghulurkan bantuan kepadaku
  Agar aku tidak terus kaku

  Dirimu menghulurkan tangan-tangan sokongan
  Agar aku tersedar dari lamunan
  Agar aku terus melangkah ke hadapan
  Agar aku menuju kejayaan

  Namun, masih bermain di fikiran
  Andai aku berjaya, adakah dirimu mendapat penghargaan??
  Andai aku tewas, adakah dirimu mengalami kekecewaan
  Sedangkan aku hanya insan yang hadir dalam permainan

  Kita bukan saudara
  Kita tiada pertalian keluarga
  Tapi kesediaanmu membantu tidak kira masa
  Membuatkan pintu hatiku terbuka

  Dirimu seorang guru biasa
  Warga pendidik anak-anak murid di medan usaha
  Namun jasamu lebih tinggi untuk ku balas jua
  Didikan dan ajaranmu buatku terus berusaha

  Kerna semangatmu tidak lahir rasa kecewa
  Kerna usahamu ku tiada erti putus asa
  Jatuh bangun ku mulai semula
  Biarpun dari awal hingga akhirnya

  Tiada harta dapat ku berikan
  Hanya secebis ungkapan
  "TERIMA KASIH GURU" kerna didikan
  "TERIMA KASIH GURU" kerna pedoman

  Kerna bersabar dengan kenakalanku
  Kerna mengajarku apa itu ilmu
  Kerna terus membantu
  Kerna terus memerhatikan gerak langkahku

  Guru,
  Di hari bertuahmu
  Masih ada permintaanku
  Halalkan segala ilmu
  Maaf andai mengguris hatimu
  Aku anak didikmu
  MOHD HAFIFI MURAD namaku
  Dengan ungkapan ikhlas dariku
  Mohon direstu segala ajaranmu

  TERIMA KASIH GURU

Bantulah Gaza


  Kenapa ia terjadi
  Kenapa dia begitu berani
  Bukan sempadannya yang cuba ditembusi
  Bukan rakyatnya yang dibunuh sama sekali

  Tika ada yang cuba membantu Gaza
  Tika ada kapal yang membawa bekalan ke sana
  Pasti dia tidak selesa
  Pasti dia mencari alasan sejuta

  Apa salahnya membantu sesama manusia
  Apa takutkah mereka, Gaza mendapat perhatian dunia
  Apa salahnya membina kembali bandar Gaza
  Kecutkah mereka, jika sekolah kembali dibuka

  Tika ini ada kapal bantuan dari Malaysia
  Cuba masuk dari laut, dihalang tentera durjana
  Melepaskan tembakan ke udara
  Mengugut agar kapal tidak berlabuh di Gaza

  Syukur pada Yang Berkuasa
  Akhirnya tentera Mesir membantu jua
  Namun mereka benar-benar berani juga
  Perairan antarabangsa hak mereka

  Pendapatku, mereka mula takut bayangan sendiri
  Perkiraanku, mereka sudah mula dibenci
  Sudah hilang sahabat sejati
  Sudah ada yang menentang secara berani

  Gaza bakal bangun semula
  Menjadi empayar seperti sedia kala
  Sebelum kedatangan si durjana
  Ke bumi Palestin yang merdeka

  Ayuh semua bantulah Gaza
  Bersama kita menghulurkan tenaga
  Bukan hanya harta, tapi juga doa
  Untuk rakyat Gaza, diberi kekuatan para pejuang ke Syurga

  Ayuh semua bantulah Gaza
  Agar anak-anaknya kembali membaca
  Agar anak Gaza tdak terus menderita
  Mengalirkan air mata

  Ayuh semua bantulah Gaza
  Agar pemuda mereka punya kerja
  Tidak lagi mengharapkan bantuan dunia
  Namun boleh berjaya

  Ayuh semua bantulah Gaza
  Agar sekolah, hospitalnya kembali dibuka
  Supaya warga Gaza tersenyum seketika
  Agar mereka jua merasa erti gembira...

