Pages

Saturday, July 7, 2012

Igauan


Igauan
Sering kali datang dengan kejutan
Memberi impak dalam kerisauan
Memberi detik sukar dilupakan
Menjatuhkan segala tafsiran

Igauan
Ia datang dalam pelbagai sedutan
Kisah mungkin antara api dan lautan
Namun yang dirasai hanya kesakitan
Yang ditempuhi hanya sebuah penderitaan

Igauan
Kini ia kembali di setiap pemikiran
Tanpa aku memberi jemputan
Sesal aku dalam kepayahan
Sukar untukku menghadirkan keyakinan

Igauan
Luka semalam kembali dibahan
Parut dahulu menjadi santapan
Ianya datang dengan sejuta sesalan
Atas apa yang telah ku lakukan

Igauan
Kernanya hadir juga pertanyaan
Mampukah aku untuk bertahan
Mampukah aku untuk teruskan kehidupan
Mampukah aku terus memperjuangkan
Apa yang kini aku idamkan
Apa yang kini aku mimpikan
Apa yang kini aku inginkan

Igauan
Akan aku terus merenangi lautan
Akan aku berlari merentas sempadan
Selagi keringat ini masih di genggaman
Selagi hayat ini masih dikandung badan
Akan aku perjuangkan
Apa yang aku telah letak kepercayaan
Demi sesuatu ku panggil kesenangan........


No comments:

Post a Comment