Pages

Sunday, May 26, 2013

Lamunan Terhenti



Lamunan ini terhenti
Disapa oleh sinar mentari
Disaat masih ada dibuai mimpi
Diri ini hanya mengelamun lagi
Mencari erti kata tersembunyi

Lamunan ini tidak akan mati
Kerna disebaliknya tersirat perit diri
Tatkala terlukanya sanubari
Dikala jatuhnya jasad menyembah bumi
Membawa bersama hasrat hati

Lamunan ini datangnya tidak sendiri
Membawa kembali saat-saat dirindui
Dikala jiwa ini terasa sepi
Memerlukan belaian yang pasti
Dari insan yang mampu memahami

Lamunan ini cuba dilupai
Kerna hadirnya tidak direstui
Namun tiada yang mampu menghalang lagi
Jika minda masih mengingati
Akan saat indah bersama kekasih hati

Lamunan ini akhirnya terhenti
Dikala pintu hati diketuk lagi
Akan terbukakah pintu mahligai
Akan hadirkah seorang permaisuri
Dalam membahagiakan diri...


Saturday, May 25, 2013

Puisi Temanku

Aku cuba menulis semula
Tika diri ini tidak bermaya
Tika idea tidak lagi bersama
Namun karya adalah segalanya

Disini aku luahkan segala
Disini aku berkongsi dengan caraku jua
Mungkin ada yang rasa syok sendiri juga
Namun inilah cara yang teristimewa

Aku menulis tidak merancang
Apa yang ada terus ku karang
Dari ayat yang penuh jiwang
Hingga kisah dunia yang sedang berperang

Ada kata dalam hatiku ada taman
Ada bertanya bagaimana ku mengolah bukan karangan
Aku suka puisi sebagai teman
Ianya pendorong zaman berzaman

Dari tutur lidah lebih baik ku menulis
Kerna lidah tak bertulang ada yang terguris
Ku takut akan ada airmata menitis
Kerna sifatku yang selalu menghiris

Lalu ku akan teruskan juga
Walau dalam kesibukan kerja
Kerna bagiku ianya tempat istimewa
Yang tiada penggantinya

Untuk semua rakan dunia
Terimalah diri ini seadanya
Kerna aku insan biasa
Yang tetap punya cacat cela...

Rindukanmu

Saat dirinya datang
Tika itu ku takut akan peluang
Hari berganti malam dan siang
Dirimu hadir membuka erti sayang

Dalam ketakutan kita berkenalan
Dari mesej, berbual dan senda gurauan
Diriku kembali mengukir senyuman
Hadirmu memberi sinar harapan

Tidak ku ingin menaruh impian
Biarlah masa dilalui sebagai pedoman
Jika ada jodoh ditakdirkan Tuhan
Akan ku letak dirimu sebagai permaisuri impian

Jiwa yang dulunya kesunyian
Minda yang selalu hadir perkataan bosan
Kini bibir mula mengukir senyuman
Kerna hadirmu memberi sinar harapan

Dalam tutur kata mu
Selalu sahaja mengingatkan ku
Kini hadir rasa rindu
Tika aku bekarya untukmu

Kita berganti gelak tawa
Kita berkongsi segala cerita
Namun yang dulu tinggal dalam minda
Hidup ini perlu teruskan juga

Andai dirimu mulai membaca
Ketahuilah aku menunggu dengan redha
Jika dirimu tertanya-tanya
Sampai masa akan ku cerita.....