Pages

Thursday, June 2, 2011

Coretan Duniawi Hingga Malaysia

  Dunia kini begitu porak peranda
  Tiada lagi nilai pada nyawa
  Yang ada hanya mengejar harta
  Harta duniawi yang tidak seberapa

  Dunia kini serba tidak kena
  Jepun dilanda tsunami terbesar dunia
  Libya pula sedang berpecah dua
  Isu Palestin masih di takuk lama

  Dunia kini ada sahaja salahnya
  Kematian Osama yang menggegar dunia
  Perjuangan yang diteruskan Al-Qaeda
  Dendam itu akan hilangkah ia

  Dunia kini tidak setenang dulu
  Kemelesetan ekonomi membuat semua buntu
  Pengangguran menjadi satu isu
  Di setiap pelusuk dunia yang satu

  Dunia kini hilang sifat kemanusiaan
  Isu kekejaman cuba ditunjukkan
  Menyelamat rakyat dalam cengkaman
  Akhirnya mati dek pengeboman

  Itu dunia bagaimana Malaysia
  Bayi dilahir dicampak merata-rata
  Tangisan mereka tidak diendah sesiapa
  Akhirnya menjadi makanan anjing serigala

  Alhamdulillah, aku bersyukur padaNya
  Banyak perubahan dilakukan pemimpin negara
  Dengan cuba meningkatkan ekonomi rakyatnya
  Dengan sedaya upaya membantu para belia

  Warga tua terus dibela
  Warga belia pemangkin negara
  Coretan duniawi hingga ke Malaysia
  Banyak perbezaan walaupun udaranya sama

  Terimalah apa yang ada
  Janganlah kita terus meminta
  Berjuanglah bersama pemimpin negara
  Membantu meningkatkan ekonomi kita

No comments:

Post a Comment