Pages

Saturday, October 29, 2011

K. CSR bukan Kami CSR tapi....


Kasih
Saat ini pernah hadir dalam diri
Saat ini pernah aku lalui
Saat ini tidak pernah aku lupai
Sebelum dirimu ku hampiri
Sebelum dirimu ku miliki
Sebelum hadirmu dalam diri

Cinta
Senyuman darimu tidak ku lupa
Ayu wajahmu sentiasa di minda
Sopan santunmu yang istimewa
Aku merindui semua
Yang dahulunya pernah bertakhta
Yang dahulunya milik ku jua
Dirimu pernah di singgahsana
Di atas mahligai yang dibina bersama

Sayang
Dirimu masih lagi terbayang jua
Dirimu masih istimewa di jiwa
Dirimu yang hadir memberi bahagia
Melahirkan saat-saat gembira
Tidak mungkin saat itu diganti dengan permata
Tidak mungkin kenangan itu hilang ditelan masa
Kerna sayangku bukannya dusta
Ia lahir dari jiwa seorang pecinta

Rindu
Tika ini perasaan ini hadir padaku
Tika ini aku mula keliru
Tika ini disampingku tiada lagi dirimu
Tika ini tertunduk layu
Senyuman itu pernah menjadi milikku
Kasih sayang dibina bukan atas dasar menipu
Namun ku turuti kehendak dirimu
Meninggalkan mahligai disaat hampir bersatu

Kasih, Sayang, Cinta dan Rindu
Dirimu sangat bermakna bagi ku
Aku harap dirimu kekal ceria selalu
Walaupun aku tidak lagi disampingmu
Walaupun aku tidak lagi membahgiakanmu
Aku berdoa agar bahgia selalu bersamamu
Aku berdoa agar senyuman senantiasa denganmu
Kerna aku tidak mahu titisan airmata darimu
Kerna aku tidak mahu kau mula merindu seperti ku
Kerna dirimu tetap berharga juga cintamu amat bernilai kasihku....

Tidurlah........


Tidurlah
Tika lali mata melayan
Fikiran melayang ke tengah awan
Hilang sudah para ilmuan
Datang berkunjung rakan dan teman

Tidurlah
Mata tidak mampu ditahan lagi
Lalu membiarkan ianya pergi
Langsung tidak menghalang lagi
Kerna layanan bukan lagi free

Tidurlah
Masa itu biarkan berlalu
Tinggalkan diri tidak perlu malu
Tenangkan jiwa fikiran dahulu
Dengan mula melayan lagu

Tidurlah
Kasih sejati mari menyanyi
Tersenyum sinis jangan sendiri
Melayan perasaan jangan berhenti
Baru kenal sifat peribadi

Tidurlah
Tak usah melayan jiwa
Yang hilang kembali jua
Cinta yang tiada dusta
Kasih tanpa bicara

Tidurlah
Wahai rakan dan teman
Hentikan dahulu perjuangan
KErna tenaga penuh diperlukan
Bagi merialisasikan impian

Tidurlah
Bukan bererti kita kalah
Bukan bermaksud kita menyerah
Bukan itu jalan mudah
Ia tetap jatuh dah rebah
Ia tetap ada luka yang berdarah
Hanya tenang memikirkan arah
Hanya keputusan dibuat pada setiap langkah
Agar tidak salah...

Tuesday, October 18, 2011

Nah!!! Bunyilah Lagi

Nah!!! ianya berbunyi
Bunyi tetap sama lagi
Setiap pagi tiada henti
Hingga aku termenung sendiri


Nah!!! ianya menyakitkan hati
Sakit yang tidak dapat disembunyi
Apa kena manusia hari ini
Dah tak sabar ke nak mati


Nah!!! jangan fikir diri sendiri
Ini jalan bukan ko yang beli
Yang memekik terlolong sana sini
Dah cukupkah ilmu nak dibawa pergi


Nah!!! ia berbunyi lagi
Hon bukan alat muzik untuk menyanyi
Habis sudah kau memaki
Sampai bila kau nak begini


Nah!!! ko hilangkan keindahan pagi
Sang suria yang baru nak menerangi
Kau cacatkan ini hari
Dengan pencemaran bunyi
Yang tiada henti
Dari kau manusia tak berperketi


Nah!!! tak cukupkah lagi
Setiap masalah yang kau hadapi
Napa perlu tambah lagi
Bawalah dengan tenang berzikir sekali
InsyaAllah kau tak akan rugi
InsyaAllah ada balasan baik menanti


