Pages

Monday, July 31, 2017

Kisah Tentang Aku

Ada satu kisah ingin ku ceritakan,
Kisah terjadi nyata bukan dongengan,
Ianya cerita di sebuah pekan,
Mangsanya seorang teman seperjuangan...
Mulakan pembelian suatu barangan,
Menggunakan akaun si teman perjuangan,
Barang dah dapat siap pemasangan,
Namun modal tadi hnya di balas senyuman...
Lalu teman tadi mula usulkan,
Modal yang dikeluar perlu dikembalikan,
Tapi macam ada seribu alasan,
Hingga teman tadi terdiam sendirian...
Masa pun berganjak hari ke hari,
Lalu dibuat call bukannya sekali,
Hanya ungkapan tak sempat diterima lagi,
Dan hari ahad bank kan cuti...
Masuk isnin jumpalah si teman tadi,
Lalu diberi hint apa yg terjadi,
Call pun dari pagi dan tengahari,
Kawannya tak pula munculkan diri...
Tapi teman tadi tidak salahkan rakan,
Kerna kebodohannya mengatur rancangan,
Lalu diterima satu hukuman,
Berlalu pagi dan tengahari tanpa sikit jamahan..
Sebelum pulang teman tadi diberi rezeki,
Dapat kek sepotong pemberian yg sudi,
Dijamahnya tak lihat kanan kiri,
Kerna kelaparan yang amat sekali...
Lalu sekali lagi teman ini hubungi,
Rakannya yang sudah berjanji,
Dia di starbuck membeli kopi,
Hanya ketawa yang didengari...
Tiba di rumah dibuka aplikasi,
Wang dah masuk syukur pada Illahi,
Tapi apa yang terjadi pastinya tragedi,
Mungkin prank dari rakan tak kena hari...
Sampai di rumah adanya tom yam,
Disambung bedal hingga ke malam,
Walau cerita ini sedikit muram,
Janganlah kita bermuka masam...

Wednesday, July 26, 2017

layankan ja...


dunia bayar cash,
aku hanya jalankan amanah,
bukan nak bikin semua orang susah,
tapi tak mahu akhirat aku yang payah...

apa cerita cuba cover bontot sendiri,
bila terpampang satu-satu bukti,
napa tak berani berdepan, bersuara ja tadi,
kelukah lidah itu tanpa bunyi...

dimana semua bila kami diserang,
dipelbagai sudut cahaya dan bayang,
dan bila tindakan kamu terus terpampang,
jangan melompat sangat kang jatuh longkang...

aku hanya bertindak berdasarkan arahan,
dengan cara kerja aku yang sedemikian,
apa salahnya cuba gunakan pemikiran,
kerna masing-masing ada tugas perlu jalankan...

memang tiada yang indah dalam dunia,
kerna yang indah akan ada sakitnya,
tapi tak mungkin sekali ku gentar dan putus asa,
kalau tidak masakan aku disini juga...

Monday, July 17, 2017

Aku Mungkin Insan Terhina

Aku mungkin insan terhina,
Yang terus dikeji tanpa bicara,
Yang terus dibenci tanpa berita,
Yang terus dikata tanpa suara,
Namun, suratan ini aku terima...

Aku mungkin insan terhina,
Yang penuh cacat cela,
Yang penuh luka2 lama,
Yang hasilnya dari kenakalanku jua,
Dan dunia ini cash aku terima...

Aku mungkin insan terhina,
Yang serba serbi tidak kena,
Yang ada sahaja yang cuba menduga,
Yang melihatku umpama bebanan dunia,
Maka hanya lafaz penghinaan ku terima...

Aku mungkin insan terhina,
Yang tiada apa-apa tidak seperti mereka,
Yang mungkin menjadi bahan sindir dan tawa,
Yang terus dibahankan sesedap rasa,
Bagai tiada naluri dan jiwa yg kan terluka...

Aku mungkin insan terhina,
Yang meniti hari2 dunia tanpa cahaya,
Yang berjalan dlm kegelapan jiwa,
Yang hanya berserah tanpa memikirkan apa2,
Kerna aku hanya insan terhina....

Friday, July 14, 2017

Tetapkan Fokus Jangan Tamak

Untuk berjaya tetapkan fokus kita, 
Untuk fokus tahu ke mana matlamat kita, 
Untuk capai matlamat bukan guna semua peluang yang ada,
Tapi tahu mana yang perlu diutamakan jua..

Kata pujangga lama pernah menyatakan,
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran,
Bukan ku jadikan ianya satu alasan,
Biar hasil kita sikit daripada tak dapat makan...

Ramai yang mula rambang mata,
Bila dah mula rasai apa itu jaya,
Langkahan diatur besar tak terkira,
Pastikan kekudamu kuat takut tersungkur pula..

Ada juga satu kata orang lama kita,
Biar sikit lama-lama jadi bukit juga,
Berpeganglah apa yang sudah mereka kata,
Agar menjadi pedoman kita generasi muda...

Bukan nak menghalang sesiapa,
Bukan nak menidakkan setiap usaha,
Kerna kita sendiri tahu kemampuan kita,
Andainya tak boleh bawa, bsedekahla pula...

Jangan tamak dalam urusan dunia,
Jangan nak ambil semua jadi hak kita,
Berkongsilah walau dengan musuh dalam niaga,
Kerna tidak tahu bila kita dibantu mereka pula..

Ku sekadar meluah satu rasa,
Agar teguran ini membetulkan saf-saf kita,
Kerna perjuangan kita untuk sini dan sana,
Dan kerna kita semua hanya manusia biasa...

Aku memang melihat dunia

Aku memang melihat dunia,
Ada juga yang kata boleh menerima,
Namun cuba ubah segalanya,
Tanpa memikirkan sesiapa,
Adakah manusia itu sedar dia sedang menghina...

Aku memang melihat dunia,
Tapi mungkin dari perspektif berbeza,
Tatkala kau melihat dan rasa bahagia,
Tika itu aku mungkin lalui derita,
Dan terus menerus dihina...

Aku memang melihat dunia,
Tiada yang sempurna,
Tiada yang baik di setiap sudut dan rongga,
Kita cuba perbaiki setiap perkara,
Demi kebaikan bersama...

Aku memang melihat dunia,
Rebahnya manusia-manusia dan terluka,
Diri mereka juga rasai sengsara,
Tapi jangan ada yang kenal erti putus asa,
Terus berusaha langit kan terbuka...

Aku memang melihat dunia,
Bagiku jika tiada putus asa,
Andai kita terus berusaha,
Walau dimana kita berada,
Kejayaan akan menanti dihujung sana...

Aku memang melihat dunia,
Semua dalam diri kita tak mungkin sama,
Belajar berdikari untuk berjaya,
Genggam yang diperolehi sebaiknya,
Kejar untuk yang kamu percaya...