Pages

Saturday, March 30, 2013

Kehidupan

Kehidupan
Sesuatu yang penuh dugaan
Sentiasa ada cabaran
Dalam usaha manusia mencari kejayaan
Untuk dinikmati setiap insan

Kehidupan
Ianya telah menjadi begitu kejam
Melahirkan insan yang cuba melupakan kisah silam
Dan bermulanya detik-detik hitam
Meninggalkan kesenangan semalam

Kehidupan
Ianya telah menjadi litar perlumbaan
Masing-masing mengejar kedudukan
Seperti sudah tidak lagi pedulikan keharmonian
Dan tiada lagi sifat perikemanusiaan

Kehidupan
Kini yang kuat terus maju ke hadapan
Yang lemah akan terus ditinggalkan
Tiada yang akan menoleh pada kenangan
Tiada yang hulurkan bantuan ikhlas dari tangan

Kehidupan
Kami yang pernah ditinggalkan
Lebih mementingkan nilai persaudaraan
Dari melihat dari sudut setiap kepentingan
Kami bersatu dan mulai mara ke hadapan

Kehidupan
Biar kami berjalan perlahan
Biarpun kami dalam kumpulan tiada ikatan
Tidak sesekali kami tinggalkan
Rakan sesama dalam perjuangan

Kehidupan
Telah banyak mengajar erti kerjasama
Telah banyak membentuk semangat setia
Dalam mematangkan hati dan minda
Demi perubahan tanpa erti putus asa

PERANG

PERANG
 
P =
Pengorbanan dari pejuang negara
Berjuang menghapuskan saki baki pendusta
Ianya tidak mungkin sia-sia
Dalam memartabatkan keamanan di bumi Malaysia

E=
Entah mengapa ianya terjadi
Namun terus bersatu rakyat setiap negeri
Memerangi musuh yang tiba-tiba sahaja berdiri
Menuntut "hak" yang tidak wujud sama sekali

R=
Ramai yang terkorban dalam perjuangan ini
Ada yang cedera dan masih diubati
Namun pastikan detik ini tidak dilupai
Belajar dan ambil ikhtibar dalam diri

A=
Amanah ini perlu kita jaga
Keamanan yang ada perlu dikekalkan jua
Kerana peperangan akan berakhir dengan duka
Kerana kekacauan akan memusnahkan ekonomi negara

N=
Nikmat keamanan ini kita hargai
Agar terus kekal menjadi tradisi
Dalam mengharungi onak dan duri
Dan memartabatkan Malaysia di ruang galaksi

G=
Gangguan dan cabaran dari anasir luar tidak kan berhenti
Hanya kita perlu terus tingkatkan kemampuan setiap negeri
Demi memastikan peristiwa berdarah ini tidak berulang lagi
Demi semangat perwira ibu pertiwi

Saturday, March 23, 2013

Satu Perasaan

Diri ini sedikit terkilan
Pabila pertanyaan dibalas serangan
Tika persoalan menantikan jawapan
Untuk membutirkan sedikit harapan

Waktu ini timbul satu persoalan
Kenapa terjadi sedemikian
Sedangkan aku hanya melontarkan satu soalan
Tidak bolehkah dijawab penuh kejujuran

Ku tidak mencari sempurnanya insan
Kerna diri ini juga punya kekurangan
Ku tidak mencari sejuta kebaikan
Hanya ikhlas dan jujur dalam persahabatan

Sedang ini yang ku rasakan
Tidak ku ketahui bagaimana dengan impian
Mungkin sudah musnah dilanda taufan
Atau masih ada lagi tempat untuk perlindungan

Bukan ingin aku memanjang karangan
Namun ianya perlu tempat untuk dilontarkan
Ku tidak mahu hadirnya tangisan
Mahupun melahirkan dendam dalam perasaan

Ku akan tetap menunggu jawapan
Walaupun tahun berlalu berganti zaman
Persahabatan terbina bukan kekejaman
Ia dibina atas dasar persefahaman

Lalu ku biarkan diri mu kini sendirian
Tidak ku cuba membuat pujuk rayuan
Kerna tidak mungkin ku berjanji langit dan bulan
Kerna ku beri masa untuk dirimu ikhtiarkan
Dan aku menanti dan bersedia dengan apa jua jawapan

Saturday, March 9, 2013

PV08 dalam kenangan....

Ada timbul rasa rindu
Pada rakan satu kerja dulu
Ingin ku ukir rasa qalbu
Agar tidak hilang ditelan waktu

Dalam kenangan ku ukir seloka
Untuk berkongsi sebahagian cerita
Kisah tentang aku dan mereka
Yang banyak gurau senda

Membuka cerita leader berwibawa
Sir Mervyn diberi nama
Terima kasih untuk semua jasa
Dalam membina membentuk diri juga

Selalu ada yang keliru ja
Kerna fizikal yang hampir sama
Tapi Rafie lebih matang dalam segala
Dirinya tempat aku bertanya

Ini pula seorang ceria
Dalam kepala anime semua
Tidak kering gusi dengan telatahnya
Shasha diberi nama

Merdu suara dinanti semua
Ayat keramat "manual-in..manual-in" memecah suasana
Lokman insan diberi nama
Teruskanlah dengan penuh gaya

Ini seorang berjiwa pekarya
Lukisan dibuat bila ada masa
Untuk Suhaimi good luck dalam study pula
Moga berjaya dan terus bekarya

Sambung cerita pasal fakta
Pada Jamil boleh ditanya
Tolong sedia lebih masa
Kerna hujah darinya panjang juga

Ini dua sahabat setia
Begitu minat dalam bola
Khairul & Khai ku kenalkan nama
Dua orang punya sikap gila-gila

Che Khu pula bendahari kita
Dalam menjaga & mengutip semua
Hujung bulan pasti ditanya
Siapa mahu bayar bulan ini punya

Teruskan dengan cerita kita
Hidup bagai kembar tiga
Arvyla, Ayu & Dila
Otai-otai yang bersahaja

Datang awal setiap ketika
Pasti di book tempat semua
Aku cerita tentang Santha
Seorang yang positif senantiasa

Penuh gelagat mencuit hati
Seorang lagi dalam team ini
Shazreen nama diberi
Terus berjuang dengan semua disisi

Itu sahaja ingin ku kongsi
Salah silap harap dimaafi
Teruskan perjuangan kalian disini
Ada masa ketemu lagi

Banyak yang aku pelajari
Terima kasih ikhlas dari hati
Cukuplah kita sampai disini
Nanti ku tambah-tambahkan lagi