Pages

Sunday, February 27, 2011

Kenapa Palestin???


Salahuddin Al Ayubi telah menawan Palestin pada 2 Oktober 1187 setelah hampir 88tahun kota itu dikuasai oleh tentera salib. Beliau telah membalas kezaliman tentera salib dengan merampas bumi Palestin tanpa sebarang pertumpahan darah dan memimpin dengan adil serta penuh ketaqwaan pada Allah SWT.

Musa berkata lagi), wahai kaumku masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu memasuknya dan janganlah kamu berundur ke belakang (kerana takutkan musuh. Kalau kamu undur maka kelak kamu akan jadi orang yang rugi di dunia dan di akhirat.(Surah Al-Maidah:21)


Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad)pada malam hari dari Masjidil Haram (Di Makkah ke Masjidil Aqsa (Di Palestin) yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (Kekuasaan dan Kebesaran)Kami. Sesungguhnya Allah jualah yng maha mendengar dan maha mengetahui. (Surah Al-Isra':1)

Thursday, February 24, 2011

Bekerjaya


Semua orang akan merasai alam pekerjaan, begitu juga dengan aku...walau setinggi mana pun pelajaran yang kita pelajari namun andai belum dapat bekerja untuk menyara diri sendri itu sebenarnya adalah satu dugaan yang amat hebat...Akhirnya selepas 11kali aku ditemuduga aku juga berpeluang untuk mempunyai kerjaya aku sendiri...

Syukur aku pada Yang Esa
Kerana pintu rezekiku kini dibuka
Walau terpaksa berjauhan dengan keluarga
Demi mencari pengalaman aku gagahi juga

Ikut kilometer tidak jauh sebenarnya
Aku akan ke Sungai Petani bekerja
Keluargaku pula hanya di Pokok Sena
Aku hanya ingin bekerjaya

Gembira aku bila diberitahu aku diambil bekerja
Rasa nak melompat di situ jua
Tapi sebenarnya kalau kita terus berusaha
InsyaAllah pintu rezeki itu akan terbuka

Mungkin ada yang akan mengata
Baru dapat kerja dah riuh satu dunia
Tapi aku ingin berkongsi kegembiraan aku sahaja
Dengan semua saudara sedunia

Aku memang cukup gembira
Apatah lagi jadual pelajaranku tidak kan diganggu jua
Apa lagi hendak ku pinta
Mencari pengalaman objektif utama

Pada semua kalian di luar sana
Tambah-tambah yang masih belum bekerja
Janganlah mudah putus asa
Yakinkan diri terus berusaha

Ada juga pernah berkata
Tak ada kabel susah nak kerja
Namun bagiku kabel pada Allah Yang Maha Berkuasa
PadaNya kita memohon dan meminta

Aku pula mengharapkan doa kalian semua
Agar aku mula langkah dengan jaya
Alam pekerjaan yang pastinya mencabar minda
Memerah segala keringat yang ada

Monday, February 21, 2011

Insafi Diri (Solat Tiang Agama) STA





   Ramai yang sedang leka
   Ambil mudah solat mereka
   Walau dalam sehari lima waktu sahaja
   Tapi masih lalai mengerjakannya

   Solat itu tiang agama
   Yang harus kita semua jaga
   Agar tiang itu sempurna
   Supaya menjadi kekuatan kita

   Solat itu mudah sebenarnya
   Tidak kira di mana kita berada
   Andai kita ikhlas menunaikannya
   Tempat bukan alasannya

   Masa tidak pernah mencemburui kita
   Bila kita menunaikan solat seketika
   Dalam sehari 24 jam juga
   Solat lima tidak sampai sejam jua

   Tidak perlu alasan diberi manusia
   Insafi diri tenangkan jiwa
   Dengan solat permudahkan cara
   Dalam doa pintalah padaNya

   Ada kisah semacam ku rasa
   Hari ini solat besok lupa
   Solat dibuat sekadar penuhi masa
   Tidak benar-benar menghayatinya

   Masjid tersergam indah rupa
   Tiada guna andai tidak ada isinya
   Cubalah guna sebaik-baiknya
   Agar keberkatan diperoleh kita

   Masjid bukan tempat solat sahaja
   Disitu tempat ilmu dunia dan akhirat sana
   Bersama kita penuhinya
   Kita pelajari setiap incinya

   Aku juga bukanlah sempurna
   Ilmu agamaku tidaklah setinggi mana
   Cuma saling mengingati antara kita
   Dalam mencari keredhaanNya

Sunday, February 20, 2011

Apakah yang akan terjadi???


 

   Jika hari ini aman
  Esok belum tentu hidup dan mati
  Jika hari ni berlaku peperangan
  Esok, apakah yang terjadi???

