Pages

Friday, July 27, 2012

Ramadhan Datang Lagi



Ramadhan datang lagi
Disebalik kecelaruan duniawi
Disebalik kekecohan sana sini
Disebalik setiap erti kata revolusi

Ramadhan datang kini
Membawa bersama keberkatan Illahi
Memberi setiap bucu makhluk dibumi
Cuba mengerti dan lebih memahami

Ramadhan datang lagi
Berilah sebaik mungkin kali ini
Bagai ianya yang terakhir kita nikmati
Agar Ramadhan ini, tidak kita sesali

Ramadhan datang kini
Sudah seminggu berlalu pergi
Apa yang sudah kita miliki
Cukupkah amal dibawa nanti

Ramadhan datang lagi
Tiap kali Ramadhan, amalan mula dikaji
Nak tambah itu dan ini
Macam bulan lain tak muncul lagi

Ramadhan datang kini
Namun aku keliru terfikir sendiri
Napa Ramadhan yang perlu dinanti
Napa 11 bulan lagi seperti tidak bererti
Napa bila Ramadhan baru menjejakkan kaki
Di setiap pelusuk surau dan masjid serata negeri
Kan bagus amal kita tidak berhenti
Biar sederhana agar tidak mati

Ramadhan ini perlu kita kaji
Biarlah ia jadi bulan mengumpul bonus akhirat nanti
Bulan lain buatlah seperti kita sentiasa makan gaji
Biar sedikit asal terus berisi
Biar kurang asal tidak kosong dalam diri
Biar tak banyak asal ada bekal nanti

Ramadhan datang lagi
Moga menjadi tempat menambah rezeki
Baik di dunia mahupun sana nanti
Agar kita terus berevolusi
Memperbaiki diri dari setiap segi
Agar menjadi insan yang diberkati
Dan lebih mensyukuri nikmat Illahi


Friday, July 13, 2012

Hanya Mampu Mengingatimu



Hanya Mampu Mengingatimu....
 
Kita adalah dua insan berbeza
Seringkali berbalah berebut sahaja
Tidak pernah untuk mencuba
Memahami diri dan jiwa

Kita tetap berbeza
Sering kali juga bertanya
Kenapa selalu di antara kita
Ada sahaja yang tidak kena

Kita berbeza
Itu yang mampu dilihat mata
Itu yang dikata semua
Itulah fitrah bila kita bersama

Kita senantiasa berbeza
Walaupun sukar untuk diterima
Walaupun ada yang sama
Namun ia tetap menunjukkan kita berbeza

Kini dirimu tiada
Tiada lagi perbalahan kata
Tiada lagi persengketaan menarik muka
Tiada lagi gembira dan yang terkena

Kini dirimu sudah tiada
Jauh disudut hati masih dirimu ku ingati
Walaupun saat dahulu banyak berbeza
Namun dirimu masih disisi

Kini ku hanya mampu mengingatimu
Mengingati saat tika bersama
Walau banyak yang  tidak sebulu
Itulah cara kita

Kini ku mampu mengingatimu
Kerna gelagat dan tawamu
Pasti kan buat ku rindu
Walau tidak lagi mampu ketemu

Kini ku mengingatimu
Saat hilangmu ku tidak mampu
Menongkah arus menahanmu
Kerna antara kita berbeza

Namun ketahuilah
Ku tidak pernah kecewa mahupun marah
Ku akan bangun dari saat-saat rebah
Dan kembali mencari arah

Dengan hanya mampu mengingatimu
Akan ku terus berusaha
Biarpun dalam ini punya rasa rindu
Ku percaya kita kan dipertemu semula.....


Saturday, July 7, 2012

Igauan


Igauan
Sering kali datang dengan kejutan
Memberi impak dalam kerisauan
Memberi detik sukar dilupakan
Menjatuhkan segala tafsiran

Igauan
Ia datang dalam pelbagai sedutan
Kisah mungkin antara api dan lautan
Namun yang dirasai hanya kesakitan
Yang ditempuhi hanya sebuah penderitaan

Igauan
Kini ia kembali di setiap pemikiran
Tanpa aku memberi jemputan
Sesal aku dalam kepayahan
Sukar untukku menghadirkan keyakinan

Igauan
Luka semalam kembali dibahan
Parut dahulu menjadi santapan
Ianya datang dengan sejuta sesalan
Atas apa yang telah ku lakukan

Igauan
Kernanya hadir juga pertanyaan
Mampukah aku untuk bertahan
Mampukah aku untuk teruskan kehidupan
Mampukah aku terus memperjuangkan
Apa yang kini aku idamkan
Apa yang kini aku mimpikan
Apa yang kini aku inginkan

Igauan
Akan aku terus merenangi lautan
Akan aku berlari merentas sempadan
Selagi keringat ini masih di genggaman
Selagi hayat ini masih dikandung badan
Akan aku perjuangkan
Apa yang aku telah letak kepercayaan
Demi sesuatu ku panggil kesenangan........