Pages

Tuesday, April 19, 2011

Minggu Study Week Exam Bermula



Study week yang bermula
Teringat aku kisah lama
Ketika aku seusia mereka
Kenangan yang amat bermakna


Tika melihat telatah mahasiswa
Yang mula menggerakkan gear usaha
Ku tersenyum sendirian sahaja
Last minit pecutan bermula


Pada mereka ku hulurkan doa
Gigihlah berusaha tidak kisah dimana
Langkah dimula dengan nota
Diakhir dengan CGPA meninggi dunia


Pada adik-adik di medan cara
Tiadalah istilah putus asa
Jatuh bangun adat biasa
Keputusan diraih hasil kita


Istilah "toyol" selalu juga
Pabila final sudah bermula
Tandas, stokin dan pelbagai cara
Memanggil "toyol" membantu menjawabnya


Nasihat abang janganlah tekanan jiwa
Ketika mengahafal membaca nota
Belajar juga mesti ada gaya
Jangan sekadar nak selesai sahaja


Final exam menggegar jiwa
Penangan VIVA menghancurkan rasa
Nak kata belum bersedia
Nota dihafal dari kulit ke penulisnya


Budaya kita bergelar mahasiswa
Esok periksa, tidak tidur dibuatnya
Katanya takut akan soalannya
Yang susah susah belaka


Ini istilah peganganku jua
Soalan final senang sahaja
Nota dibaca 3kali sahaja
cukuplah untuk masuk ke minda


Ada satu peganganku juga
Soalan Final relaks la
Soalan pensyarah mudah2 sahaja
Cuma jawapan kita ada masalahnya


Itulah sebab ada repeat disini sana
Itulah sebab ada yang tidak tenang jiwa
Pesanan aku semoga semua junior2 berjaya
Untuk exam ini teruskanlah usaha


SALAM N SELAMAT MAJU JAYA

No comments:

Post a Comment