  Bantulah Gaza

Thursday, May 5, 2011

Teman Sejati


Ketika ini dia masih setia disisi
Tika ini dia masih ada ketika ramai mencari
Tika ini dia kian menyepi
Namun kekuatannya jauh berbeza sekali

Dalam perjuangannya mencari rezeki
Tempat pelajar ianya berdiri
Dari awal semester hinggalah minggu study
Dialah peneman sejati

Ketika suasana mula menyepi
Pelajar pulang ke kampung sendiri
Ketika Bujang menjadi pekan ditinggali
Ia masih disini

Minggu exam mula menghitung hari
Hari penghabisan semester ini
Kedai-kedai mula membawa diri
Kerana pelajar berkurangan kini

Tapi kesetiaanya disisi tidak diragui
Ketabahannya menempuhj hari-hari menanti
Sangat dipuji
Ialah teman sejati

Siapa sangka kemunculannya begitu dinanti
Siapa sangka kewujudannya begitu dihargai
Siapa kata pelajar UiTM bukan sumber rezeki
Ia telah menjadi bukti

Ialah sahabat tika malam hari
Ialah kenalan di seawal Subuh pagi
Kerna ia dapat dihubungi
Ketika pelajar memerlukan khidmat yang diberi

Terima kasih dari aku digelar SB
Kerna kehadiranmu byk membantu diri
Pada sesiapa yang belum mengenali
Ialah "FITRAH HIKMAH" pembakar motivasi

Ibu


  Ibu
  Ketika inilah aku dilahirkan ke dunia
  Ketika inilah aku diberi nama
  Ketika senja melabuhkan harinya
  Tika ini aku punya sebuah keluarga

  Ibu,
  Pengorbananmu terhadap diri ini
  Pahit getir yang dirimu lalui
  Demi membesar anakmu ini
  Menjadi seorang Khalifah di muka bumi

  Ibu,
  Dirimu cuba mengukir senyuman
  Untuk anakmu tidak merasai penderitaan
  Dirimu cuba mengukir kegembiraan
  Buat anakmu tidak menghadapi penyeksaan

  Ibu,
  Kesabaranmu mendidik diri ini
  Pasti tiada pengganti
  Ketabahanmu dengan gelagat aku disini
  Pasti akan ku ingati

  Ibu,
  Terima kasih pengganti diri
  Terima kasih dari anakmu bernama Hafifi
  Atas segala yang telah dirimu beri
  Yang tidak mungkin dibalas lagi

  Ibu,
  Hari ini sambutan dirai untukmu
  Namun tiada apa mampu ku beri
  Hanya ingatan jasamu ibu
  Terhadap diri ini

  Ibu,
  Andai aku dijemput Yang Maha Esa
  Sebelum sempat menabur jasa
  Redhailah dan halalkan makan minumku di dunia
  Juga ilmu yang tidak terhingga

  Ibu,
  Aku anakmu yang belum punya apa-apa
  Hanya ilmu dicari untuk bekalan di dunia juga disana
  Maafkan aku andai ada tersalah kata bicara
  Ampunkan aku atas segala tingkah laku yang menitiskan air mata

Tuesday, May 3, 2011

Kematian pasti Menjelma


Ia akan hadir dikala kita leka
Ia akan hadir dikala kita bersuka
Satu perkara paling istimewa
Satu jemputan dari Yang Maha Mencipta

Kita diambil tidak kira usia
Kita dijemput tidak tahu bila
Apa yang pasti akan tiba jua
Saat yang pasti sungguh istimewa


Hari ini ku lihat kematian di depan mata
Hatiku sayu melihat pemergiannya
Berkumpul semua sanak saudara
Membaca Al-Quran bagi mengiringi jenazahnya

Kematian pasti menjelma
Tidak kira pangkat kita
Bukan jua dibeza dengan usia
Tika tiba saat itu, BERSEDIAKAH KITA?

