Pages

Thursday, December 29, 2011

Tewas Akhirnya


Habis sudah segala usaha
Terkandas pula segala daya
Tiada agi keajaiban cuba dicipta
Yang tidak mungkin ke mana

Habis sudah segala usaha
Umpama terhenti seketika
Yang dulunya hilang dibawa masa
Kini terpendam jauh disana

Habis sudah segala usaha
Berhenti sudah segala cita-cita
Yang dulu cuba digapai seorang jejaka
Kini hanya tinggal impian sahaja

Habis sudah segala usaha
Berkuburlah coretan lama
Buku baru kini dibuka
Untuk cuba mulai semula

Habis sudah segala usaha
sikap diri cuba melupa
Supaya dapat menenangkan minda
Dan melapangkan jiwa

Habis sudah segala usaha
Bukan tewas penyebabnya
Bukan kalah alasannya
Namun mengalah demi permata

Habis sudah segala usaha
Namun ianya sementara
Mengundur bagi mengatur semula
Strategi agar kembali berusaha

Habis sudah segala usaha
Namun bukan ertinya musnah semua
Setiap berlaku ada caranya
Kita akan terus melayan sahaja

Habis sudah segala usaha
Kini kembali mengatur tenaga
Agar hidup lebih gembira
Dan kekal bahagia

Tika Mentari Menyepi


Tika mentari itu menyepi
Perasaan rindu tidak lagi sembunyi
Terkenang saat-saat meniti
Dan keikhlasan yang hakiki

Tika mentari itu menyepi
Jiwa bergelora sukar dicari
Tidak mungkin pula dapat diganti
Kerna ada keistimewaan sendiri

Tika mentari itu menyepi
Mengalirlah airmata seorang lelaki
Kerna luka lama disanubari
Kini cuba diubati

Tika mentari itu menyepi
Tika luka lama cuba dilupai
Sejarah silam cuba dipandang sepi
Dari diari seorang lelaki

Tika mentari itu menyepi
Senyuman cuba diukir kembali
Atas sejarah yang menyakitkan hati
Agar peristiwa lalu tidak berulang lagi

Tika mentari itu menyepi
Berfikiran positif seorang lelaki
Bukannya demi mencari pengganti
Namun cuba memulihkan keyakinan diri

Tika mentari itu menyepi
Ombak dan badai cuba dirempuhi
Jalan-jalan bahgia cuba dilalui lagi
Dengan seorang wanita teristimewa di sanubari

Tika mentari itu menyepi
Mengorak langkah cuba berdiri
Bukannya lari dari realiti
Namun cuba memahami setiap gerak geri

Aku Insan Biasa


Aku hanya insan biasa
Insan yang cuba besederhana
Insan yang punya cita-cita
Untuk berjaya

Aku hanya insan biasa
Yang punya pelbagai impian diminda
Tidak tahu memilih yang berbeza
Juga daya tidak pula terbahagi dua

Aku hanya insan biasa
Jatuh bangunku adalah resam dunia
Yang ada hanya teruskan berusaha
Lalu diikuti dengan doa

Aku hanya insan biasa
Mencuba yang terbaik untuk diriku jua
Namun entah bagaimana
Perasaan ini mula timbul gundah gulana

Aku hanya insan biasa
Yang cuba berenang di lautan dunia
Dengan apa yang ada
Walaupun tidak seberapa

Aku hanya insan biasa
Berlumba seperti semua manusia
Mencari bekalan disini dan juga sana
Bukan sekadar berfoya-foya

Aku hanya insan biasa
Cuba mengukir senyuman dari jiwa
Cuba mengembalikan semangat yang hilang entah ke mana
Cuba untuk tidak menyalahkan sesiapa

Aku hanya insan biasa
Yang tidak ingin berputih mata
Cuba untuk terus berusaha
Agar dapat melihat sinar bahagia

Saturday, December 17, 2011

Angin


Satu kejadian begitu beharga
Satu tiupan teramat istimewa
Menyejukkan jiwa dan raga
Menenangkan minda

