Pages

Tuesday, April 26, 2011

Cabaran Terakhir Bermula


Dalam meniti ujian disana
Dari awal kini nampak penghujungnya
Cekalkan diri adik-adikku semua
Beberapa jam lagi bermula segala


Mari cuba tenangkan jiwa
Janganlah rasa ada tidak kena
Yakinlah kamu sudah benar-benar berusaha
Jayakanlah apa yang kamu cita


Cabaran terakhir ini bermula
Walaupun adik-adik baru di semester lima
Selepas ini tiada lagi periksa
Yang menanti hanya VIVA


Tidak ada apa yang mampu abang bantu juga
Cekalkan diri adik teruskan usaha
Walau apa terjadi, abang masih ada
Janganlah besok mula terus kecewa


Ujian adik bukanlah besok sahaja
Ada lagi dalam seminggu dua
Jangan lupa dalam usaha
Tingkatkan juga amalan kita


Berdoalah adik pada Yang Esa
Agar dipermudahkan jalan untuk berjaya
Takut gementar perkara biasa
Exam bermula tenangkan minda


Pesan abang pada adik semester lima
Dalam exam janganlah tension sahaja
InsyaAllah akan ada yang membantu kita
Asal adik-adik tidak putus asa




Semoga Berjaya
Khas buat BIM5A

No comments:

Post a Comment