  Anak-anak kecil menangis sendiri
  Kehilangan keluarga amat dirasai
  Apa yang ada pada peperangan???
  Kemusnahan! itukah yang dicari???

  Kenapa negara kecil sering diserang?
  Kenapa negara besar begitu bongkak menyerang??
  Tak bolehkah hidup saling sayang menyanyang
  Berkongsi kekayaan yang ada sekarang

  Aku memang tidak merasai
  Tapi aku ingin ambil peduli
  Kerana apa yang terjadi kini
  Akan melakar sesuatu jua nanti

  Di Malaysia aku bersyukur sekali
  Semua kaum hidup dengan harmoni
  Tiada perselisihan sesama kami
  Hidup sebagai satu keluarga disegani

Friday, February 18, 2011

Rumah No. 19






   Ini bukan kisahku tentang hantu
   Ini tentang senior-senior bujangku
   Di rumah no 19 tempat mereka beradu
   Kisah bermula ketika ketemu

   Di sini berkumpul lima dalam satu
   Lima negeri telah bersatu
   Perak, Sabah, Pahang, Kedah dan Terengganu
   Setiap negeri ada semangat jitu

   Kita bermula dengan Ishak atau Yop juga
   Seorang yang punya kekuatan jiwa
   Seorang pahlawan Negara
   Yang punya sikap terbuka

   Hairi dari Pulau Borneo pula
   Nun di Sabah ke utara Negara
   Seorang peramah dalam berbicara
   Bicara darinya amat berguna

   Hafizal seorang usahawan berjaya
   Walau belajar pandai meniaga
   Mula bundle sampai ke Shisha
   Meniaga tidak kenal jemu juga

   Seorang lagi dari Jitra
   Khaizir Muzani diberi nama
   Teguran darinya amat bermakna
   Seorang senior punya semangat membara

   Gelaran Ustaz diberi padanya
   Nazmin nama sebenarnya
   Seorang yang punya otak bergeliga
   Otai dalam ilmu segala

   Inilah kisah senior Bizmark juga
   Pertemuan dengan mereka membantuku jua
   Kekuatan mereka semangatku juga
   Kebahgiaan mereka sering ku pinta

Shamila Rakan Tingkatan 5


Aku kenali seorang pengawas sewaktu aku di tingkatan empat, ku kenali dirinya sebagai Mito, itu nama panggilan dirinya… tapi dia jugalah salah seorang rakan seperjuangan ku dalam mengejar ilmu hingga kini…. Ini hadiahku untuk dirinya…

  Shamila
  Gadis yang ku kenali sekian lama
  Seorang teman di tingkatan lima
  Seorang gadis biasa tapi berbeza
  Seorang sahabat punya kekuatan jua

  Shamila
  Kekuatan dirimu mengharungi dugaan Yang Esa
  Kesungguhanmu menuntut ilmu mengejar cita-cita
  Keikhlasanmu dalam membantu keluarga
  Semua ini kelebihan dirimu juga

  Shamila
  Kepetahanmu menutur segala kata bicara
  Kelakuanmu amat mempesona
  Kebijaksanaanmu tiada dapat ku duga
  Dirimu begitu beharga

  Shamila
  Kumpulkan kekuatan dirimu di dunia
  Jangan lupa juga bekalan di sana
  Jadilah insane yang berjaya didunia juga akhirat sana
  Sebagai seorang wanita istimewa…

Aku Hanya Insan

  

  Ramai orang selalu memperkecilkan
  Tidak kurang yang tidak memperdulikan
  Setiap yang berlaku tidak dihairan
  Sedangkan merekalah pemusnah harapan

  Aku hanya insan
  Tidak dilahirkan penuh kesempurnaan
  Tidak ada apa yang mampu dibanggakan
  Kerna aku pernah hilang tujuan
  Kerna aku pernah hilang pedoman
  Kerna aku pernah termakan kata-kata kehancuran

  Aku hanya insan
  Yang juga punya perasaan
  Yang juga punya impian
  Yang juga dahagakan kejayaan

  Namun
  Apa salahku pada kehidupan
  Apa dosaku pada kalian
  Salahkah aku lahir dari golongan bukan bangsawan
  Salahkah aku lahir dari golongan jalanan
  Salahkah aku cuba mengubah kehidupan

  Aku hanya insan
  Kenapa ada yang salah tafsiran
  Sehingga ramai mempertahankan
  Anak jalanan tidak punya harapan
  Tidak akan ada sinar impian
  Tidak akan temui erti kata kejayaan
  Apa salah aku pada kalian
  Aku tidak minta jadi demikian
  Sehingga bermacam-macam tomahan
  Yang kalian lemparkan

