Laungan yang dahulunya meniti di bibir sahaja
Jeritan di waktu pagi memecah anginnya
1 2 Bankers! 1 2 Bankers kata keramatnya
Menjadi inspirasi hingga kini jua
Mana boleh aku lupa
Bangun pagi berkawad di sana
Masakan aku lupa
Suatu kenangan sungguh istimewa
Bankers telah menyatukan kita
Dari pelbagai bangsa
Dari negeri-negeri seMalaysia
Menjadikan kita satu keluarga
1 2 Bankers! 1 2 Bankers, itu ciptaan KP kita
Seorang ibunda berjiwa merdeka
Ini pula kata-kata sifu kita
"Don't ask why, just do and die" bunyinya
Suka duka interaksi dilalui bersama
Walaupun aku tidak join sepenuhnya
Kenangan tidur dalam kontena
Mana boleh aku lupa
Ketika itu Bankers dan Planters satu keluarga
Masa itu banyak benar suka dan duka
Tawa riang pengubat rindu pada keluarga
Kasih sayang penguat jiwa kita
1 2 Bankers! 1 2 Bankers laungan kita
Janganlah kita lupa akannya
UiTM Sabah saksi penemuan kita semua
Bersatu di bawah payung Bankers teristimewa
Hingga kini nama SB masih aku guna
Walau ke mana aku pergi nama itu tetap bermakna
Kerna ia mengingatkan aku pada kamu semua
Sahabat-sahabatku ketika disana
Aku harap kita akan berjumpa
Dipertemukan dalam satu majlis juga
Bolehlah kita bertukar cerita
Berkongsi kenangan yang bermain di jiwa
1 2 BANKERS 1 2 BANKERS
Bergerak maju ke hadapan
Maju Bankers maju
Maju ke hadapan
Bankers terus maju ke hadapan
Ingatkah kalian semua??
No comments:
Post a Comment