Nah!!! aku bukan nak ceramah lagi
Kau dah besar fikirlah sendiri
Tak perlu orang mula memaki
Nanti memakan diri
Kau yang rugi
Kau yang tiada sapa disisi


Nah!!! betul kanlah diri
Hidup ini perlu happy
Tambah awal-awal pagi
Jang musnahkan mood yang ada ini




Nah!!! semoga kita ceria meniti
Jalan berliku penuh duri
Agar Allah merahmati
Dan kita terus dikurnia rezeki

Saturday, October 15, 2011

Faridah Teristimewa

Pertama kali kita bersua
Hatiku tidak tenang memandangnya
Seorang wanita yang sempurna
Nukilan buat dirimu Faridah teristimewa

Senyuman manis darimu ku terima
Bagai berada di awangan sana
Itu belum dirimu berbicara
Buatkan aku ke singgah sana

Wanita seperti dirimu belum pernah ku jumpa
Wanita seperti dirimu sudah terhapus ditelan masa
Keayuan juga kesopanan dirimu mengatur bicara
Hingga kini masih tersemat di jiwa

Langkah dirimu atur bagai srikandi negara
Dalam tegasmu ada keayuan terbina
Yang pastinya menawan setiap jejaka
Dirimu lah kebanggaan nusa

Tiap kali kita bertentang mata
Tika itu aku rasa serba tidak kena
Bagai elektrik mengalir menghenti masa
Aku terkaku terpesona

Padamu Faridah tidak aku bermain kata
Tidak ku lemparkan kemanisan gula
Hanya ikhlas dari hatiku jua
Setelah kita bersua dan bersama

Andai dirimu tidak percaya
Ambillah pisau belahlah dada
Tidak pernah aku ingin berdusta
Kerna dirimu Faridah begitu istimewa

Wednesday, October 5, 2011

Trainer Berwibawa Batch 226 Berjaya

Salam diatur pembuka kata
Oleh SB insan biasa
Bicara dimula berpujangga
Biar hujan menitis ke dunia


Dalam ketawa juga gembira
Softskill latihan minggu pertama
Dengan Sir Fahmi kami berjumpa
Kelas yang penuh gemilangnya


Setiap ajaran cuba diingati
Setiap latihan cuba diperinci
Kenangan Sir Fahmi tetap di sanubari
Dalam meniti hari-hari menanti


Di Semua House kita bertemu
Suka duka cerita dikongsi bersama
Ajaran diberi pedoman bagi diriku
Untuk terus berusaha


Minggu kedua berpindah sudah
Kenangan dihati walau terpisah
Bertemu berpisah sudah lumrah
Yang terjadi ada hikmah


Bertemu pula En Najib trainer kedua
Seorang yang terlalu ceria
Ajaran terus diberi dengan bersahaja
Agar masuk ke minda pelajarnya


Ilmu terus lagi diperinci
Dari produk ke hal sistem2 diberi
Banyak yang telah diperolehi
Ramai juga yang belum dipelajari


Dalam kelas banyak ragamnya
Maklum ajala semuanya muda
Terima kasih pada En Najib juga
Yang sporting melayan sahaja


Trainer berdua amatlah berwibawa
Sikap professional mereka berdua direspect kami semua
Terus perjuangan tanpa putus asa
Kekuatan dibina dari minda

Tuesday, October 4, 2011

Perlukah Perancangan Andai Memusnahkan Harapan

Dari kecil kita diajarkan
Diberi didikan penuh kegembiraan
Dengan menjinjing sejuta harapan
Agar berjaya dalam kehidupan


Hingga kini harapan terus dibina
Bagai mengganti yang sebelumnya
Musnah harapan tidak terkira
Oleh akal dan minda


Untuk renungan kita bersama
Harapan dibina ada perancangannya
Perancangan rapi tiada salahnya
Hancur berkecai jiwa merana


Bagi diriku insan biasa
Tiada perlu perancangan jua
Kerna kita adalah hamba di dunia
Teruskan berbakti pada Yang Esa


Tiada rancangan tiadalah harapan
Ikuti sahaja setiap pergerakan
Kehidupan ini tetap diteruskan
Tiada lagi satu bebanan


Musnah harapan mengalir air mata
Akan ada yang kecewa
Tidak kurang menyalahkan sesama manusia
Yang ada disekitar mereka