  Sedarlah kalian
  Keluarlah dari zon keselesaan
  Ya ! aku dari golongan jalanan
  Tapi aku juga punya harapan
  Mencari ilmu mengubah kehidupan
  Agar dapat menangkis segala perbuatan
  Yang kononnya membantu dengan kritikan
  Namun kalian tidak lalui apa yang kami rasakan
  Bagaimana kalian mampu membicarakan
  Kami tidak punya harapan

  Aku hanya insan
  Bersyukur atas segala pemberian
  Kerna kekurangan ku jadikan kelebihan
  Kerna kelemahan ku jadikan kekuatan
  Kerna aku dilahirkan sebagai seorang insan

Wednesday, February 16, 2011

Kakak ku

  

Semua orang punya akak, tapi bagi aku seorang anak sulung dalam keluarga, semua orang yang lebih tua padaku adalah akak ku...ini karya aku buat seorang kakak ku yang manis tp mengaku garang...kakak Nazifah



  N = Namamu menjadi kata bicara setiap jejaka

  A = Ayunan langkahmu bak serikandi negara

  Z = Zaman muda mu penuh ranjau tapi diharungi dengan jaya

  I = Impianmu ingin menggapai cita-cita setinggi dunia

  F = Fahami dirimu buatku kagum dengan segalanya

  A = Amanah dipegang dirimu dengan sebaiknya

  H = Hadirmu ke dunia ku membawa seribu cahaya


Terima Kasih Kakak Nazifah......


  Setiap insan punya pujaan hati, punya rasa ingin dihargai, punya teman untuk berkongsi suka duka, tapi adakah ia layak digelar kekasih???dan apa sebenarnya maksud kekasih itu sendiri....Akhirnya saya hadir dengan satu kesimpulan bahawa kekasih adalah


  K = Ku kenali dirimu tidak lama

  E = Entah napa ada suatu rasa yang serba tidak kena

  K = Kaki melangkah fikiranku padamu jua

  A = Alunan langkahmu membuat aku terpesona

  S = Senyumanmu menambat hatiku pula

  I = Indah sungguh pandangan mata

  H = Hadir dirimu membuatku bahagia

Apa itu C.I.N.T.A


  Semua orang ada tafsiran sendiri tentang cinta dan bagi diriku cinta itu terlalu sukar diungkapkan dengan kata bicara seorang insan bernama manusia


  C = Cuba aku mengenali dirimu wanita

  I = Ingin aku bersamamu setiap ketika

  N = Namun ada rasa tidak enak jua

  T = Tapi kenapa dan mengapa

  A = Adakah ini namanya CINTA???

Monday, February 14, 2011

Tokoh Idola

  
  Maulidur Rasul sungguh istimewa
  Kelahiran Nabi Muhammad tercinta
  Pengorbanannya pada seluruh dunia
  Terlalu beharga

  Lahir Nabi Muhammad ke dunia
  Membawa sinar cahaya
  Menerangi alam semesta
  Perjuangan Islam membela umatnya

  Akhlakmu yang sempurna
  Akidahmu yang terus dijaga
  Hormatmu pada setiap masyarakat berbilang agama
  Nabi Muhammad dirimu contoh terbaik dunia

  Tabah dirimu menempuh dugaan dunia
  Mengajar kesabaran pada kami golongan belia
  Demi menegakkan panji ke jalan Allah Yang Esa
  Kami harus terus berusaha

  Perjuangan Nabi Muhammad diiringi sahabatnya
  Tidak pernah kenal erti putus asa
  Cabaran mendatang diharungi dengan jaya
  Demi menegakkan Islam tercinta

  Seorang pemimpin dikenali dunia
  Seorang toko terlalu istimewa
  Nabi Muhammad, dirimu perlu dijadikan idola
  Terutama oleh kami golongan belia

  Aku yang lahir selepas kewafatannya
  Sedikit pun tidak pernah kecewa
  Walau tak pernah aku bersua dengannya
  Al-Quran dan sunnahnya petunjukku jua...

Buddy are my family



  
  Don't try to be somebody
  If you are nobody
  Now, life is not easy
  Find more buddy
  It can make you happy

  If you life in university
  Important thing is not money
  Do not eat many maggi
  It effect your healthy

  Don't sad if you are lonely
  Try to concentrate on your study
  Study for your family
  It can make you happy

  Try to help your buddy
  Because they are your family
  In this university

  My name is Hafifi
  My buddy call me SB
  I hope they always happy
  Because they are my family
  In this university

Sunday, February 13, 2011

Hani

  
  Ini kisah masa muda lagi
  Kukenali seorang permaisuri
  UiTM Kedah menjadi saksi
  Bizmark menemukan kami

  Seorang wanita bernama Hani
  Seorang senior yang disegani
  Seorang kekasih pada rakan rumahku lagi
  Abdul Sabur yang amat dikenali

