Pages

Wednesday, February 9, 2011

Terharu Oh Aku Keliru


Terharu
Kisah ini kisah terbaru
Semasa Diploma ku tidak begitu
Terlalu pantas masa berlalu
Adakah ianya cemburu

Terharu Aku
Dengan rakan kelasku
Yana si gadis melayu
Jelingan Yus yang memburu
Juga gaya Nadiyah yang ada sesuatu

Terharu Aku
Sikap Niza yang periang begitu
Telatah Marzita yang semakin ayu
Juga sikap diam Ina yang kerap membisu

Terharu
Bagai "Trademark" dicipta rakan-rakanku
Si Ikhmal diberi gelaran dato' bukan dariku
Sikapnya bersahaja begitu
Buat aku keliru

Terharu juga keliru
Bukan kerana wang yang beribu
Bukan kerana kemanisan bicara rakanku
Bukan juga kerana telatah sahabatku
Aku kian keliru

Terharu aku
Kenapa begini sikapku
Aku tidak lagi mampu
Berfikir dalam fikiranku
Kerana aku terharu

Terharu
Hanya satu saja ungkapan ku mampu
Terima kasih temanku
Atas segala dorongan pada diriku
Aku benar-benar terharu
Dengan sikap kamu

Terima kasih ikhlas dari aku
SB sahabat kamu....

No comments:

Post a Comment