Ketika semua sudah bersedia
Ketika semua barang yang bakal dibawa
Hampir pasti arah tujunya
Walaupun nyawa taruhannya
Satu lagi sejarah cuba dicipta
Mahu memenjara aktivis pula
Sedangkan misi benar flotilla
Membawa barangan keperluan sahaja
Mereka bongkak dengan sokongan Amerika
Mereka takbur dengan sikap bisu pemimpin dunia
Adakah PBB tidak lagi bernyawa
Dan hanya akan tunduk sahaja
Apakah salah bangunkan Gaza
Rakyat Gaza sudah lama derita
Mereka juga manusia di dunia
Tidak layakkah mereka hidup gembira
Apakah salah bantuan diberi
Pada rakyat Gaza yang ditindas lagi
Oleh Israel juga Yahudi
Yang terus menindas setiap hari
Gaza sebuah wilayah merdeka
Laut Gaza hak mereka
Kenapa Israel cuba mengawal perairannya
Sedangkan Palestin punya perwira
Andai Hamas pengganas dimata Amerika
Namun Hamas tidak membunuh sukarela
Tragedi pertama pembunuhan di perairan antarabangsa
Masih bermain di jiwa
Takutkah Israel dengan sokongan ke atas Gaza
Yang meningkat setiap ketika
Palestin mula diterima masyarakat dunia
Yang prihatin punya tanggungjawab sesama manusia
Kata setiausaha negara Amerika
Ada cara lebih baik menghulurkan bantuan ke Gaza
Tapi bagi diriku pula
Setiap sekatan hentikan segera
Jadikan Palestin negara merdeka
Kembali berpegang perjanjian dulu juga
Tanah Palestin milik rakyatnya
Begitu juga perairan mereka
Takut bayangan sendiri
Itu yang aku rasa
Kerna itu tekanan diberi
Kepada Flotilla yag nak ke Gaza
Takut bayangan sendiri
Hingga sanggup mengugut pula
Kepada aktivis dan juga media
Yang akan ke Gaza dengan Flotilla
Aku teruskan sokongan
Selagi Gaza belum dibebaskan
Dari penjajahan yang tidak berkesudahan
Oleh Israel tidak berperikemanusiaan
Sentiasa aku berdoa
Sebagai seorang manusia
Agar Gaza dapat merdeka
Dan Palestin kembali ke peta dunia
Bacalah berita selanjutnya di link ini:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IsraelancampenjaraaktivisflotilaGaza/Article
No comments:
Post a Comment