Pages

Tuesday, April 5, 2011

Mampukah Aku



  Siapa tidak mahu berjaya
  Tipu jika tiada cita-cita
  "Mampukah aku" tajuk seterusnya
  Kerna aku insan biasa

  Di kala ramai mengejar dunia
  Mengejar impian dengan berusaha
  Aku kembali tersungkur jua
  Di tanah bumi Malaysia

  Langkahku belum tamat juga
  Jatuh ku harus bangun semula
  Namun ia pasti berbeza
  Kerna aku tidak mahu membuang masa

  Dia tidaklah sempurna
  Tapi dia adalah seorang wira
  Kini aku bersama dengannya
  Menongkah arus dunia

  Kerana dia aku di tapak ini
  Kerana dia aku masih mampu berdiri
  Kerana dia membimbingku hingga kini
  Kerana dia begitu memahami

  Aku tidak menyangka di tahap ini
  Tapi dia begitu banyak menabur bakti
  Pada pelajaranku juga diriku ini
  Dari dia banyak aku pelajari

  Aku tidak mungkin seperti dirinya
  Kerna aku adalah aku juga
  Aku berusaha dengan cara yang berbeza
  Walaupun kita mengejar matlamat yang sama

  Benar dia pencabarku mencari ilmu dunia
  Benar dia idolaku yang harus diatasi jua
  Benar dia punya sesuatu yang istimewa
  Yang tidak dapat ku hadirkan dengan butir bicara

  Mampukah aku mengatasi dirinya
  Dari segala segi dia hebat belaka
  Tapi aku perlu terus berusaha
  Memberi ruang untuk terus mencuba

  Mungkin aku akan kecewa
  Tapi tidak sebelum mengangkat pena
  Mungkin aku akan terus dibawahnya
  Tapi tidak sebelum aku memberi kudrat sepenuhnya

  Dirinya bukan musuhku di dunia jua akhirat sana
  Dirinya sahabatku yang begitu istimewa
  Tapi dirinya harus aku atasi juga
  Dalam pelajaran perjuangan kami bukan mereka

  Mampukah aku bukan persoalannya
  Mampukah aku bukan cereka
  Mampukah aku bukan sekadar kata-kata
  Tapi persoalan yang bermain di minda

  Terima kasih pada Ikhmal Fadzil rakanku ini
  Kerana dirinya aku punya matlamat peribadi
  Yang sebelum ini tidak pernah termimpi
  Yang sebelum ini tidak pernah hadir pada diri
  Terima kasih kerana terus membimbing aku hingga kini
  Jatuh bangunku, sokonganmu aku hargai....

No comments:

Post a Comment