Pages

Thursday, April 14, 2011

Dewan 2020


Memula langkah ke utara Malaysia
Dengan junior Marketing semester lima
Dewan 2020 bermula temasya
Mengeratkan ikatan aku dan mereka

Gelagat mereka menghibur sahaja
Gelak tawa pengubat duka
Dalam perjalanan yang sementara
Mampu juga menghiburkan masa

Cerita mulanya sesama kita
Budak Marketing baik-baik belaka
2011 saksi tahunnya
13 orang semuanya

Dalam kelas ustaz gelarannya
Luar universiti ku tabik dirinya
Al-Quran dan Sunnah panduan utama
Seorang Ridzwan diberi nama

Ku kenali hero presiden berjasa
Dalam bekerja tidak kenal masa
Si Radhi empunya nama
Seorang insan berhati waja

Kisah seterusnya buatku tertawa
Sikap jujurnya tergamam bicara
Muadz dipanggil kenalan dirinya
Seorang baby comel satu dalam sejuta

Mulanya ku sangka model Malaysia
Tidak terfikir juniorku pula
Fatin Syafiqah diberi nama
Adik kecil pangggilannya

Budak kuku hijau ku gelar dirinya
Khairil Shazreen sedapnya nama
Alunan langkah pemalu lah pula
Segan dirinya buatku menyakat sahaja

Aton dan Adi senyap dan sunyi
Pertanyaanku tidak diendahi
Tentang mereka amatlah misteri
Buatku tidak berani

Ini pula sikap Nisa dan Juliana
Yang membuat sesuatu bermain di minda
Baik mereka harap-harap tiada makna
Maklumlah tiada budget nak belanja

Azuani seorang yang terbuka
Mindanya punya banyak idea
Orangnya petah mengatur kata
Jarang benar dimiliki wanita

Jannah seorang pemimpin berwibawa
Seorang wanita berhati pewira
Tekun berusaha tanpa putus asa
Itulah dirinya yang teristimewa

Amylia dan Ikhtisar lain gayanya
Ku nak tulis banyak tak tahu juga
Sikap mereka bersahaja
Dapat menggamit suasana

Inilah kisah aku dan mereka
Terhibur aku tika disana
Terima kasih ungkapanku sahaja
Atas keceriaan disumbang semua

No comments:

Post a Comment