Angin
Semua didunia hanya terbahagi dua
Kanan dan kiri jua daya dan putus asa
Tiada yang terlalu bermakna
Hanya sipulan bahasa

Angin
Yang positif akan terus di minda
Tersemat penuh makna di jiwa
Terkenang walau di mana berada
Walau jauh dimata namun dirindui jua

Angin
Perubahan akan berlaku seiring suasana
Perubahan akan berlaku sekelip mata
Dan mungkin memusnahkan segala
Yang pasti akan menyesal jua
Bila masa meningkat usia

Angin
Ibarat api sedang membara
Tika kecil disenangi semua
Tika kecil teman dikala suka
Namun besar adalah malapetaka
Memusnahkan keyakinan manusia
Dan menghancurkan semua

Angin
Juga berada dekat dengan kita
Tidak dapat dilihat namun mampu diraa
Teruskan kita untuk mengawalnya
Kerna ia penentu dikala masa

Senyum


Satu kata tanpa makna
Satu kata tiada di jiwa
Satu kata tanpa bicara
Namun begitu istimewa
Kerna menenangkan jiwa

Senyuman yang beharga
Akan tersemat di sanubari
Senyuman yang bermakna
Akan melunturkan ego yang tinggi

Senyum itu satu perbuatan
Yang hadir penuh keikhlasan
Yang hadir tika diperlukan
Yang hadir tika kemarahan
Bagi mengembalikan kesejukan
Dari api kemarahan di puncak ketinggian

Senyum penuh azimat sebagai pertolongan
Bagi insan yang kemurungan
Bagi mengembalikan semula keyakinan
Yang menenangkan fikiran

Senyuman yang istimewa
Akan tersemat sejuta makna
Yang tiada tandingannya
Tidak akan hilang seri bahagia

5 minit


Adakala kita tidak mampu
Adakala kita rindu
Adakala kita buat tidak tahu
Membiarkan ia berlalu
Tanpa sedikit rasa pilu
Tanpa ada rasa ingin tahu

Berlalu ia begitu laju
Tanpa menoleh melihat kamu
Berlalu ia meninggalkanmu
Terkapai-kapai di lautan biru

Hargai ia sebelum terlambat
Agar kita tidak terjerat
Jangan biarkan ia berkarat
Dan kita terus sesat

Jangan buang begitu sahaja
Mulakan ikhtiar dan peka
Jangan pula menangis sahaja
Mulakan daya untuk berusaha

Tika itu mungkin 5minit sahaja
Tika itu akan lebih istimewa
Andai kita membuka minda
Dan menilai dengan usaha

Tika itu janganlah putus asa
Tika itu cekalkan lah jiwa
Jika ada minat mahu berjaya
Di dunia jua akhirat sana

Friday, December 9, 2011

Seminggu berlalu pergi


Seminggu sudah berlalu pergi
Jalan yang jauh mula dilalui
Pelbagai ragam ingin dikongsi
Ada gembira dan duka di hati

Bukan susah nak bangun pagi
Ianya telah dapat direalisasi
Kul 630pg kena manual in nanti
Membuatkan diri mengatur masa bijak sekali

Bukan mudah mendisiplinkan diri
Mengikut jadual dan langkah yang diberi
Namun ia telah sebati kini
Setelah seminggu duk try hari-hari

Setiap perjuangan ada yang terkorban
Itulah juga terjadi di alam pekerjaan
Kehilangan seorang demi seorang kawan
Dalam medan yang penuh dugaan

Sedih memang tetap terasa
Kerna 2bulan telah kita bersama
Namun ku harap perjuangan kamu tidak sia-sia
Dan kamu akan berjaya walau dimana berada

Bagi yang terus berada disini
Impian dibina menggapai pelangi
Biar duka menjadi saksi
Dan usaha menjadi kekuatan diri

Bagi yang terus berada disini
Teruskanlah usaha kita berbakti
Untuk kejayaan kita juga nanti
Agar masa dihabiskan tidak akan rugi

