Pages

Wednesday, March 23, 2011

Adik, Teruskanlah



Adik
Kenapa susah untuk mengubah jiwa
Kenapa perlu berada di takuk lama
Kenapa tidak guna peluang yang ada
Kenapa perlu tunggu bantuan Kerajaan kita

Adik
Kita sudah lama merdeka
Kita sudah punya motor dan kereta
Kita sudah ada menara untuk dibangga
Tapi kita belum ada remaja yang berjiwa merdeka

Adik
Zaman kita berbeza
Jangan disamakan masa kita
Waktu belajar dulu RM2 besar nilainya
Tapi kini adik juga tahu apa nilainya

Adik
Bukan abang nak mengata
Abang cuba mahu adik bukalah mata
Jangan kita terus ketinggalan di bumi Malaysia
Tanpa apa-apa usaha

Adik
Mencari ilmu kini tanggungjawab kita
Bukan lagi masuk ke dunia kerja
Bukan abang tidak bagi adik membantu keluarga
Tapi dapatkanlah dulu segulung Diploma, Ijazah dan semua

Adik
Hari ini mungkin kita menderita
Hari ini mungkin kita mengalir air mata
Hari ini mungkin kita terus berlari mengejar masa
Hari ini mungkin kita belum mampu mengumpul harta

Adik
Belajar bukanlah menghabiskan masa
Biar derita hari ini supaya esok kita mampu ketawa
Abang cuma mahu adik tekadkan usaha
Demi membuka masa depan yang ceria

Adik
Maafkan abang andai tersalah kata
Abang mahu adik bukalah jiwa
Pelajaran kini penting lebih dari harta
Kerna pelajaran akan menentukan siapa KITA

3 comments:

  1. congrate bro..adik2..pikir2kan lah, masa depan di tangan korang semua..jangan hanyut diarus masa, jangan hanyut bersama kawan yang telah hanyut, brenanglah ke tebing,selamatkan diri dari terus hanyut, ad sesuatu yang lebih berharga menanti..

    ReplyDelete
  2. Janganlah berenang ke tebing kerna itu kerja seorang penakut, berenanglah melawan arus...tunjukkan sifat berani mencabar walau apa pun halangannya... Kerana ketika kita melawan arus sesungguhnya kekuatan kita akan bertambah

    ReplyDelete