  Tanggal 14 Februari
  Hani dilahirkan di dunia ini
  Karya ini hadiah diri
  Atas jasamu yang ku hargai

  Minggu pertama tiada buku lagi
  Ku minta buku dan nota pada Hani
  Sungguh aku syukur sekali
  Dirimu seorang yang baik hati

  Hani tak lokek ilmu dipelajari
  Setiap persoalan dijawab tenang sekali
  Sikapnya yang mudah didekati
  Buatku semangat belajar lagi

  Ini bukan cerita Ummu Hani
  Ini kisah Hani yang ku kenali
  Orangnya ramah baik pekerti
  Sungguh bertuah Sabur miliki

  Pada Hani terima kasih tak terperi
  Segala ajaranmu tidak ku lupai
  Teguranmu mematangkan diri
  Agar menjadi insan dibumi

Perlukah Hari Kekasih

   
  Februari datang lagi
  Hari kekasih sering dinanti
  Oleh semua lapisan muda mudi
  Di negara ini

  Sejarah sambutan tidak dipeduli
  Halal haram diletak tepi
  Buka kan akal celikkan hati
  Untuk apa sambutan ini

  Perlukah wujud satu hari
  Untuk menyatakan cinta kekasih hati
  Sedangkan ada 365hari
  Teguhkanlah cinta pada Illahi

  Bangkit muda mudi Islam sejati
  Tak perlu sambut 14 Februari
  Napa kita perlu ambil peduli
  Itu bukan sunnah nabi

  Ini semua mainan duniawi
  Untuk hiburan puaskan nafsu sendiri
  Nanti ada pula kekasih minta bukti
  Salah siapa tergadai diri

  Aku bukan anti 14 Februari
  Tapi itu bukan sambutan wajib dirai
  Mengapa perlu tambah dosa sendiri
  Sudah cukupkah pahala dicari

  Segala kataku lahir dari hati
  Kerna kita perlu ingat mengingati
  Andai ada mula membenci
  Ku serahkan semua pada Illahi

Lelaki Yang Hebat



Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera. Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu…Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu..

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.
"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga." Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."

Ku ulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku. Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini. Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah...alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan si isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

Buat Si Puteri


  Ketika aku belajar di sini
  Mendengar, menghayati apa yang diberi
  Fikiranku mula melayang mengimbaunya kembali
  Kenangan silam mematangkan diri

  Dirinya pernah bertakhta di sanubari
  Senyumannya pernah mekar di fikiranku ini
  Jelingan manjanya ku ingat hingga ke hari ini
  Itulah kenangan bersama si jantung hati

  Tika saat bersama tiada mimpi ngeri
  Namun, inilah suratan takdir Illahi
  Setiap yang datang akan pergi
  Perpisahan yang tidak pernah diingini
  Akhirnya terjadi

  Tidak ku jangka perpisahan begini
  Bukan kesetiaan yang diragui
  Bukan keikhlasan menikam diri
  Bukan kejujuran yang cuba dibukti
  Namun atas desakan keluarga si puteri

  Mahligai yang cuba dibina, musnah sama sekali
  Hati yang mekar berseri berparut kembali
  Dengan takdir ketentuan Illahi
  Hasrat keluarga amatlah dihormati

  Tahun 2006 menjadi saksi
  Sebagai hadiah membetulkan diri
  Doronganmu telah membawaku ke sini
  Jasamu tidak mungkin ku lupai

  Terima kasih puteri
  Selama dirimu ku kenali
  Bantuan darimu aku hargai
  Semoga dirimu berjaya nanti
  Dan kita akan bertemu lagi
  Di suatu hari

Saturday, February 12, 2011

Cinta???

  Cinta
  Itulah kata penuh sakti
  Kecantikan kata cinta menusuk sanubari
  Adakala cinta itu penyeri
  Ada masa cinta penambat hati
  Ada juga kata cinta menggegar duniawi
  Namun, apa sebenarnya cinta ini
  Yang lahir dari hati yang murni
  Diungkapkan penuh ungkapan suci
  Mampu terbayang dalam mimpi

  Cinta ini
  Perlukah segala puji
  Mampukah segala janji dipenuhi
  Benarkah bulan bintang menjadi saksi
  Atau cinta hanya mainan nafsu keji
  Yang bermain dengan hati
  Muda mudi mula sungkur kerna cinta ini
  Benarkah cinta ini perlukan bukti
  Hingga ramai tergadai diri
  Hanya kerana cinta suci
  Juga kata manis seorang lelaki
  Bagiku, cinta perlu memberi
  Cinta perlu dihargai, disayangi, juga dicintai

  Cinta ke atas Illahi
  Bukankah itu cinta yang hakiki
  Cinta bagi semua umat Islam itu sendiri
  Cinta itulah harus dicari
  Bagi hamba seperti kita di dunia ini
  Yakinlah cinta itu benar-benar suci
  Bukan permainan menghancur diri

