Pages

Tuesday, April 26, 2011

Semangat A34


Hari ini tidak ku sangka
Aku dipanggil memeriahkan suasana
Hairan aku pada mulanya
Ialah, aku ini siapa

Semangat kerjasama mereka
Kekuatan ketika bersama
Buat aku terhibur sahaja
Buat aku bersemangat jua

Suatu ukhwah yang terbina
Yang dijalinkan untuk menggapai cita-cita
Semoga kalian terus bersama
Menghadapi cabaran menggegar dunia

Terima kasih tidak terhingga
Pada ketua projek si Eja
Kerna banyak benar makanannya
Kenyang aku tidak terkata

Tidak ku lupa pada Farza
Dari Alor Setar akhirnya tiba
Membekala arang untuk upacara bermula
Pesta yang menjadi kenangan diminda

Rajin benar memasak di dapur dari aku tiba
Seorang anak dara sopan sahaja
Fatya empunya nama
Terima kasih untuk pembuka selera

Ikhlas ku katakan sedap masakannya
Hingga menjilat jari la juga
Terima kasih pada Farah Aida
Untuk menjayakan semua

Semangat kalian akan terus ku bawa
Sebelum terlambat syukurlah kerna dia
Membawa aku pergi ke sana
Qadri seorang sahabat teristimewa

Terima kasih sebab buatkan malam ini begitu bermakna
Minta maaf jika ada tersalah kata bicara
Semoga kalian terus berjaya
Demi cita-cita dan keluarga


1 comment: