Pages

Friday, July 13, 2012

Hanya Mampu Mengingatimu



Hanya Mampu Mengingatimu....
 
Kita adalah dua insan berbeza
Seringkali berbalah berebut sahaja
Tidak pernah untuk mencuba
Memahami diri dan jiwa

Kita tetap berbeza
Sering kali juga bertanya
Kenapa selalu di antara kita
Ada sahaja yang tidak kena

Kita berbeza
Itu yang mampu dilihat mata
Itu yang dikata semua
Itulah fitrah bila kita bersama

Kita senantiasa berbeza
Walaupun sukar untuk diterima
Walaupun ada yang sama
Namun ia tetap menunjukkan kita berbeza

Kini dirimu tiada
Tiada lagi perbalahan kata
Tiada lagi persengketaan menarik muka
Tiada lagi gembira dan yang terkena

Kini dirimu sudah tiada
Jauh disudut hati masih dirimu ku ingati
Walaupun saat dahulu banyak berbeza
Namun dirimu masih disisi

Kini ku hanya mampu mengingatimu
Mengingati saat tika bersama
Walau banyak yang  tidak sebulu
Itulah cara kita

Kini ku mampu mengingatimu
Kerna gelagat dan tawamu
Pasti kan buat ku rindu
Walau tidak lagi mampu ketemu

Kini ku mengingatimu
Saat hilangmu ku tidak mampu
Menongkah arus menahanmu
Kerna antara kita berbeza

Namun ketahuilah
Ku tidak pernah kecewa mahupun marah
Ku akan bangun dari saat-saat rebah
Dan kembali mencari arah

Dengan hanya mampu mengingatimu
Akan ku terus berusaha
Biarpun dalam ini punya rasa rindu
Ku percaya kita kan dipertemu semula.....


No comments:

Post a Comment