UiTM TETAP DI HATI

  UiTM
  Hadirmu di bumi Malaysia ini
  Di setiap pelusuk negeri
  Kewujudanmu demi bangsa pertiwi
  Untuk mendidik anak bangsa sendiri
  Agar dapat terus menempuhi
  Segala ranjau yang bakal dilalui
  Yang penuh onak dan duri
  Kami! anak didik siswa siswi
  Namamu kan kami semat di hati
  Kan bersamamu dalam perjuangan ini
  Dari awal hingga akhir nanti

  Untukmu UiTM
  Kami kukuhkan jati diri
  Tidak akan berpaling lagi
  Tidak juga melarikan diri
  Kami tanamkan dalam sanubari
  Kami dipilih dari setiap segi
  Untuk teruskan perjuangan ini
  Untuk Malaysia itu sendiri

  UiTM
  Disini kami berjanji
  Akan kekal terus berdiri
  Mempertahankan apa yang kami pelajari
  Kerna disini kami kenali diri
  Kerna disini kami diajar erti berdikari
  Kerna disini kami dibentuk peribadi
  Supaya kami kan menabur bakti
  Untuk ibu pertiwi

  UiTM
  Jasamu kami bawa hingga mati
  Ajaranmu tidak mungkin dilupai
  Terima kasih atas segala budi
  Pengorbananmu atas negara Malaysia ini
  Moga dirimu terus megah berdiri
  Menabur bakti

  TERIMA KASIH UiTM KAN TETAP DI HATI

Thursday, February 10, 2011

Teman Istimewa


Ku punya dua teman istimewa
Sedang aku hanya insan biasa
Tiada kasih juga harta
Ilmu pula tidak seberapa
Yang punya hanya jiwa raga
Berjuang mencari ilmu di dunia

Senyumannya manis tidak terkata
Bukan diriku bermadah pujangga
Dirinya benar-benar istimewa
Seorang teman bernama Liana

Waktu mula berkenalan ku rasa dia begitu sempurna
Dalam minda poyo ku gelarnya
Berkaca mata kacak orangnya
Dato' atau Ikhmal namanya

Jelingan manja prihatin juga
Disampingnya ku rasa begitu beharga
Memasak memang kegemarannya
Sedap masakan tidak terkata

Cergas bertindak juga bijaksana
Seorang jejaka begitu setia
Dalam berdikari membahagi masa
Dirinya terbaik di kelas jua

Tingkah lakunya menawan sesiapa
Umpama gadis melayu dari kayangan sana
Andai aku punya masalah juga
Dia sedia membantu sahaja

Dalam mencari ilmu dunia
Dirinya kan membimbing teman-teman sebaya
Tidak lupa ilmu di akhirat sana
Dirinya terbaik mampu digelar idola

Terima kasih pada kalian berdua
Pada Ikhmal juga Liana
Kerana kamu kekuatanku juga
Kerana kamu terlalu istimewa

Wednesday, February 9, 2011

Terharu Oh Aku Keliru


Terharu
Kisah ini kisah terbaru
Semasa Diploma ku tidak begitu
Terlalu pantas masa berlalu
Adakah ianya cemburu

Terharu Aku
Dengan rakan kelasku
Yana si gadis melayu
Jelingan Yus yang memburu
Juga gaya Nadiyah yang ada sesuatu

Terharu Aku
Sikap Niza yang periang begitu
Telatah Marzita yang semakin ayu
Juga sikap diam Ina yang kerap membisu

Terharu
Bagai "Trademark" dicipta rakan-rakanku
Si Ikhmal diberi gelaran dato' bukan dariku
Sikapnya bersahaja begitu
Buat aku keliru

Terharu juga keliru
Bukan kerana wang yang beribu
Bukan kerana kemanisan bicara rakanku
Bukan juga kerana telatah sahabatku
Aku kian keliru

Terharu aku
Kenapa begini sikapku
Aku tidak lagi mampu
Berfikir dalam fikiranku
Kerana aku terharu

Terharu
Hanya satu saja ungkapan ku mampu
Terima kasih temanku
Atas segala dorongan pada diriku
Aku benar-benar terharu
Dengan sikap kamu

Terima kasih ikhlas dari aku
SB sahabat kamu....

