Ada perbezaan ka dari segi pemanduan dan etika pemandu yang mempunyai lesen L, P, dan Penuh...Bagi aku juga sebagai seorang pemandu juga seorang masyarakat yang senantiasa menggunakan jalan raya, ianya punya perbezaan yang mungkin tidak berapa nampak dengan pandangan kasar tapi sikap ini boleh diperhatikan selalu kerna ia berada di mana-mana sahaja...
L
Bawa tak boleh laju
Kenalah beringat selalu
Motor kereta bukan kepunyaan ku
Jalan raya bukan milik aku
P
Dah pandai pulas tekan
Aku punya lesen percubaan
Dua tahun ja diperhatikan
Lepas ni sapa nak lawan
Penuh
Hari ini ku tunjuk kehebatanku
Aku bawa motor kereta laju-laju
Ciluk sana sini macam hantu
Lihatlah betapa gahnya aku memandu
L
Kena lihat kanan kiri
Periksa motor bagi rapi
Sebelum nak masuk jalan nanti
Akulah penunggang yang berdedikasi
P
Mana helmet mana tali
Nampak polis kena tarik nanti
Lesen aku sapa nak ganti
Kenalah berhati-hati
Penuh
Helmet ku tinggal bawah kanopi
Tali pinggang tak payah pakai lagi
Laju perlahan suka hati sendiri
Nak belok kanan kiri signal tak bagi
Kepada semua pemandu dan penunggang di negara ini
Bawalah berhati-hati
Tidak kisahlah Penuh, L atau P
Jagalah nyawa sendiri
Jangan nak puaskan nafsu sendiri
Di jalan raya sesamalah hormat-menghormati
Tidak kisahlah motor, kereta, bas atau lori
Bersama-samalah menjadi pemandu disegani
Memang ya kubur tu kau yang masuk sendiri
Tapi kot nak mengangkatnya pemandu lain juga nanti
Jangan duk korek liang lahad sendiri
Pemanduan berhemah dihormati masyakarakat sendiri
Terimalah teguran dengan lapang hati
Jangan pula duk pakat maki dan membenci
Sayangkan nyawa kita sendiri
Ingatlah keluarga yang menanti...