Pages

Thursday, April 14, 2011

adei......cinta........


Tidak salah meminati
Kerna minat timbul sendiri
Tidak salah menaruh hati
Kerna cinta sukar difahami

Kasih sayang pengubat diri
Dari renungan hingga ke mimpi
Mata bertentang turun ke hati
Di situ tersemat kasih abadi

Segan dan malu umpama duri
Makin dalam makin menyakiti
Cinta diluah tidak ada yang pasti
Hanya cekal bermain api

Pada yang berjuang terus mencari
Kerna cinta tidak hadir sendiri
Dengan semangat membara di sanubari
Insan dicari perlukah kualiti

Dalam memilih si jantung hati
Perlu ikhlas dengan diri sendiri
Cubalah untuk memahami
Erti cinta itu sendiri

Ada pepatah yang berbunyi
Cinta dicari kan hilang nanti
Kasih disemai tidak kekal abadi
Hilang dibawa arus masa kini

Ada juga insan yang menanti
Untuk cinta hadir sendiri
Bukan kerna takut mencari
Cuma tidak mahu terluka lagi

Luka yang berparut disanubari
Hilang kesana mungkin lama lagi
Kerna cinta membakar diri
Hingga ada hilang pedoman sejati

Bagi aku yang bernama Hafifi
Pengalaman cinta mematangkan diri
Tidak ada yang kekal hingga kini
Semuanya atas kehendak Illahi

Hatiku mungkin terluka lagi
Kerna luka ku teruskan hidupku ini
Kerna mahu cuba membukti
Gagal bercinta tidak bererti mati

Hidup solo bukn menyendiri
Ada buah hati bukan kewajipan kini
Aku akan terus mencari
Seorang insan menjadi permaisuri

Cinta kepada Illahi
Pastinya cinta itu abadi
Namaun mampukah aku menatangnya nanti
Kekuatan cinta itu sendiri

Aku harap akan ku temui
Kasih sayang yang abadi
Untuk aku semadikan diri
Dengan hidupku ini...

No comments:

Post a Comment