Peganganku tetap tidak berubah
Tak perlu perancangan masa hadapan
Kerna perancangan harapan kan musnah
Punahlah juga satu impian


Azamku terus berjuang hingga rebah
Jatuh bangunku akan ditempuh dengan tabah
Prinsipku tidak pernah goyah
"Terus berjuang langit kan berubah"
Kerna ku yakin akan ada hikmah
Setiap kejadian ditentukan Allah

Cuaca atau jiwa jua

Bila cuaca sejuk bahagia
Mata mengantuk ajak dilena
Dalam kelas lali sahaja
Adakah ilmu masuk ke minda


Risau aku takut mendengar saja
Takut nanti bakal dilupa
Layan jiwa dan juga mata
Sambil memerhati kiri dan kanan jua


Hati tenang mula berbunga
Bagai bidadari turun ke dunia
Tiada seindah ini dirasa
Melayan hati ke singgahsana


Bila menguap mula berkuasa
Fikiran berpusing mencari jalannya
Jalan yang tidak nyata
Namun lebih ceria


Sungguh aku menahan saja
Agar diriku tidak lena
Dibuai mimpi entah ke mana
Akhirnya tidak kembali ke nyata

Sunday, October 2, 2011

Wanita Yang Istimewa (Batch 226B Softskill)


Ini kisah dari jejaka
Untuk para wanita di kelas pula
Yang semuanya ceria sahaja
Dengan gelak ketawa pelbagai gaya

Tiada dusta dari teruna
Bila bibir mulakan bicara
Wanita yang istimewa
Bagiku tajuk yang cukup sempurna

Tiada gadis sepertimu
Wahai Asma kau yang satu
Sungguh kami tak menipu
Suaramu bak buluh perindu

Andai Yati tak percaya
Kami semua bujang belaka
Senyuman darimu amat bermakna
Buat kami tak tidur lena

Bertutur hanya bila perlu
Senyuman diukir manis selalu
Oh Naniey kau yang satu
Tiada lagi penggantimu

Lembut bicara bak sutera
Tutur kata tersusun rapi
Wahai cik Nadia apa rahsia
Agar hidup ceria happy

Orang peramah sukar dicari
Tambah pula dizaman teknologi
Nasib ada Fieyra di kelas ini
Tidaklah kelas begitu sepi

Jelingan matanya mendalam sahaja
Bagai merobek benteng istana
Siapa tidak kenal si Diana
Sungguh menawan berkaca mata

Semangat dirinya Srikandi negara
Langkah diatur memantapkan jasa
Nurul Ain diberi nama
Seorang yang berhati waja

Ayu diri bila melangkah
Membuat jejaka serba salah
Empunya diri bernama Jannah
Seorang yang pemurah

Ini pula begitu sepi
Bujang kehairanan bila dia sendiri
Lebih pada suka berdikari
Marina seorang yang bercita-cita tinggi

Pendiam dirinya tak banyak bicara
Seorang yang tekun berusaha
Wanita dimaksudkan bernama Eka
Tiada istilah erti putus asa

Itu sahaja wanita kelas kami
Semua ceria selalu happy
Macam kerenah menambat hati
Pelbagai ragam menawan sanubari

Saturday, October 1, 2011

Study oh Study


Di malam yang sunyi
Dikala ramai telah dibuai mimpi
Cahaya 408 masih menerangi
Menemani pemiliknya sahabat sejati

Khusyuk benar mereka study
Hingga tiada kedengaran bunyi
Mulut membaca, mendengar dengan hati
Setiap baris terus diperinci

Ibarat tentang hidup dan mati
Menelaah mereka tanpa peduli
Masa yang kian berlari
Seperti begitu mencemburui

Tika lapar perut berbunyi
Berhenti mereka makan maggi
Hingga kenyang mulakan kembali
Dari ayat yang mereka berhenti

Hidup bujang tiada penyeri
Kerja ibarat nyawa sendiri
Teruskan berusaha ilmu dicari
Agar bekalan selesa nanti

Hari ini perjuangan diteruskan lagi
Peluang yang tidak akan kembali
3 sahabat bermula dari awal pagi
Terus menerus menghadap buku study

Masih ada yang tidak study
Banyak belum dibuka lagi
Terus mengantuk time tengahari
Dugaan bila mana nak study

Dari aku, Aiman dan Qadri
Moga Kelas 226B success esok hari
Terus berjaya meniti
Agar kita ketawa lagi