Terharu Oh Aku Terharu

Bila cerita pasal terharu, apa yang korang gambarkan?? aku pernah rasa terharu dengan rakan-rakan kelasku, terharu dengan keperihatinan para pensyarahku.... Jadi ini ku tulis untuk semua insan yang terharu

Terharu
Bukan kerana petang ini disinari lampu
bukan kerna diterangi bulan yang satu
entah mengapa semester ini banyak yang terharu
aku sendiri pun tidak tahu

Terharu
Boleh jadi "Benchmark" Ikhmal dan aku
Semester ini banyak perkataan terharu
Yang diberikan dari mesej yang satu
aku terus keliru

Terharu
Ungkapan rakan dan temanku
Kata Yana, "Banyak kejutan buatku terharu"
Kata Aina, "Tak sangka Ikhmal dan aku buat begitu"
Aku pening geleng kepala fikirkan benda itu

Terharu
Ikhmal dan aku tak wat perkara haru biru
Kami buat atas Bizmark dalam komuniti baru
Bertindak sebagai keluarga yang satu
Berinteraksi bagai teman terbaikmu
Dibawah payug kita bersatu
Dibawah bumbung UiTM dihatiku

Terharu
Petang ini kami sungguh terharu
Melihat Bizmark berkumpul menjadi satu
Ingat, "Bukan kuantiti menjadi kekuatan dirimu"
Namun, "Kualiti dikejar dahulu"
Terima kasih Bizmark yang padu
Kami terharu dibawah payungmu

Tuesday, February 8, 2011

Cerita Stesen Bas, Bas dan Aku

TANGGAL 6 FEBRUARI LALU
KU ADA KELAS SATU
HABIS KELAS KU TERUS MELURU
KONON NAK TERUS BALIK MALAM ITU


TIKET BAS BANYAK TIADA
HINGGA TERJUMPA SATU KAUNTER JUA
KUL 11 MALAM MASA PERJALANAN TERTERA
TAK KISAH ASAL KU SAMPAI ESOK PAGI JUA


MALAM ITU MASIH MUDA
AKU KELUAR DENGAN RAKANKU DISANA
MINUM2 SAMBIL BICARA
DEKAT HENTIAN SHAH ALAM SAHAJA


TEPAT MASANYA AKU PERGI BERTANYA
KAKAK TU KATA BAS MASIH DI PERAK SANA
TERKEJUT AKU HILANG KATA
MAKSUDNYA LAMA LAGI AKU MENDERITA


PENGALAMAN INI SANGAT BEHARGA
RAMAI JUGA YANG MENUNGGU SAMA
YANG LEWAT BUKAN BAS AKU SAHAJA
TAPI SEMUA


SUDAH SEJAM AKU MENANTI
ADA YANG BARU DATANG DAN SUDAH PERGI
BILA RAMAI DATANG BERTANYA MANA BAS KAMI
DENGAN SELAMBA DIA JAWAB, "SABAR SEKEJAP LAGI"


SAMBIL AKU MENGATUR KATA
DATANG PULA SORANG BANGLA
BERTANYA DI KAUNTER MANA HILANG BAS DIRINYA
KERNA DIA TURUN KE TANDAS JUGA


DENGAN TENANG SEORANG PELANGGAN BERTANYA
AWAK NIE NAK KE MANA
KATANYA KE KUANTAN JUGA
KERNA BESOK SUDAH MULA KERJA


PENYELESAIAN DIBERI TIDAK DIA TERIMA
AKHIRNYA BERLALU HILANG NTAH KE MANA
BAS AKU TUNGGU TIDAK LAGI TIBA
NGANTUK LETIH TIDAK LAGI TERKATA


BANYAK KAUNTER SUDAH TUTUP JUGA
YANG TINGGAL HANYA TIGA
ADA YANG DAH TIDUR ADA YANG KE SINI SANA
BANYAK RAGAM KU PERHATIKAN SAJA


SEKALI MASUK SEBUAH KERETA
MENYERANG MENCARI BAS DARI JALAN DUTA
KATANYA ADA BEG TERTINGGAL DI DALAM BAS JUGA
SUDAH TAMBAH SATU LAGI KERJA


KU LIHAT KHIDMAT DIBERI PARA PEKERJA
MEMANG FIRST CLASS SUNGGUH ISTIMEWA
CALL MENCARI BAS ITU KE SINI SANA
AKHIRNYA LAPOR KE POLIS JUGA


AKHIRNYA BAS AKU TELAH TIBA
KU NAIK TERUS TANPA BANYAK BERTANYA
MAKLUMLAH JAM DI TANGAN MENUNJUKKAN PUKUL TIGA
AKU PUN HANYUT MELAYAN JIWA


TIBA DI BERANG ADA JUGA CERITA
BAS BERHENTI NTAH APA MASALAHNYA PULA
DALAM LALI AKU TIDAK MAMPU BERTANYA
CUMA MEMERHATI PEMANDU BEKERJA


SAMBUNG PERJALANAN KU TIDUR JUGA
HINGGA TERJAGA BERSEBELAHAN PENJARA
ADUH SUDAH DEKAT DENGAN SHAHAB RUPANYA
AKU PUN DUDUK MEMERHATI LUAR SAHAJA


AKHIRNYA AKU SELAMAT TIBA
KEPADA PARA PEKERJA DI SHAH ALAM SANA
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH JUGA
KERNA BERJAGA SAMPAI BAS MENUNJUKKAN RUPANYA

HARAPAN PALING AKHIR (HPA)

Aku dah 7bulan habis praktikal...dulu aku praktikal dekat HPA RFC di Bandar Laguna Sungai Petani...Best sgt praktikal sana...banyak yang aku dapat belajar di sana... Jadi sebagai tanda terima kasih aku kepada HPA, aku pun watlah karya yang tak seberapa nie untuk HPA.

