Pages

Monday, July 13, 2020

Nasib Si Pemburu

Pemburu ke hutan mencari gajah,
Terserempak hantu terus meludah,
Dunia tak sepi dengan masalah,
Dan kita jangan sesekali merasa musnah...

Demam pemburu tak kebah-kebah,
Dicari dukun ke hutan nipah,
Tiada guna kita nak marah-marah,
Yang mencanak tinggi nanti juga kita punya darah...

Namun pemburu masih gelisah,
Seakan terkena badi berdarah,
Jatuh bangun ataupun rebah,
Berdiri semula kembali gah...

Termenung si pemburu dalam rumah,
Kadang terdengar suara menguyah,
Andai ombak itu datang sudah,
Pastinya pantai kan berubah...

Lalu pemburu terus berhijrah,
Menapak kaki ingin berubah,
Terus bangun jangan mengalah,
Langit kan tentu berubah...

Sunday, July 5, 2020

Andai Dirimu Hilang Punca

Andai dirimu rasa tak kuat,
Punya rasa sudah tak larat,
Punya rasa sudah habis dikerah kudrat,
Punya rasa sudah hilang semangat,
Tunduklah dan kerjakan solat...
 
 
Andai dirimu rasa terluka,
Punya rasa sakit di jiwa,
Punya rasa pedih dan sengsara,
Punya rasa kosong tak bermaya,
Ubatilah ia dengan doa...
 
 
Andai dirimu rasa sepi,
Punya rasa tak lagi dipeduli,
Punya rasa tak lagi mampu berdiri,
Punya rasa lalui hidup ini sendiri,
Tenang kerna Dia sentiasa memerhati...
 
 
Andai dirimu rasa jatuh dan rebah,
Punya rasa perit yang berdarah,
Punya rasa luka itu sudah bernanah,
Punya rasa tak mampu lagi berdiri gagah,
Pada Dia kamu menadah dan berserah...
 
 
Andai dirimu dibelenggu keliru,
Punya rasa tidak menentu,
Punya rasa menikam di qalbu,
Punya rasa perit ditusuk kiri dan kananmu,
Kembalilah pada Dia Yang Satu...
 
 

Biarpun Hatimu Patah

Mungkin Hatimu Sengaja Allah Buat Patah,
Untuk menunjukkan kamu telah salah arah...
 
 
Biarpun hatimu patah,
Usah sesekali kamu gundah,
Jangan sesekali kamu menyerah,
Namun bangunlah kembali gagah...
 
 
Biarpun jiwamu itu musnah,
Namun bangun demi sebuah harapan yang gah,
Kembalikan senyuman menawan dan mengubah,
InsyaAllah kamu insan yang tabah...
 
 
Biarpun dirimu rebah,
Namun bangkitlah untuk berubah,
Buktikan kembali dengan setiap langkah,
Hanya jaya yang akan terlihat indah...
 
 
Biarpun dirimu parah,
Usah sesekali kamu berpatah arah,
Melangkah dan teruskan melangkah,
Percayalah dirimu juga mampu berubah...
 
 
Biarpun dirimu rasa hilang arah,
Namun kembalilah berpaut pada Al-Quran dan Sunnah,
Disitu terdapat pelbagai ikhtibar dan kisah,
Yang kamu mampu jadikan pedoman ke jalan Allah...

Pemerhati tak Berpenghuni

Kambing masuk melangkah kanan,
Lipan masuk berkaki kiri,
Sudah datang dengan tujuan,
Ku hanya minta pulang kembali...
 
 
Langkah gajah mungkin sumbang,
Hidup katak sentiasa melompat,
Walau digegar pagar tak tumbang,
Lalu kau cuba menyusup si ulat...
 
 
Berdiri semua angkatan semut berapi,
Demi melawan jelmaan ulat didepan,
Tak lebih ku minta dalam hati,
Cuma dirasakan beban dalam badan...
 
 
Patah sayapnya si gagak,
Hilang gelaran sang singa di rimba ini,
Kau yang mula buat tak teragak,
Jangan pula datang memohon simpati...
 
 
Perginya arnab gugur ke bumi,
Darah ayam serama menjadi saksi,
Moga selamat dirimu jika dikembali,
Moga di kubur terikat mati...

Melayan Sanubari

Tidak ku minta bulan dan bintang,
Cukup sekadar sinar mentari,
ku cuba untuk bertenang,
Namun idea plak yang mari...
 
 
Ular menyusur takkan hilang bisa,
Kambing enak dimasak pelbagai rasa,
Kejamnya dunia tak kira usia,
Baik tua mahupun muda remaja...
 
 
Penceroboh ditembak tiap saat,
Gajah pula yang melompat,
Inginkan rezeki itu berkat,
Terus berjuang tanpa kira penat...
 
 
Buaya sedap sedang menari,
Disapa kucing tiba-tiba disisi,
Harta benda boleh dicari,
Namun keluhan jangan sekali...

Jalan Kita Berbeza

Tiap orang daripada kita punya jalan berbeza,
Tiap daripada kita punya kisah untuk dicerita,
Dipenuhi dengan pelbagai suka dan duka,
Dinikmati dengan cara yang tidak sama,
Kerna jalan ini adalah nikmat dariNya...
 
 
Tiap daripada kita akan ada beza,
Dari segi ujian, halangan juga godaan dunia,
Dari segi cara, tempat atau masanya,
Walau kita cuba kata kita adalah sama,
Namun sebaliknya kita tetap ada kelainannya...
 
 
Tiap daripada kita ada beza,
Kita cuma mencuba untuk fahami dan rasa,
Kita cuma mencuba untuk mengenali saja,
Kita cuma mencuba untuk berada ditempatnya,
Tapi ianya takkan sesekali sama...
 
 
Tiap daripada kita ada beza,
Syukuri apa yang kita ada,
Nikmati setiap saat dan ketika,
Hargai setiap ujian yang melanda,
Kerna kehidupan ini dipenuhi pelbagai warna...
 
 
Tiap daripada kita ada beza,
Namun jangan sesekali berputus asa,
Jatuh dan rebah adat hidup ke arah jaya,
Nikmati setiap duka dan luka,
Percayalah di hadapan sana ada sinar bahagia...