Cinta
Mainan dunia hanya sementara
Kata-kata cint menyentuh jiwa
Manis bila bercinta
Penuh sejuta warna
Cinta
Mainan alam maya
Dalam alam cinta semuanya bahagia
Seperti dunia hanya milik kita berdua
Seperti dunia tiada penghujungnya
Cinta
Ianya hanya coretan dunia
Jiwang bila bercinta
Keluar semua ayat-ayat jiwa
Demi memikat seorang wanita
Cinta
Bila berkasih tidak mempeduli masa
Di hati semekar seharum taman bunga
Coretan dunia dalam erti kata cinta
Hanyalah bahagia sahaja
Sedangkan dalam dunia
Tiada yang manis sahaja
Ada juga suka duka
Ada juga tangis ketawa
Namun cinta tiada tangis duka
Yang ada hanya jiwa yang gembira
Yang ditemui rindu yang membara
Yang terus menusuk sukma
Yang terus menikam dada
Cinta coretan dunia
Bererti cintailah semua perkara
Biar tangisan mahupun bahagia
Biar duka ataupun gembira
Terima semua sebagai hadiah Yang Esa
Untuk menguatkan keimanan kita...
No comments:
Post a Comment