Tidak mungkin ada penangguhan dapat dipinta
Masa yang ada gunalah sebaiknya
Sahabat juga saudara, insaflah kita
Mulakan langkah pertama

Lakukanlah persediaan terbaik kita
Lebih baik dari sebelum kita ambil periksa
Kerna ianya bekalan kita disana
Di alam yang nyata...
Sama ada syurga atau neraka
Kita tentukan JALAN KITA

Monday, May 2, 2011

Dugaan atau Cabaran

Tika ini aku rasa kosong sekali
Tika ini ku rasa semua tidak lagi bererti
Aku ingin saja berlari
Tapi ke mana aku tidak pasti

Tika ini aku rasa sakit hati
Tika ini aku rasa tidak berguna lagi
Bukan kerna sesiapa tapi kesalahanku sendiri
Kesalahan yang bagiku tidak perlu disesali

Dugaan yang datang buatku hari ni
Buat aku terfikir mampukah diri ini
Cabaran yang dilontarkan padaku bernama Hafifi
Mampukah aku atasi

Sedang aku tidak punya tenaga lagi
Sedang aku hanya ada teman seperjuangan disisi
Aku murung fikirkan nasib diri
Mampukah aku atasi

Aku percaya satu kata
"Allah menurunkan cabaran dan dugaan pada hambaNya"
"Kerna Allah percaya hambaNya mampu untuk mengharunginya"
Itu juga bererti Allah mengingati setiap insan didunia

Namun inilah sifat manusia
Lalai dan sering kali leka
Hingga ada yang membisikkan dusta
"Kamu tidak mungkin berjaya"

Satu lagi sifat makhluk dunia
Lebih banyak pengkhianat dari sahabat setia
Untuk apa dan kenapa
Hanya mereka ada jawapannya

Dugaan dan cabaran ini kini
Aku harungi tanpa tangisan lagi
Kerna air mata tidak mampu menitis lagi
Kerna perjuanganku mungkin setakat ini

Sunday, May 1, 2011

Puan Azfahanee


A = Amanah dipegang terus dilaksana

Z = Zaman dilalui tanpa erti putus asa

F = Fahami segala rintangan dengan daya usaha

A = Alunan suara menggegar sukma

H = Hatinya terus cekal seperti panglima

A = Ayunan langkah srikandi negara

N = Namanya membawa sejuta makna

E = Empunya diri punya kekuatan jiwa

E = Empunya diri tidak kenal erti putus asa


Terima Kasih Puan Azfahanee Zakaria

Terus Berjuang

Tika badai melanda
Tika hati berpecah dua
Ambillah wuduk tenangkan jiwa
Berdoalah agar diberi petunjukNya

Pasti akan ada satu masa
Tika syaitan membisikkan kata
"tidak perlu ini semua"
"buat apa peningkan kepala"

Jangan kita mengalah tika itu
Jangan kita muram dan membisu
Tekadkan usaha bulatkan penamu
Teruskan usaha membaca buku

Gagal sekali bukan akhir segala
Dari kegagalan belajarlah terus berusaha
Yang penting apa yang ada di minda
Yang penting semangat kita belia

Kini perjuanganmu di pertengahan
Perlu juga rehat untuk ketenangan
Jangan sesekali termakan godaan
Jangan sesekali merendahkan keyakinan

Teruskan berjuang mara ke depan
Jatuh bangun bersama rakan
Walau apa jua rintangan
Jangan mengalah di medan peperangan

Kita tidak berperang mengangkat senjata
Kita hanya gunakan akal dan minda
Juga sedikit dakwat pena
Untuk mengarang kata-kata pujangga

Semoga adik-adik terus berusaha
Terus berjuang menguatkan pointer anda
Jangan lupa restu ibu dan bapa
Jangan tinggalkan "DOA"