Apa yang terjadi
Pening kepala kalau difikiri
Di mana salah yang tersembunyi
Hingga berlaku perkara begini
Masuk kata nak cari rezeki
Tapi lain pula yang terjadi
Isu timbul di malam hari
Dah menyusahkan semua disini
Sedarlah wahai para pekerja
Dah datang cari rezeki juga
Malaysia bukan tempat korang bersengketa
Agak panas baliklah segera
Hairan aku pun ada jua
Napa lahirnya KASANOVA
Kalau nak bercinta silalah balik segera
Disini tempat kalian bekerja
Tidak perlu ganggu sesiapa
Tidak perlu kacau para wanita
Kerjalah dengan rela
Bukan nak suka-suka
Dah lupa ka niat kalian semua
Datang ke Malaysia untuk apa
Kalau nak angkat geng ke sini sana
Nak jadi punca pergaduhan sahaja
Nak menyusah orang-orang Malaysia
Angkat bagasi pulanglah segera
Bukan aku nak menghalau kalian
Adakah kalian tidak dapat fikirkan
Tidak ada yang selesai dengan pergaduhan
Kalau bukan kematian
Malam itu satu tragedi
Kalian bergaduh, warga Malaysia dalam rumah sendiri
Tidak dapat keluar bebas lagi
Kan dah menyusahkan kami
Malam itu satu tragedi
Kalian perlu ambil peduli
Kalaulah nak kerja lama lagi
Jagalah tata tertib diri
Malam itu satu tragedi
Bergaduh macam nak publisiti
Kalau macam inilah yang terjadi
Kalian datang menyusahkan ekonomi
Aku bukan anti ampa
Aku luahkan pendapat sahaja
Sebagai seorang warga Malaysia
Yang hidup aman di bawah 1 Malaysia
No comments:
Post a Comment