Bagi yang terus berada disini
Tanamkan semangat kentalkan diri
Agar ukhwah ini kukuh berdiri
Menanti ombak dan badai dengan berani

Sunday, December 4, 2011

Adik, Kita tetap keluarga


Walau dipisah dek masa
Walau dijarak dek usia
Walau kita tidak lagi bersama
Ketahuilah keluarga tetap pertama dijiwa
Fahamilah keluarga tetap pemangkin utama
Dengarilah wahai keluargaku di utara

Aku ke sini untuk bekerja
Mencari sesuap rezeki bukan untuk ku sahaja
Jika ada masalah bawalah bicara
Kerna kita tetap keluarga

Mungkin aku marah dengan sikapmu
Mungkin aku kecewa dengan langkahmu
Namun percayalah aku tidak pernah membencimu
Kerna dirimu tetap adik aku

Mungkin pernah aku menegurmu
Mungkin pernah suara ku lantang terhadapmu
Namun percayalah semua itu akan terus berlaku
Kerna aku amat sayangkan dirimu

Tak salah kita berkawan
Tak salah untuk kita berkeliaran
Namun pastikan akan masa hadapan
Namun pastikan tidak kan salah haluan
Kernalah dirimu fikirkan masa hadapan
Andai ada dirimu tanamkan impian

Belajarlah dari pengalaman
Belajarlah dari kesilapan
Ambillah segala ikhtibar dari kesalahan
Ambillah segala pengetahuan dibuat pedoman
Agar itu mematangkan pemikiran
Agar itu menguatkan jati diri ke hadapan

Adikku, aku masih menanti panggilan
Darimu untuk aku ketahui segala kejadian
Akan ku cuba membantumu menggapai impian
Andai itu dapat mengembalikan senyuman

Adikku, aku masih menanti dengan harapan
Dirimu buatlah satu keputusan
Akan terus memberi sokongan
Andai itu untuk kebaikan
Andai itu untuk masa hadapan
Walau aku terpaksa membuat pengorbanan

Adikku, sedarlah dari masa kegelapan
Tidak banyak yang aku harapkan
Mulalah bangkit mencari semula jalan
Mulalah bangun kembali mencari impian
Agar tidak gelap masa depan
Agar dirimu mudah mendapat pekerjaan

Adikku, warkah ini tidak kan bermakna
Andai tidak sampai dijiwa
Bacalah dan renungkanlah masa kita bersama
Tenangkan jiwa lapangkan lah dada
Buatlah yang terbaik untukmu jua
Akan aku tetap terus berusaha...........

Anak itu menangis lagi


Anak itu menangis lagi
Anak itu dibiar bersendiri
Tidak ada yang menghulur simpati
Kerna semuanya bagai tidak bererti

Anak itu tidak dipeduli
Anak itu terus menagih simpati
Namun ianya seperti tidak berbunyi
Atau telinga mereka sudah pekak tuli

Anak yang terus derita tika ini
Anak yang terus dihina kanan dan kiri
Lapar dan dahaga tiada yang mengetahui
Sengsara anak itu dari dahulu lagi

Anak itu cuba untuk berdiri
Anak itu cuba memilih jalannya sendiri
Namun anak itu dilempar kata-kata keji
Oleh panji-panji yang kononnya disisi

Anak itu bukan cuba berlari
Anak itu hanya cuba pertahankan diri
Anak itu menjaga maruahnya sendiri
Namun yang anak itu hadapi
Yang punya hasrat dengki
Untuk melihat anak itu kembali

Anak itu cuba tenangkan diri
Dengan perlahan anak itu cuba berdiri
Dengan kekosongan cuba diisi
Dengan impian melihat diri
Kan berjaya suatu hari
Seperti anak-anak lain di bumi

Anak itu merayu lagi
Namun sepertinya jauh sekali
Tangisan anak itu apakah tidak didengari
Anak yang terus membawa diri
Mencari ikhtiarnya sendiri