DIKALA UMAT ISLAM DIPECAHBELAHKAN
DISAAT AJARAN ISLAM DIKOTAK-KATIKKAN
UMAT ISLAM MULA DIPERMAINKAN
BAGI MEMUASKAN NAFSU MANUSIA SYAITAN

NUN DI PERANTAUAN
UMAT ISLAM DI IRAQ JUGA AFGHAN
DIPERMAIN JUGA DIPERSENDAKAN
KERNA KELEMAHAN, KITA DIKETAWAKAN
KERNA KETIDAKSATUAN, KITA TIDAK MENGHULURKAN BANTUAN

DENGAN BERMULANYA SLOGAN
“PEPERANGAN, MEMERANGI KEGANASAN”
KITA TIDAK AKAN MAMPU BERTAHAN
BENTENG KITA LEMAH DEK PERALIRAN ZAMAN
KITA JUGA TIDAK MAMPU MENYINGKIRKAN
SERTA TIDAK MAMPU MENEGAKKAN
BAHAWA ISLAM ITU CINTAKAN KEAMANAN
BAHAWA ISLAM JUGA MEMBENCI KEGANASAN

KENAPAKAH INI YANG BERLAKU….
KERNA UMAT ISLAM KINI KEKURANGAN ILMU
KERNA UMAT ISLAM KINI PUNYA RASA RAGU-RAGU
KERNA UMAT ISLAM KINI TIDAK KENAL ERTI BERSATU

KINI LAHIR SATU GOLONGAN BIJAKSANA
YANG PUNYA SEMANGAT JUANG PARA SYUHADA’
YANG MAHU MELIHAT ISLAM DIPANDANG MULIA
YANG MAHU MENDENGAR ISLAM MAMPU BERJAYA
YANG MAHU MEMBUKTIKAN UMAT ISLAM MENGGEGAR DUNIA


DARI NEGARA KECIL BERNAMA MALAYSIA
DARI NEGERI KECIL DI UTARA
HPA DIBERI NAMA
HPA MENGEMBANGKAN SAYAPNYA

DENGAN SEMANGAT CINTAKAN AGAMA
AHLI-AHLI HPA DIKUMPUL BERSAMA
DARI PERLIS HINGGA KE TAWAU SANA
BENTENG HPA MULA DIBINA

DENGAN HARAPAN HPA MAMPU MEMBUKA MATA DUNIA
DENGAN ILTIZAM HPA MAMPU MENGHAPUSKAN PRASANGKA
DENGAN BERKAT ALLAH YANG MAHA ESA
“HARAPAN PALING AKHIR” INI DIIKAT BERSAMA


HARAPAN INI TIDAK MUNGKIN DIPERSIA
HARAPAN INI ADALAH PERMULAAN KITA
MENGORAK LANGKAH MEMBINA EMPAYAR ISLAM BERJAYA
DI DUNIA JUGA AKHIRAT SANA

AYUH KITA BERDIRI BERSAMA
BANGUNLAH KITA MENGORAK LANGKAH BERSAMA
JANGAN BIAR ANASIR LUAR TERUS MEMPERDAYA
DAN KITA TERUS MENDERITA

“HARAPAN PALING AKHIR” INI DIMULA
“HANYA PADA ALLAH” KITA BERDOA
AGAR MEMBUKA SEMUA PINTU KE ARAH JAYA
BUKAN HANYA DI DUNIA
NAMUN JUGA DI AKHIRAT SANA

Monday, February 7, 2011

WANITA

Wanita adalah insan yang sangat istimewa...ada juga mengatakan wanita mampu menggegar dunia, kerna itu aku pun menulis tentang wanita bagi menghargai jasa setiap wanita yang telah ku kenali...

