Pages

Saturday, August 27, 2011

Temanku Liana


Tiada hadiah mampu ku beri
Atas jasamu pada diri
Tiada ungkapan pengganti diri
Hanya puisi untukmu teman sejati

Pada tarikh ini dirimu dilahirkan
Pada tarikh ini kelahiranmu dinantikan
Lahirlah seorang gadis jelitawan
Yang amat menawan

3 tahun usia perkenalan kita
Banyak sudah berkongsi suka duka
Bersama teman-teman semua
Dirimu juga antara teristimewa

Dikala ramai sibuk untuk Aidilfitri
Ku teringat dirimu wahai puteri
Padamu ku ungkapkan selamat hari jadi
Moga senyumanmu terus menambat hati

Dikala semua mula bercuti
Ku teringat zaman kita study
Semoga usiamu terus diberkati
Dan kejayaan datang menghampiri

Dikala hujan turun tidak berhenti
Ku terkenang dirimu seorang srikandi
Semoga dirimu sentiasa happy
Dan hatimu tidak kan terluka lagi

Hanya ini mampu ku beri
Pada Liana anak pakcik Ramli
Kerna sudi menemani
Menceriakan kehidupanku ini

L = Langkahmu umpama srikandi negara
I = Impianmu menggapai awan dania
A = Amanah terus dirimu bela
N = Namamu tersemat sejuta makna istimewa
A = Allah, berkatilah dirinya di dunia mahupun disana

Saturday, August 20, 2011

Disini Dentuman Ketawa, Disana Meragut Nyawa


Dikala kita gembira
Ada yang sedang nestafa
Dikala kita aman sahaja
Mereka bermandi darah disana

Disini kita kedengaran bunyi
Meriam melepaskan das-das menggegar bumi
Dengan ada sahaja berita di kaca TV
Tentang kecederaan yang dialami

Disana juga ada letupan
Bukan meriam namun dentuman
Korbannya bukan sekadar jari namun kehidupan
Hilang juga tempat tiduran

Disini kita masih tidur lena
Walau ada sahaja yang tidak kena
Disana mereka menggagahkan mata
Memerhati untuk menyelamatkan nyawa

Disini ramai antara kita hampa
Tidak dapat bercuti untuk raya bersama keluarga
Disana ramai antara mereka mengalirkan airmata
Kerna kehilangan sanak saudara

Mereka terus ditindas salah siapa
Mereka terus dihimpit sengsara
Derita seperti sudah lumrah kanak-kanak disana
Apakah belia disana mengenal erti ketawa

Aku kecewa dalam jiwa
Hanya mampu ku berdoa
Kudratku tidak mampu dihulurkan kesana
Agar saudaraku mengenal erti bahagia

Mengalah bererti mereka musnah
Hancur sisa-sisa harapan gembira
Bagai rumah yang punah
Dimusnah Yahudi durjana

Saudaraku disana
Teruskan berusaha
Semangat kalian semangat perwira
Pertahankan bumi mulia...

Thursday, August 18, 2011

Dugaan Perpisahan


Hadirmu bagai mimpi
Hilangmu tiada ganti
Kasihku sampai mati
Dirimu tetap dihati

Sedih terasa kini
Bagai ditipu sekali lagi
Namun tabahkanlah hati
Meneruskan hidup ini

Kecewa memang dah jadi tradisi
Pasrah aku kepadaMu Illahi
Moga dirimu bahagia dengannya disisi
Moga dirimu tidak bersedih lagi

Terkilan aku dengan perbuatanmu
Lain benar dari percakapan dulu
Mungkin dirimu sudah biarkan ia berlalu
Namun katamu itu masih bermain dimindaku

Saat kecewa ini tidak lagi disembunyi
Di hening pagi air mata membasahi bumi
Bila mana diri mengetahui
Apa yang telah terjadi

Ku akur ketentuanMu Illahi
Ku redha melepaskan dia pergi
Mungkin dirinya bukan rusukku yang dicari
Ya Allah permudahkanlah pencarian ku ini

Puasa oh Puasa

Sudah setengah bulan kita berpuasa
Menahan lapar dan dahaga
Mengerjakan amal ibadah di bulan mulia
Untuk mencari bekalan ke sana

Setengah bulan jua ku memerhati
Masih ada yg beli bungkusan maggi
Belum dikira asap restoran keluar berlari
Dari kedai yang tutup berkunci

Beg plastik hitam laris sekali
Tambah-tambah time tengahari
Bila terfikir ku tergelak sendiri
Dasyat juga mereka-mereka ini

Puasa bukan di perut sahaja
Puasa lah juga mata dan telinga
Dari perkara mengurangkan pahala
Hingga boleh membawa dosa

Tidak ku fitnah akan sesiapa
Namun andai ada yang terasa
Sendirilah ingat akan dosa
Yang kalian tengah mencarinya

Puasa hanya sebulan sahaja
Tidak mati mengerjakannya
Kalau berani napa perlu sorok pula
Bekalan yang korang bawa

Kelakuan kalian diperhatikan
Oleh budak-budak hingusan
Nanti besar amalan itu mereka teruskan
Tahniah kalian telah memberi bimbingan

Tuesday, August 2, 2011

Hujan


Hujan
Turunnya membawa sejuta keberkatan
Limpahnya membasahi bumiMu Tuhan
Yang tidak dapat aku gambarkan
Dengan bicara perkataan

Hujan
Angin dibawamu begitu nyaman
Membuat kan aku tidak keruan
Dalam medan pekerjaan
Kerna tiupan membuat aku menyandar harapan

Hujan
Dinginnya suasana ini
Buat aku tidak lagi mampu berdiri
Menahan asakan mata ini
Jika dibenarkan aku ingin tidur disini

Hujan
Rahmat yang datang membawa keberkatan
Membawa sejuta harapan jua impian
Untuk sekalian alam makhluk Tuhan
Merasai keindahan

Hujan
Terima kasih aku ucapkan
Kerna dirimu turun menyejukkan keadaan
Kerna dirimu hadir mententeramkan perasaan
Yang sedang dalam ujian....

Monday, August 1, 2011

Kem Pemantapan teristimewa


Tidak ku sangka
Mana boleh aku duga
Sungguh gembira aku rasa
Melihat telatah adik-adik yang masih muda

Kem Pemantapan di Naka Nabua
Sungguh menggamit suasana
Gelagat adik-adik yang ceria
Buatku teringatkan masa muda

Terima kasih ku pada Miss Muna
Juga pada Ikhmal, Firdaus dan Miss Intan jua
Kerna sudi menerima
Untuk aku hadir bersama

Tika malam aku disana
Semua adik-adik sibuk sahaja
Nak siapkan persembahan mereka
Untuk menjadi yang terbaik juga

Ada nasyid, joget dan juga boria
Ada juga yang duk berbual sahaja
Para AJK yang berwibawa
Mengatur acara agar mengikut jadual juga

Malam tu adik-adik ada satu lagi acara
Tapi aku xjoin la
Diorang wat kembara solo di malam yang gelap gelita
Ntahla diorang nampak apa dan terdengar sapa

Suasana pagi menggamit ceria
Hidup bahgia gelak ketawa
Melihat adik-adik juga permainan disedia
Cari menantu, telur dinasour dan pelbagai acara

Sungguh aku sangat gembira
Melihat adik-adik teringat masa muda
Masa yang dulu aku seperti mereka
Yang kini tinggal kenangan sahaja

Pada adik-adik teruskan berusaha
Gigihla serta bersemangat waja
Dalam menghadapi dugaan dunia
Sentiasalah kuat terus berusaha