Pages

Thursday, February 26, 2015

Bersatukah Kau dan Aku . ..


Desas desus ingin bersatu,
Mereka bilang sudah sampai waktu,
Akan tiba kah saat itu,
Bersatunya kau dan aku.

Dari akar umbi mula bersuara,
Ditiup serentak pelbagai irama,
Dengan bersatu sebagai cogan kata,
Dicanang seluruh pelusuk negara.

Bermula dari media massa,
Riuh rendah di alam maya,
Tidak ketinggalan di warung juga,
Semua ingin berkongsi cerita.

Hadir dia bertanya padaku,
Benarkah sudah tibanya waktu?
Mampukah ia menjadi satu?
Bolehkah kau dan aku bersatu?

Alhamdulillah jika tiba waktu,
Bukan masalah jika bersatu,
Ianya impian bukan sekadar kau dan aku,
Namun lebih ramai pada itu.

Perbezaan kau dan aku tidaklah ketara,
Hanya laungan ideologi berbeza,
Namun tiada sengketa antara kita,
Kerana matlamatnya adalah sama.

Ku hanya fikirkan dalam mindaku,
Jika ditakdir kau dan aku bersatu,
Siapakah yang menjadi peneraju?
Dan kemana hala tuju?

Jadi ku biarkan pertanyaan ku disini,
Kerana masing-masing punya jawapan sendiri,
Ku hanya ingin kita hidup harmoni,
Dalam meniti hari-hari mendatang nanti....