WANITA,
HATINYA LEMBUT BAK KELOPAK BUNGA
JIWANYA SUCI TIDAK TERKATA
KEKUATANNYA MAMPU MENGGEGAR DUNIA
AKU KAGUM DENGAN MANUSIA BERGELAR “WANITA”

WANITA
WALAU LUARANMU SETEGAS JEJAKA
WALAU DIRIMU AKTIF KE SINI DAN SANA
NAMUN ADA SESUATU YANG ISTIMEWA
DIRIMU MINTA DIBELAI MANJA
DIRIMU MAHUKAN PERHATIAN JUGA
AGAR DIRIMU MERASA DETIK BAHAGIA

WANITA
TANGGAL JULAI 2008 MENJADI TANDA
KU KENALI WANITA LANTANG SUARANYA
PERTEMUAN DI UiTM KEDAH MEMBUKA MATA
BETAPA BESAR PENGORBANAN SEORANG WANITA
SUDAH HAMPIR DUA TAHUN KITA BERSAMA
HUBUNGAN SEBAGAI PENSYARAH JUGA PELAJARNYA
BANYAK PAHIT MANIS DILARIKAN MASA
TIDAK AKAN KU LUPA

WANITA
SEBAGAI PELAJARMU, JASAMU TIADA BALASANNYA
SEBAGAI ADIKMU, TEGURANMU AKAN TERUS AKU BAWA
SEBAGAI SAHABATMU, DIRIMU BENAR-BENAR BERHARGA
AKU TIDAK BERMAIN KATA
PADAMU, BUKAN KU LIMPAHKAN KEMANISAN GULA
AKU PUNYA PENGALAMAN JUA
DARI PENGALAMAN KU LUAHKAN APA YANG DIRASA
UNTUKMU SEORANG WANITA

WANITA
KASIH SAYANGMU KU HARAP KE SYURGA
TEGAS LIDAHMU MENGATUR BICARA
PASTI ADA KELEMBUTAN JUA
YANG AKAN MEMBAWA SINAR BAHAGIA
TANPAMU WANITA
SIAPALAH PARA PELAJARMU DISANA
SIAPALAH AKU DI DUNIA
KERANAMU WANITA
RAMAI PELAJARMU BERJAYA
RAMAI SUDAH MENGGAPAI CITA-CITA
MENGGEGAR DUNIA
WANITA
KETABAHANMU MENDIDIK TANPA MENGIRA MASA
DALAM KAMUSMU TIDA PUTUS ASA
KEIKHLASANMU MENCURAH ILMU DI DUNIA
TAK TERBALAS DEK KATA BICARA
WALAU HATIMU TERLUKA
WALAU DIRIMU KECEWA
DALAM MENDIDIK KAMI PELAJARMU JUA
SENYUMAN DARIMU TETAP KAMI TERIMA

WANITA
KU TIDAK AKAN BERDUSTA
TULISANKU IKHLAS DARI HATIKU JUA
DALAM MENULIS BERGELINANG AIR MATA
KERNA JASA BAKTIMU SAHAJA
YANG TELAH KU TERIMA
OLEH SEORANG WANITA……..

GAZA ADALAH SAUDARA KITA

SAUDARA-SAUDARA SEUSIA
PERJUANGAN MEREKA TELAH BERMULA BERTAHUN LAMA
BAGI MENEGAK KEADILAN MENGEMBALIKAN HAK BANGSA
KITA YANG ADA DI MALAYSIA, MARILAH MERENUNG SEMULA
PERJUANGAN YANG TIADA PENGHUJUNGNYA

SERANGAN KE ATAS GAZA
BUKAN SEKADAR SENJATA, LEBIH KEPADA MAINAN MINDA
RENUNGLAH SAHABAT DISANA
PELURU MEREKA TIDAK KENAL SESIAPA
KANAK-KANAK, WANITA JUGA WARGA TUA
BUKANKAH ITU PENGHAPUSAN BANGSA NAMANYA

MAINAN MINDA DICANANG MASYARAKAT DUNIA
HAMAS ADALAH PUNCA SEMUA
KERNA HAMAS MENAWAN GAZA
KERNA HAMAS PENGGANAS DI MATA AMERIKA

MARI KITA MEMBUKA SEJARAH HAMAS PULA
HAMAS LAHIR MEMPERTAHANKAN BANGSA
HAMAS MEMBINA KEPERLUAN RAKYATNYA
KLINIK, SEKOLAH JUGA MAKANAN DISEDIA
BEGITUKAH PENGGANAS SIKAPNYA

PROPAGANDA YANG DICANANG DUNIA
HANYA LAHIR ATAS DESAKAN YAHUDI DURJANA
YAHUDI YANG TIDAK KENAL PUTUS ASA
YAHUDI BANGSA PEMUSNAH DUNIA

SEDARLAH WAHAI SEMUA
BERSAMALAH KITA MEMBANGUNKAN SEMULA
BANDAR GAZA YANG DIMAMAH PELURU-PELURU DUNIA
BERAMAI-RAMAILAH KITA MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA MEREKA
ATAS DASAR KEPERIHATINAN DAN SEMANGAT BERSAUDARA